Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kenangan Aidilfitri Tahun 2020

Kenangan Aidilfitri Tahun 2020 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun 1 syawal sudah berlalu tetapi masih belum terlambat untuk Sha gambar raya untuk kenangan Sha sekeluarga di sini. Memandangkan tahun ini tak dapat berkumpul bersama keluarga di kampung dan juga tidak dapat berkumpul bersama ipar duai seperti biasa jadi Sha mengambil peluang untuk merakamkan kenangan Aidilfitri 2020 di sebuah studio berlatar belakang putih. Sebenarnya Sha bertanyakan khidmat fotografer ini sejak bulan februari lagi tanpa menyangka tahun 2020 kita akan menyambut hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hampir tibanya Syawal fotografer Zain wasap maklumkan jika masih berminat untuk menempah sesi fotografi di studionya, tanpa buang masa Sha bincang dengan suami memandangkan kami mempunyai jadual masing-masing akhirnya kami capai kata sepakat untuk tempah sesi 19 Mei 2020. Alhamdulillah tahun ini tak perlulah suami berpeluh-peluh untuk mengambil gambar bersama-sama.

GAMBAR RAYA 2020



gambar raya
Hari Raya Tahun 2020 juga Sha tak merancang apa-apa tema untuk kami sekeluarga, cuma kebetulan bila belikan baju untuk mak dan adik-adik di kampung iaitu hitam dan maroon. Bila tanya suami beliau tak nak hitam jadi Sha pilih maroon untuk tema kami di saat akhir. Maklumlah mood untuk berhari raya tu tak ada jadi kami tak beria-ria sangat membuat persediaan sekadar untuk mencantikkan gambar. Semua baju Sha beli dalam talian sahaja termasuk baju suami dan Abang Zaryth.




Mengabadikan gambar berdua bersama suami tercinta. Tahun ini Sha bagi beliau rehat daripada menjadi fotografer keluarga. Biasanya suami Sha yang akan setting kamera untuk sesi bergambar bagi kedua belah keluarga. Jadi kali ini keluarga kami tidak lengkap untuk berkumpul biarlah orang lain yang tolong ambilkan gambar kami berempat.


Sha bersama putera sulung Mohamad Zaryth Ikhwan [ 8 tahun ]. Abang Zaryth sebenarnya tak berapa minat bergambar jadi  selalu kena umpan apa-apa kalau nak gambar dia elok. Kesian anak-anak kan, banyak masa di rumah tiba hari raya tak dapat berjumpa ibu saudara dan sepupu sepapat. Tapi demi keselamatan dan kesihatan kita perlu berkorban sehingga keadaan selamat untuk keluar.



Sha bersama puteri kesayangan Nur Zaryth Fathia [ 5 tahun ]. Pada awal sesi fotografi bermula Adik Nur tidak dapat beraksi seadanya dia, senyum pun dibuat-buat. Selepas beberapa minit barulah dia mula mesra kamera. Kalau kawan-kawan yang kenal Adik Nur tahulah dia memang suka bergambar dan buat video sendiri. Tahun ini Sha beli baju set dengan Adik Nur termasuklah tudung kami yang warna sama cuma saiz yang berbeza.

Sebelum tukar ke template blog sekarang Sha pernah buat makeover blog menggunakan gambar yang diambil distudio yang sama ----> https://www.shalimaryusof.com/2019/10/razin-zain-expert-studio-di-seri-iskandar.html

Alhamdulillah ini sahajalah potret kenangan Syawal 2020 kami tanpa orang tua dan adik-beradik yang lain. Didoakan semoga tahun depan dapatlah kita berkumpul bersama-sama kembali seperti biasa. Yang penting sekarang biarlah keadaan diluar sana selamat untuk dikunjungi dan boleh balik kampung jenguk opah dan jumpa saudara mara yang lain.

Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat hari Raya..Menarik gambar tu

    ReplyDelete
  2. cantik gambar raya sha dan keluarga

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar raya!!

    selamat hari raya aidilfitri.. =)

    ReplyDelete
  4. gambar cantik! comel adik bertudung~

    Selamat Hari Raya..;)

    ReplyDelete
  5. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi