Monday, June 08, 2020

Apakah Hadiah Yang Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir Lelaki & Perempuan ?

Hadiah Yang Sesuai Untuk Bayi Baru Lahir | Tahun 2020 ini nampaknya ramai kawan-kawan yang menimang cahaya mata. Diucapkan tahniah di atas kelahiran ahli baru keluarga. Tapi cukupkah dengan ucapan tahniah? Terutamanya bagi insan yang rapat dengan kita pastinya teringin untuk menghadiahkan sesuatu untuk bayi comel yang baru menatap dunia. Jika korang sedang tercari-cari di mana mahu mendapatkan pilihan hadiah yang menarik dan comel untuk si bayi Sha ingin mencadangkan satu jenama iaitu Raph & Remy yang pakar dalam menyediakan perkhidmatan baby gift untuk korang pilih. RAPH & REMY menyediakan barang keperluan & hadiah bayi diperbuat daripada buluh premium yang direka khas untuk ibu bap yang bergaya dan moden yang mementingkan kualiti juga keselesaan bayi mereka.



Apa Hadiah Yang Menarik Untuk Bayi Baru Lahir Di Raph & Remy ?


Personalised Baby Gift



Personalised Baby Gift | Seperti yang disebut pada awal tadi Raph & Remy menyediakan produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat bayi baru lahir. Sentuhan peribadi yang penuh gaya mengikut hadiah yang yang dipilih seperti Organic BambooCloud Cooling Blanket, Premium Bamboo Swaddles, Organic Bamboo Baby Towel & Mitt , Premium Bamboo Knotted Gowns, BubbleGummy Teethers dan banyak lagi.


Organic Bamboo Baby Blanket


Organic Bamboo Baby Blanket | Dibuat dari 100% buluh organik, ini adalah kain yang paling mesra alam. Sifat kain yang mengikut suhu bermaksud ia menjadikan bayi sejuk pada musim panas dan panas pada musim sejuk sekali gus mengurangkan kerisauan buat ibu dan bapa. OEKO-TEX® yang diperakui sangat lembut dan halus seperti sutera. Paling best korang boleh buat personalization dengan sedikit kos tambahan untuk letak nama sendiri dengan pilihan beberapa warna.


Personalised Hooded Towel & Mitt Set



Personalised Hooded Towel & Mitt Set | Comel sangat nih, siap ada telinga! Set RAPH & REMY ™ Organic Bamboo Baby Towel & Mitt yang lembut dan mewah kami terbuat dari buluh organik berkualiti terbaik. Tiga kali lebih menyerap daripada kapas organik terbaik sekali gus mengeringkan kulit bayi dengan cepat lalu memberi  kehangatan dan keselesaan. Pilihan mesra alam, Organik Bambu Baby Towel & Mitt yang diperakui OEKO-TEX® dicampurkan dengan 8% serat mikro. Bukan hanya salah satu kain paling lembut di dunia, ia juga merupakan sumber yang lestari dan boleh diperbaharui. Untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal untuk saiz bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun. Set ini juga korang boleh patrikan nama padanya, jadi memang istimewa.


Personalised Theethers


Personalised Teethers | Saat paling indah bila bayi mula mengigit. Sesuai untuk bayi 3 bulan ke atas. Senang, praktikal dan terdapat dalam 5 warna pastel yang cantik. Buatan tangan dari manik silikon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu beech asli premium yang tidak dirawat - kayu keras yang tahan lama dan antibakteria semula jadi.

RAPH & REMY ™ BubbleGummy adalah aksesori yang sesuai dimiliki oleh mana-mana bayi yang tumbuh gigi dengan ukuran yang tepat untuk digenggam bayi korang. Yang ini pun ibu ayah boleh letak nama bayi korang sendiri tau.

Personalised Baby Swaddles



Personalised Baby Swaddles | RAPH & REMY ™ Premium Bamboo Swaddles dibuat dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas yang dibuat hanya untuk koleksi mereka. Sifat kain juga anti-bakteria, anti-kulat dan hypoallergenic. Pilihan fabrik yang sangat tahan lama dijamin kekal lembut selepas dicuci.

Mempunyai pelbagai fungsi, ia juga boleh digunakan sebagai penutup penyusuan, cadar, kain burp, penutup teduh kereta atau playmats dengan saiznya yang agak besar iaitu 120cm x 120cm.


SootherBuddy Security Blanket



SootherBuddy Security Blanket | Reka bentuk khas ini, adalah hadiah yang sangat bijak dan istimewa. Pediatrik mengesyorkan agar bayi berusia enam bulan ke atas diberi objek yang selamat untuk membantu menenangkan mereka. Dibuat dengan velboa kelabu netral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy ™ terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa.


Apparel


Alahai comelnya. Jika korang sedang mencari baju bayi yang comel dan yang boleh korang personalised kan mengikut nama bayi korang, boleh jenguk di bahagian apparel ini kerana terdapat 2 pilihan iaitu Knotted Gowns dan Baby Onesies. Terdapat dalam pelbagai warna sesuai untuk bayi yang berusia dalam umur 0-3 bulan. Diperbuat daripada campuran 95% vicose buluh dan 5% spandex.

Anda perlu pilih Knotted Gowns dan Baby Onesies daripada Raph & Remy ini kerana kelebihan yang ada padanya iaitu :

  • Mempunyai serat semula jadi
  • Keupayaan pelembapan semula jadi
  • Mudah serap peluh
  • Pengatur suhu
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Hypoallergenic





Baby Onesies


 

Gift Sets


Gift Set | Selain personalised gift dan pilihan pakaian yang ada Raph & Remy juga telah menyediakan gift set untuk dijadikan hadiah semasa menzirah atau menghadiri masjlis akikah nanti. Jadi selepas ini korang tak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan jenis hadiah apakah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada sanak-saudara atau rakan-rakan yang baru menimang cahaya mata. Kita hanya perlu pilih gift set dan customize dengan tambah kotak dan juga kad ucapan.


Newborn Essentials Collection

Newborn Essentials Collection | Semua barang keperluan baru lahir ke dunia dalam satu set hadiah premium. Menarik lagi, ia termasuk Beg Canvas Tote Premium untuk menjadikan semua keperluan untuk  ke hospital yang sangat mudah! Semua item pula diperakui OEKO-TEX®.

Jimat 20% apabila korang membeli Newborn Essentials Collection kami sebagai satu set hadiah yang lengkap. Apakah yang ada dalam set ini?

  • Premium Bamboo Onesies – Duo Set (0-3m)
  • Premium Bamboo Knotted Gown (0-3m)
  • Premium Bamboo Swaddle 
  • Premium Bamboo Mittens – Duo Set (0-6m)
  • Premium Bamboo Reversible Slouch Beanie (0-6m)
  • Premium Bamboo Baby Booties (0-6m)
  • Premium Bamboo Baby Socks – Duo Set (0-3 + 3-6m)
  • Premium Canvas Tote Bag
  • Gift Card

Maklumat Lanjut Tentang Barangan Baby Raph & Remy


Macam mana? Menarik bukan? jika korang sedang mencari idea hadiah untuk bayi baru lahir boleh layari laman rasmi Raph & Remy di bawah :

Laman web

Instagram

Facebook

11 comments:

  1. Cencomel belaka pilihan di raph&remy 🥰

    ReplyDelete
  2. Comel je semuanya tu. Tapi yang paling tertarik set dia tu la..semua ada

    ReplyDelete
  3. Ok thanks. Boleh masuk dalam list & hadiahkan pada kawan

    ReplyDelete
  4. Rambang mata tengok produk baby kat sini. Comel sangat

    ReplyDelete
  5. Kita pulak tak sabar nak grab koleksi ni. Kenan betul sebab comel. Tp tggu scan dlulah. Heheheh

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ni . Selalu bagi hamper barang baby tak pun duit cash je

    ReplyDelete
  7. Semua minat barangan dia...geram je tengok

    ReplyDelete
  8. Bedung tu je nampak.rare... lain dari biasa kita kat Malaysia ni kan..

    ReplyDelete
  9. baca nama remy tu teringat pulak remy ishak..hihihi..menarik la barang baby dia..memang sesuai dijadikan hadiah...nampak eksklusif

    ReplyDelete
  10. cute sangat, suka tengok 😍😍😍

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi