Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Waterfall Cameron Valley Bharat Tea Cameron Highlands, Pahang

Waterfall Cameron Valley Bharat Tea Plantations Cameron Highlands, Pahang | Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap kali mahu bercuti kemana-mana pastinya kita akan mencari apa tempat menarik yang kita boleh kunjungi sepanjang bercuti di tempat itu. Malam jumaat yang lepas suami tiba-tiba bertanya mahu atau tidak naik ke Comeron Hinghlads? Ya, walaupun Cameron Highlands dengan kediaman kami hanya kurang dua jam perjalanan tetapi agak lama tidak ke sana kerana kesesakan yang sinonim dengan Cameron Highlands terutama pada hujung minggu dan dan cuti umum. Bila suami mengajak memang pucuk dicita ulam mendatanglah, terus setuju untuk ambil cuti kerana mahu pergi ketika hari bekerja untuk elakkan kesesakan melampau. Agak lama teringin nak menikmati kehijauan pokok teh dan air terjun cantik di Cameron Valley, maklumlah biasanya hanya lepak di Ladang Teh BOH. Bila nampak orang kongsikan di laman sosial kita pun teringin juga singgah bergambar disitu.

bharat tea

Waterfall Cameron Valley Bharat Tea Plantations Cameron Highlands

Lokasi Waterfall Cameron Valley


Pada mulanya tidak pasti di mana lokasi sebenar waterfall yang menjadi port bergambar yang cantik bila ke Cameron Highlands ini. Bila selidik agak mengelirukan kerana tak jumpa sesiapa yang kongsi lokasi sebenar waterfall terbabit. Jika korang nak tahu, Cameron Valley mempunyai 3 lokasi untuk kita singgah. Tempat yang menjadi kebiasaan untuk kami sekeluarga singgah adalah Cameron Valley TS3 yang mana memang wajib kami lalu jika naik ke sini melalui Simpang Pulai, Perak. Pertama sekali pada hari kami mencari lokasi waterfall kami singgah ke Cameron Valley TS 2 terlebih dahulu, kerana ingatkan waterfall ada di situ, nasib baik suami bertanya dahulu sebelum beratur panjang rupanya waterfall kecil itu terletak di Cameron Valley TS1. Cameron Valley TS1 hanya terletak 1 kilometer ke depan dari TS2 jadi kami bergerak ke sana selepas mengetahuinya. Jika ke Cameron Highlands melalui Tapah, korang akan melalui TS1 terlebih dahulu.


Akhirnya dapt juga merasai bergambar di sini. Hakikatnya memang tempat ini cantik seperti kebanyakan orang kongsikan, bersih dan sejuk mata memandang.


Harga Tiket untuk ke waterfall


Untuk ke waterfall pihak Bharat Tea Plantations ada menyediakan pengangkutan dengan kadar bayaran sebanyak Rm 12.00 untuk dewasa dan Rm 7.00 untuk kanak-kanak. Tapi kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja dan bayaran masuk hanyalah Rm 3.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah diberi masuk secara percuma. Bagi yang membawa keluarga yang berusia bolehlah ambil pengangkutan disediakan kerana perjalanan balik perlu mendaki, agak penat jadi tak sesuai untuk mereka. Semasa dalam perjalanan balik Abang Zaryth pun merungut penat tapi sampai juga akhirnya ke atas semula dan ramai yang lepak di tangga masih berkira-kira untuk turun atau tidak.


Gambar ini di ambil semasa dalam perjalanan menuruni bukit menuju ke waterfall. Dinasihatkan kalau korang nak bergambar bolehlah bergambar terlebih dahulu. Bukan apa bila dah dalam perjalanan balik semula, budak-budak penat dan tak ada mood nak bergambar dah.


Apabila sampai ke waterfall dimaksudkan tiga beranak ini mula buka kasut untuk merasai air yang mengalir bersih ini. Sha pula hanya ceduk-ceduk air buat sejukkan muka sahaja. 


Selepas penat bergambar di waterfall dan port-port cantik lain yang disediakan di kawasan ini jika korang terasa dahaga korang jangan risau trak minuman ini sedia menanti korang di sini. Jadi bolehlah korang menghilangkan dahaga terlebih dahulu sebelum mula mendaki naik ke atas kembali.

Alhamdulillah akhirnya tertunai impian nak datang ke sini. Maklumlah terkenang-kenang je bila selalu tengok gambar orang lain bergambar di sini sedangkan berkali-kali sampai Cameron Highlands kita tak pernah pun singgah. Jadi diharap selepas ini kalau korang pun teringin ke waterfall Cameron Valley Bharat Tea ini, ingat ya pilih Bharat Tea TS 1.

Post a Comment

4 Comments

  1. Last pegi memang pendek sangat masanya, sebab saja nak jalan².. next time nak cuti lama² kat situ.. nampak macam best pulak..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian 😍😍😍

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi