Belanja Minimum RM 80.00 Dapat Off RM 25.00 Di PG Mall | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak terjadinya Covid 19 hingga kini ramai yang mengambil langkah membeli belah secara online. Sha sekarang pun sudah terbiasa untuk membeli secara atas talian. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekonomi negara semakin jatuh dan kini sedang dalam pemulihan kembali. Kerajaan telah memperkenalkan program Pelan Jana Semula Ekonomi atau PENJANA untuk menjana kembali ekonomi negara, semoga dengan ini dapatlah memulihkan kembali kuasa ekonomi Malaysia. Kini, PG Mall telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, PENJANA dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk sama-sama meransang ekonomi negara dengan pembelian diatas talian.
PG Mall Sebagai Medium E-Commerce No.1 Malaysia Sejak 2017
Untuk pengetahuan semua, salah satu platform yang korang boleh berbelanja secara online adalah di PG Mall. PG Mall sebenarnya sudah ada di Malaysia sejak tahun 2017 dan merupakan satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Kini PG Mall berada dalam raking ketiga e-commerce yang dipercayai dalam Iprice insight. Paling menarik di PG Mall menerima pembayaran secara e-wallet dan pelbagai cara pembayaran iaitu perbankkan online seperti CIMB Clicks dan Maybank2u. Kemudahan ini amat memudahkan para pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian.
Baru-baru ini kerajaan telah memberi bantuan secara e-wallet iaitu melalui e-penjana. E-penjana ini pula boleh ditebus ke dalam e-wallet korang seperti aplikasi Touch 'n' Go e-wallet, Boost dan Grabpay. Sha dah tebus, korang dah tebus belum? Jangan terlepas peluang untuk tebus RM 50.00 e-wallet dan beli barang keperluan korang. Lagi pula tempoh tebus dan guna e-penjana ini hanya dari 10 Ogos 2020 hingga 30 September 2020.
Diskaun Berganda Belanja E-Penjana Di PG Mall
Berita baik untuk yang sudah ada aplikasi e-wallet di telefon pintar masing-masing kerana sekarang berlangsung tawaran diskaun bagi pengguna baru dan pengguna yang telah pernah menggunakan e-wallet. Bagi pengguna baru akan menikmati diskaun sebanyak RM 25.00 bagi pembelian minimum RM 80.00. Manakala bagi pembeli berulang boleh mendapat diskaun RM 20.00 jika berbelanja dengan pembelian minimum RM 100.00. Selain itu, PG Mall juga menawarkan percuma RM 8.00 untuk shipping fee dan juga baucer 50% diskaun eksklusif jika korang menyertai facebook live khas mereka.
By Malaysians, To Malaysians adalah slogan yang memang patut kita sokong sepenuhnya, jadi marilah sama-sama kita menyokong usahawan tempatan. Jom tengok di https://pgmall.my/shop-malaysia-online apakah yang menarik di sana.
Kempen Onboarding PG Mall
- Pengecualian komisen penjualan
- DISKAUN 50% yuran pendaftaran kedai rasmi
- Baucar diskaun penghantaran
- Sokongan promosi melalui FB Live
- Slot percuma penjualan produk Hot Sale
- Penyertaan percuma dalam kempen di seluruh platform
- Sesuaikan kempen kedai untuk kedai rasmi
- Templat reka bentuk Banner PDP
- Sokongan 1-1 daripada PG Mall Merchant Management (MMT)
Jom Shopping !
Website: www.pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=475
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
3 Comments
Tq share
ReplyDeletepeniaga pun dpt byk faedah..
ReplyDeleteBestnya ada mcm2 sales kat pgmall
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi