Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena ?

Benarkah Pemilihan Bantal Yang Betul Membantu Anda Tidur Lena ? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sha perasan kini makin ramai yang mula mengambil berat tentang kesihatan diri. Sha sendiri pun selepas aktiviti riadah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini telah mengambil langkah meneruskan aktiviti berbasikal bersama suami. Selain bersukan kardio kami juga kembali mula mengamalkan pemakanan yang lebih sihat bagi memastikan kesihatan dan kecergasan lebih terjaga. Tetapi dalam menjalani hidup sihat dalam diet juga kita perlu tahu bahawa ada satu faktor yang membantu dalam kejayaan sesuatu diet adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Oleh itu bagi mendapatkan tidur yang lena selain memastikan waktu tidur dan tempoh yang betul, keadaan atau persekitaran tempat tidur kita perlulah juga dititikberatkan. Tempat tidur pastinya berkaitan dengan tilam dan bantal yang diguna pakai dan Sha percaya semua orang akan ada pilihan jenis bantal yang betul untuk keselesaan semasa tidur.



4 Tips Memilih Bantal Yang Betul


1. Material Isian Bantal

Terdapat beberapa jenis isian bantal yang ada dipasaran. Pastikan korang memeriksa terlebih dahulu label yang ada supaya ianya sesuai dengan diri masing-masing. Setiap orang pasti berbeza pilihan sama ada korang lebih suka bantal lembut boleh memilih kekabu manakala jika sukakan bantal pejal boleh memilih bantal jenis foam.

2. Bentuk Bantal

Bentuk atau struktur bantal juga memainkan peranan, sebab itu kini terdapat pelbagai pilihan bentuk bantal bagi memenuhi keperluan setiap orang yang berbeza.


3. Sesuai dengan Posisi Tidur

Jika korang biasa tidur secara terlentang, bantal yang sesuai untuk korang haruslah tidak terlalu keras dan tidak terlalu tinggi. Semasa tidur, leher perlu disokong, manakala kepala pula seharusnya selari dan sama tinggi dengan bahagian atas belakang (upper back) dan tulang belakang. Jika korang suka tidur mengiring, bantal yang sesuai untuk anda perlu mesra dengan kontur (bentuk) leher anda. Tak salah jika cerewet dalam pemilihan bantal sebab kesannya baik untuk membantu kita tidur lebih lena.

4. Saiz Bantal Yang Sesuai

Bantal boleh didapati dalam pelbagai saiz. Banyak bantal sekarang disertakan ukuran bagi memudahkan pengguna. Sebelum ini Sha banyak beli bantal iku suka yang berkenan sahaja, tak ambil kira sesuai atau tidak dengan saiz tubuh badan. Serius kalau salah bantal memang ada saja tak kena, kena tambah bantal la sampai kadang-kadang terpaksa berbantalkan lengan sendiri.

Misi Mendapatkan Bantal Yang Betul


Pemilihan bantal yang betul juga dapat membantu kita tidur dalam posisi yang betul sekali gus tak ada lagi kes sakit leher, sakit belakang atau salah bantal. Tambah pula aktiviti berbasikal juga memberi tekanan pada bahagian belakang jadi Sha memerlukan bantal yang betul untuk lebih selesa dan lena. Oleh kerana mahukan bantal yang terbaik kenalah rajin mencari kan? Jadi kita cari yang memang pakar dalam penyediaan kelengkapan dalam bilik tidur. Akhirnya Sha dipertemukan dengan Bantal Latex GETHA 100%. Di sini Sha memilih dua jenis bantal yang sesuai untuk keperluan Sha iaitu GETHA Massage Latex Pillow dan GETHA Aroma Latex Pillow. Apakah ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada GETHA 100% Natural Latex?

Ciri dan Kelebihan GETHA 100% Natural Latex :


• Mempunyai ratusan lubang membuatkan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar yang berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur anda, memberikan anda kesegaran dan keselesaan.

• Tahan lama dan direka untuk keselesaan terbaik, produk GETHA 100% Natural Latex tidak akan leper, tidak perlu menggosok dan mengekalkan bentuknya selama bertahun-tahun sokongan yang berterusan.

• Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. GETHA 100% Natural Latex mempunyai sifat antimikroba semula jadi yang menentang tungau, debu dan alergen lain, serta tahan terhadap kulat.

• GETHA 100% Natural Latex diuji dan diluluskan daripada bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun, secara semula jadi hypoallergenic dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

• GETHA 100% Natural Latex secara semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara dramatik dapat mengurangkan gangguan tidur.

• Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex diperbuat dari sumber semula jadi bumi - pokok getah, dan dihasilkan mengikut standard yang tepat dan mesra alam.

GETHA Massage Latex Pillow Mengurut Mengurangkan Keletihan Akibat Aktiviti Siang Hari


Rutin harian yang penuh sepanjang hari membuatkan Sha memerlukan rehat dan tidur yang cukup di malam hari. Bangun pagi menguruskan anak-anak untuk ke sekolah, kemudian bergerak ke tempat kerja. Waktu petang selepas balik kerja pula curi masa berbasikal bersama suami agak memenatkan.



Bentuk lekuk pada GETHA Massage Pillow dapat menyokong leher dengan baik ketika tidur. Massage Pillow sesuai untuk korang suka tidur mengiring.


GETHA Aroma Latex Pillow

Selain bentuk bantal yang betul, ramai orang menggunakan terapi aroma untuk tidur lena. Dengan pengalaman dan kepakaran GETHA telah mengeluarkan Aroma Latex Pillow untuk menemani tidur korang.


Bentuk dan material bantal ini menyokong kedudukan anatomi kepala, leher dan bahu korang ketika tidur. Sesuai untuk semua peringkat umur dan kepada pengguna yang tidur dengan keadaan terlentang. Mengikut saiz Aroma Latex Pillow, ianya sesuai untuk korang yang bertubuh kecil.




Untuk pelbagai pilihan bantal yang sesuai dengan cara tidur, keperluan kesihatan korang tak salah jika sedikit cerewet demi memastikan tidur kita lebih berkualiti. Lain bantal lain bentuk, lain empuk dan gebunya jadi semuanya ada pada diri korang mahu pilih yang mana satu. Jika korang sedang mencari bantal berkualiti korang boleh melayari GETHA MALAYSIA kerana di sana korang boleh mendapatkan pelbagai jenis bantal dengan pelbagai fungsi dan juga lain-lain keperluan teman tidur korang.

Facebook : GETHA
Instagram : @gethabedding

Post a Comment

9 Comments

  1. mesti lena tidur sampai ke pagi eh bantal macam ni

    ReplyDelete
  2. best yer bantal dia, branded tu. mesti lena tidur

    ReplyDelete
  3. Sama lah bantal kita yg massage pillow tu.. mmg suka sangat bantal dia.. selesa

    ReplyDelete
  4. Memang best kan awak lena tidur tiap malam. Terbaiklah getha

    ReplyDelete
  5. Klau salah bantal mmg boleh buat gadih.. sakit tengkuk lagi.. fuhhh.. boleh la cuba bantal Getha ni nnt

    ReplyDelete
  6. Best sgt bantal getha ni. Tdo lena kurang sikit magrain

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi