Tuesday, April 14, 2020

Resepi Mee Kari Simple

Resepi Mee Kari Simple | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Sha masuk kerja selepas 22 hari tak masuk pejabat. Sebenarnya sepanjang PKP ini Sha terasa masa berlalu cepat, sedar-sedar sudah hampir sebulan mematuhi arahan kerajaan kita. Kadang-kadang duduk rumah hingga tak pasti hari apa, berapa hari bulan. Sepanjang PKP pelbagai perubahan cara kerja juga dibuat. Tugas Sha hari ini membuka satu kumpulan whatapps untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) yang dikenakan perintah mahkamah supaya menjalani program pemulihan dadah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Mereka ini sepatutnya melapor diri di pejabat pada setiap bulan, tetapi oleh disebabkan PKP pihak AADK telah menangguhkan program tersebut bagi mematuhi kawalan pergerakan demi memutuskan rantaian virus Covid-19 ini. Alhamdulillah hari ini Sha dapat mengumpulkan sebilangan OKP di dalam satu kumpulan untuk terus menyampaikan maklumat terkini dan memastikan OKP terus melakukan usaha untuk meninggalkan najis dadah. Setakat ini kumpulan yang diwujudkan untuk OKP ini berjalan dengan baik, OKP kerjasama yang baik kepada pegawai.

mee kari sedap dan mudah

Bebalik kepada tajuk Sha diatas. Sebenarnya sudah beberapa hari Sha teringin makan mee, sama ada nak makan mee bandung atau mee kari tetapi akhirnya Sha memilih untuk membuat mee kari dengan alasan nak mengasah bakat supaya mee kari Sha makin sedap dan nampak rupa mee kari. Maklumlah Sha memang tak berapa pandai masak mee kari, maka terjadilah mee kari simple ini dengan bahan-bahan seadanya.


RESEPI MEE KARI SIMPLE



1 bungkus mee kuning
1 genggam isi kerang
Isi ayam
1 ketul daging sebesar penumbuk Sha dihiris
1 biji ubi kentang di potong dadu
kacang panjang dipotong 1 inci dicelur
1 pokok sayur sawi dipotong 1 inci dicelur
1 biji cili merah dihiris-hiris
Taugeh dicelur
1 batang fish cake
1 paket fishball
2 batang serai
3 beradik
4 biji telur direbus
3 biji limau nipis / limau kasturi
1 kotak santan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 sudu cili boh*
1 paket rempah kari adabi dibancuh dengan air.

CARA MEMASAK MEE KARI SEDAP SIMPLE


1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk untuk menumis bahan yang telah diblend diiuti dengan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.

2. Tumis sekali dengan rempah 3 beradik dan serai yang telah diketuk. Tumis hingga pecah minyak.

3. Bila bahan tumis sudah masak, masukkan isi kerang, isi ayam, daging yang telah dihiris, ubi kentang, fish cake dan fishball kemudian masukkan air. Reneh sehingga masak.

4. Kemudian barulah masukkan santan. Kacau perlahan sehingga masak cantik.


resepi mee kari tanpa udang

Apabila kuah mee kari siap kita boleh hidang bersama dengan bahan-bahan lain. Hidang semua bahan, jadi bila nak makan pilih bahan yang kita nak maklumlah tak semua orang makan sayur yang ada. Alhamdulillah kali ini nampaknya ada rupa mee kari macam di kedai jugaklah berbanding percubaan mee kari Sha sebelum ini. Korang jangan gelak yaa, memang Sha gagal sikit bab kari ni, tetapi memandangkan  suami dan anak-anak suka makan kena belajar jugaklah resepi mee kari paling mudah. Macam Sha suka mee kari tetapi suami dan Abang Zaryth suka makan dengan kuew teow jadi Sha biasanya akan beli 1 paket mee dan 1 paket kuew teow biar semua dapat merasa kegemaran masing-masing. Yang penting mee kari dan kuew teow kari ibu habis.

Bosan makan mee kari boleh tukar masak mee goreng daging pun sedap juga.

Selepas ini ada keyakinan sikit nak masak mee kari kalau ada orang nak dating rumah kan. Yang Sha belajar, Sha tak perlu letak banyak lauk dalam mee kari Sha kali ini kerana masih ada baki lauk akhir-akhir kuah. Kena berjimatlah sikit lepas ni.

4 comments:

  1. Sedap mee kari. Anak-anak Yaya pun suka. Tapi tu lah, bahan-bahan nak membuatnya agak banyak.

    ReplyDelete
  2. kan rasa macam cepat je masa berlalu even though kite dah berPKP ni almost sebulan.
    sedapnya mee kari. tak boleh nak cakap apa sbb semua nampak sedap skrg ni.

    ReplyDelete
  3. Mee kari antara makanan kegemaran saya.
    Nice sharing!

    ReplyDelete
  4. Baru ritu, akak belajar buat mee kari. 1st time buat benornya..alhamdulillah menjadi..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi