Hot Posts

6/recent/ticker-posts

You Must Try Out This New Fantastic Pizza That Includes Nasi Lemak

You Must Try Out This New Fantastic Pizza That Includes Nasi Lemak | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak bulan Mac lepas, Sha agak kerap melihat menu makanan secara online. Maklumlah bukan hari-hari lalu makan masakan sendiri, padahal kadang-kadang hilang idea untuk masak apa. Baru-baru ini ini bila melihat-lihat satu restoran makanan segera berdekatan kediaman maka terpandanglah sesuatu yang biasa tetapi  luar biasa. Sha biasanya kalau di rumah banyak makan nasi dan lauk-pauk jadi bila nak tukar selera mestilah sesuatu yang Sha tak biasa masak sendiri contohnya kek dan pizza. Kali ini bila terpandang menu pizza yang satu ni macam menarik perhatian jugalah. Apa yang pelik sangat tu?

Pizza Nasi Lemak


Ya, Pizza Nasi Lemak ada di Pizza Hut. Serius ! Lain macam bila nampak nasi lemak tradisional diubah suai menjadi Pizza Nasi Lemak. Sha yakin korang pun tak biasa dengar bukan? Tapi kini Pizza Nasi Lemak benar-benar wujud. Rupa-rupanya Pizza Nasi Lemak ini sudah ada di pasaran sejak 15 jun 2020. Jika sebelum ini kita ada dengar wujudnya burger nasi lemak, tapi kali ini Pizza Hut dengan kepakarannya mengeluarkan pelbagai pizza yang dekat dihati rakyat Malaysia khususnya iaitu Pizza Nasi Lemak. Sekarang korang boleh bayangkan tak bila pizza digabungkan dengan nasi lemak jadi apa? Macam tak masuk dek akal tapi itulah keistimewaan team Pizza Hut dalam mencipta kelainan pada pizza mereka. Seperti yang kita sedia maklum nasi lemak sudah sebati dengan rakyat Malaysia tidak kira kaum apa, agama apa majoritinya makan nasi lemak terutamanya untuk sarapan.



Topping Pizza Nasi Lemak


Pihak Pizza Hut sentiasa berusaha mempelbagaikan menu pizza dan semestinya mengikut selera rakyat Malaysia. Bagi meraikan kepelbagaian kaum dan budaya Pizza Hut memperkenalkan Pizza Nasi Lemak dengan slogan khasnya " Rasa Campur Lagi Bes Bersama" sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia. Pizza ini dicipta dalam bentuk pizza biasa tetapi menggunakan topping biasa yang terdapat dalam nasi lemak biasa. Antara topping yang digunakan adalah ayam yang digoreng rangup, ikan bilis, kacang tanah, timun batang dan tidak dilupakan bahan wajib iaitu sambal nasi lemak enak yang mengekalkan rasa nasi lemak walaupun dalam bentuk pizza. Bahagian poket tepi pizza pula diselitkan ayam yang telah diperap dengan santan dan istimewanya ditambah dengan keju bersama. Memang berbeza dan istimewa pizza kali ini sebab itulah kena cuba.


Tawaran & Harga Pizza Nasi Lemak


Nah ! Korang boleh bayangkan tak rasa Pizza Nasi Lemak yang fantastik sangat ni. Sha tengok pun teruja nak mencubanya. Tapi promosi Pizza Nasi Lemak ini hanyalah sehingga 31 ogos 2020 sahaja jadi jom cepat-cepat dapatkannya sekarang! Dalam kepala Sha sekarang nak ajak kawan-kawan pejabat  order Pizza Nasi Lemak, jadi bolehlah sama-sama merasa sama ada masyuk atau tidak bila pizza dicampur dengan nasi lemak ini.


Untuk dapatkan Pizza Nasi Lemak ini korang boleh dapatkan secara ala carte atau dalam bentuk set kombo. Pizza Nasi Lemak bersaiz regular adalah dengan harga Rm 38.90 sahaja. Terdapat beberapa deal iaitu set Pizza Nasi Lemak bersama garlic bread dan sup cendawan berkrim. Korang juga boleh rebut set jimat dengan set kotak besar Pizza Nasi Lemak dengan lain-lain menu iaitu seperti Bb Chicken Bolognese Sphagetti, Cheesy Chicken Fingers, New Orleans Drummet dan juga garlic bread. Yang pastinya semua berbaloi dengan harga.


Pesan Pizza Nasi Lemak Sekarang !


Jika korang tidak mahu bersesak-sesak di restoran korang boleh sahaja memesan secara online dengan mencari western food near me . Memandangkan kita masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan masih berjaga-jaga jadi apa kata kita buat pesanan dengan FoodPanda sahaja untuk kita kurangkan pergerakan dan sentuhan. Pengalaman Sha dengan rider FoodPanda pun mereka sentiasa menjaga ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia. Jangan lupa semasa membuat pembayaran nanti set on pada "Contactless Delivery" untuk perhatian rider nanti.

Apa tunggu lagi? Jom buka FoodPanda dan cari Pizza Hut untuk dapatkan Pizza Nasi Lemak sekarang sebelum tempoh tawaran habis. Ingat! Sebelum 31 Ogos 2020 tau, jangan terlepas peluang keemasan untuk mencuba Pizza Nasi Lemak yang lain daripada yang lain ini.

Post a Comment

5 Comments

  1. wahhhh pizza rasa nasi lemak... kalau dia boh petai dengan udang mesti lagi terangkat hehehehe... nasi lemak sambal udang petai

    ReplyDelete
  2. wah pizza lak ada nasi lemak. boleh cuba ni nanti. hehehe

    ReplyDelete
  3. br tahu ada pizza terbaru pizza nasi lemak ni. nanti boleh la cuba lepas habis pantang.. harap-harap tak habis la promotionnya

    ReplyDelete
  4. BARU FIRST TIME DENGAR PIZZA NASI LEMAK

    ReplyDelete
  5. Ohooo dah ada pizza nasi lemak ke? Boleh try nanti ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi