Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Review Filem | A Street Cat Named Bob

A Street Cat Named Bob | Minggu lepas ada seorang kawan sekerja Sha kemaskini status aplikasi whatapps beliau satu gambar poster sebuah filem. Apa yang menarik perhatian Sha adalah kerana ianya dibintangi oleh seekor kucing. Sha tanpa membuang masa terus komen status beliau dan beliau memberi pengenalan tentang filem itu dan ianya menarik Sha untuk menontonnya sendiri. Mungkin kerana bekerja dengan insan yang dipilih untuk diuji dengan tersilap langkah dengan memilih untuk mendampingi dadah dalam hidup mereka membuatkan Sha terasa ingin lebih tahu pengakhiran filem ini.


A Street Cat Named Bob adalah sebuah filem diadaptasi dari memoir terlaris oleh James Bowen, drama Inggeris ini dibintangi oleh Luke Treadaway sebagai pemuzik jalanan yang mencari alasan untuk hidup ketika dia berteman dengan seekor Ginger Tom Cat.

Buku autobiografi pemuzik jalanan Britain, James Bowen, sebuah kisah berkaitan dengan bagaimana seekor kucing oren yang diselamatkan menyelamatkan hidup James, diterjemahkan ke dalam drama haiwan pendamping A Street Cat Named Bob.
 
Kasih sayang yang tulus terhadap haiwan dapat dilihat, dan Sha sangat mengagumi cara produksi dengan berani menggunakan kucing sebenar dan bukannya menggunakan kesan visual yang mahal untuk membuat kucing digital. Untuk pengetahuan korang, tujuh ekor pelakon kucing yang bermain dengan watak Bob (termasuk Bob yang sebenarnya) tidak selalu kelihatan gembira kerana dapat bekerja dengan baik.

Luke Treadaway menyimpan rambutnya untuk memainkan watak protagonis James Bowen. Berperanan sebagai semi-Australia Bowen, Treadaway mempunyai semangat yang rapuh, terutamanya pada bahagian pertama ketika James kehilangan tempat tinggal untuk mencari tempat perlindungan sementara di jalan-jalan London.

Suatu malam, James menggunakan heroin secara berlebihan (Overdose) dan bangun di hospital. Kaunselor ubat-ubatan Val (Downton Abbey's Joanne Froggatt) membantunya mengikuti program metadon untuk merawat ketagihannya, dan akhirnya Val membantu James mendapatkan sebuah apartment satu bilik di mana dia boleh tinggal di luar jalanan. Untuk meneruskan hidup dan mencari duit, James bermain gitar di Covent Garden, sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di pusat bandar London. Walaubagaimanapun tidak banyak memberi pendapatan.

Pada satu petang di rumah barunya, James mendapati seekor kucing sedang mencuri bijirin di dapurnya. James memberi kucing itu makan, dan cuba mencari tuan punya kucing tetapi gagal dan melepaskan kucing itu. Tetapi kucing itu tetap pulang ke rumah James dengan luka pada kakinya dan James ambil keputusan untuk menjaga kucing itu. James meminta bantuan jirannya seorang pembantu doktor haiwan Betty (Ruta Gedmintas), James belajar cara menjaga kucing dan Betty menamakan rakan baru mereka sebagai Bob.

Pada suatu pagi Bob mengikuti James dan menaiki sebuah bas dan ketika di dalam bas seorang wanita telah memberi satu tali untuk diikat pada Bob supaya tidak hilang. Sejak itu Bob selalu mengikut James membuat persembahan bersama gitarnya dan semakin mendapat perhatian. Pendapatan mereka kian bertambah dan Bob selalu diutamakan oleh James untuk mendapat pelbagai makanan. Sehinggalah ada kejadian menyebabkan pihak polis tidak membenarkan lagi James bermain gitar di khalayak ramai, mereka kembali susah.

James membuat kerja menjual risalah dan membawa Bob bersama. Mereka menjadi perhatian dan ramai yang mahu bergambar dengan Bob yang comel sehingga menimbulkan iri hati pada penjual risalah kawasan lain sehinggalah James digantung daripada menjual risalah selama sebulan. James dan Bob meneruskan hidup hingga sen terakhir. Selepas sebulan James memulakan kembali penjualan risalah. Mereka kembali popular dan keluar surat khabar dan video di youtube.

James kadang-kadang terlepas daripada mengikuti program bersama kaunselor dan program metadon disebabkan Bob pada awalnya selepas itu James hadir program secara konsisten dan James berusaha untuk terus bersih daripada heroin dan tidak bergantung pada metadon lagi. Selepas menghadapi proses withdrawal, akhirnya James bersih daripada dadah dan memaklumkan berita gembira ini kepada bapanya.

Akhirnya kisah hidup James dan kucingnya Bob menarik perhatian seorang peminat mereka yang mahu membukukan kisah mereka. Buku A Street Cat Named Bob telah mendapat sambutan yang hebat daripada pengikut mereka.

Kalau korang nak tahu lebih terperinci apakah halangan dan cabaran yang diharungi oleh James dalam mencapai kepulihan daripada dadah ditemani sahabat kucingnya yang setia korang boleh menonton filem ini sendiri.

Nilai Murni Filem A Street Cat Named Bob 

1. Kepulihan dadah adalah dari kekuatan dalaman seseorang penagih.

2. Orang awam jangan terlalu prejudis terhadap penagih dadah.

3. Sekali percubaan gagal, kali kedua tidak semestinya gagal juga. Yang penting jangan cepat putus asa.

4. Penagih dadah juga perlukan BIG WHY untuk berubah. James jumpa rakan junkie dia mati akibat Overdose.

5. Kelompok Sokong Bantu penting dalam sistem kepulihan. Jauhi diri daripada mendekati trigger.

6. Semua orang boleh BERUBAH JADI LEBIH BAIK


James Bowen dan Bob sebenar

Tak sabar rasanya nak berkongsi kisah James dan Bob dengan anak-anak buah (klien), tapi nak kongsi kena cari point yang baik dulu untuk kongsi dengan mereka kan. Ya, itulah yang membuatkan Sha sayangkan kerjaya Sha sekarang, walaupun bekerja dengan komuniti yang selalu dipandang sinis oleh masyarakat mereka tetap manusia yang menjalani kehidupan biasa. Mula-mula kerja dulu Sha mungkin agak garang tapi sekarang ini lebih banyak relax dan berkawan dengan mereka.

P/s : Comel kan Bob?

Post a Comment

2 Comments

  1. Sha suka point Big Why yang ditekankan.. Sebab tu membantu James untuk terus pulih.. Filem yang menarik..

    ReplyDelete
  2. best movie ni...saya suka movie yang ada kucing2 ni..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi