Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jam Sukan Realme Watch Model RMA161

Review Realme Watch Model RMA161 | Baru-baru ini Sha menyatakan hasrat pada suami untuk beli jam baru memandangkan jam kesayangan sudah rosak. Sha sebenarnya sudah biasa memakai jam tangan biasa yang berjarum dan kali ini pun Sha mencari jam yang sama dan jenama yang sama. Tetapi oleh kerana sudah berjanji selepas PKP dan selepas raya nak mula balik cara hidup sihat seperti sebelum PKP iaitu aktiviti berbasikal dan mendaki bukit sha mengubah pilihan. Kali ini Sha mengikut saranan suami supaya membeli jam yang berbaloi dengan harga dan mempunyai fungsi lain selain untuk melihat masa. Akhirnya Sha memilih untuk membeli Realme Watch. Memandangkan Realme Watch masih tidak ada di mana-mana store berdekatan jadi Sha membelinya secara online. Apakah sebab-sebab Sha memilih Realme Watch ini sebagai fitness band?



Realme Watch Malaysia


Kenapa Memilih Realme Watch ?

1. Harga berpatutan dengan fungsi yang ada.

2. Saiz dan bentuk yang sesuai untuk tangan Sha - 3.5 cm (1.4") ,
Lebar Tali Pergelangan Tangan: 20mm
Tali Pergelangan Tangan Panjang boleh laras: 164-208mm



3. Menepati keperluan Sha yang tidak terlalu aktif dan menjalani senaman asas.

4. Monitor dan mengesan degupan jantung.

5. Mengesan setiap pergerakan yang dilakukan seperti berjalan.

6. Mempunyai 14 mode sukan yang terdiri daripada :-

Berlari
Berjalan
Larian Dalam Rumah
Berbasikal
Senaman Aerobik
Latihan beban / angkat berat
Bola Sepak
Bola keranjang
Pingpong
Badminton
Berkayuh Dalaman
Elliptical
Yoga
Sukan Kriket


7. Boleh mengawal muzik pada telefon bimbit hanya menggunakan Realme Watch dan juga butang kamera. Jadi selepas ini Sha boleh ambil gambar dengan jarak jauh hanya dengan tekan butang kamera pada jam Realme Watch sahaja.

8. Monitor darah & oksigen

9. Ringan bila memakainya kerana hanya seberat 31g. Diperbuat daripada silikon yang lembut dan mesra kulit, dan tidak mudah calar.

10. Jenis Tali Pergelangan Tangan: Tali pergelangan tangan yang boleh ditanggalkan dan tukar kepada tali yang bersaiz sama. Nampaknya tak sia-sia suami Sha beli tali jam untuk smart watch sebelum ini tapi tak boleh guna sebabnya saiz suami beli bukan saiz tangannya. Jadi dapatlah Sha guna tali berlainan selepas ini.

11. Sentuhan skrin penuh. Sentuhan skrin juga responsif membolehkan kita mengawal jam tangan ini dengan lebih mudah. Resolusi Skrin: 320 * 320 pixel dapat memaparkan visual yang lebih hidup.

12. Peringkat Ketahanan Air IP68 (1.5m)

13. Bateri: 160mAh (BIS)
Hayat Bateri: 7 hingga 9 hari
Hayat Bateri dihidupkan
Mod Penjimatan: 20 Hari

14. Kesambungan: Bluetooth 5.0

15. Mempunyai Pautan Aplikasi Realme Link yang boleh dimuatnaik di dalam telefon bimbit sendiri.
Android 5.0+

Monitor kesihatan sepanjang 24 jam sehari dengan Realme watch

  • Pengukuran Kadar Jantung Secara Automatik
Makluman Denyutan Jantung
  • Oksigen Dalam Darah
  • Pengesanan Tempoh Waktu Tidur
  • Langkah Sepanjang Hari
  • Jumlah Pembakaran Kalori sepanjang hari
  • Makluman untuk aktif supaya tidak duduk sahaja dalam jangka waktu yang sama.
  • Rekod Aktiviti Seharian.


Nampaknya Sha wajib teruskan niat dan tujuan asal kenapa beli Realme Watch ini iaitu supaya senang nak rekod jarak dan tempoh masa berbasikal. Jadi selepas ini Sha tak perlu angkut telefon bimbit lagi untuk buat tetapan rekod jarak dan tempoh berbasikal nanti. Jika korang sedang mencari jam pintar seperti ini korang boleh mempertimbangkan Realme Watch sebagai jam sukan korang.

Post a Comment

5 Comments

  1. Tq info..mmg ingat nk upgrade smartwatch..bleh try ni

    ReplyDelete
  2. Menarik ni Sha..Yaya dah ada usha juga dekat Shopee..rasa nak beli tapi belum beli. Hihi

    ReplyDelete
  3. uwahhh realme pun ada smartwatch jugak. menariknyaa

    ReplyDelete
  4. I am not one for watches but this actually looks really cool and elegant at the same time.

    https://aab-edu.net/

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi