Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penangguhan Lapor Diri Klien Pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Penangguhan Lapor Diri Klien Pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 28 Mac 2020 adalah hari ke 11 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersempena mengelakkan penularan virus covid-19 di Malaysia. AADK adalah salah satu agensi yang diarahkan terus dibuka dengan sistem penggiliran tugas dengan mengehadkan bilangan kakitangan ke pejabat dalam suatu masa. Lapor diri adalah bermaksud menghadiri program pemulihan dadah bersama Pegawai Pemulihaan AADK Daerah seperti yang termaktub di dalam syarat-syarat pengawasan AADK yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh hukuman yang dijatuhkan oleh majistret sama ada 2 atau 3 tahun.


Penangguhan Lapor Diri AADK


Untuk pengetahuan anda, tarikh untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) ini telah ditetapkan oleh Pegawai Pemulihan AADK Daerah masing-masing. Setiap kali program diadakan OKP akan berkumpul dan satu masa yang ditetapkan (pengalaman sendiri) dengan kehadiran seramai antara 30 hingga 70 orang. Dengan berkumpul seramai ini pegawai dan kakitangan juga OKP adalah sangat berisiko untuk mendapat jangkitan. Atas sebab risiko itulah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, OKP diberikan penangguhan untuk melapor diri bagi mengehadkan pergerakan keluar masuk ke pejabat AADK sehingga waktu yang akan dimaklumkan kembali.

Sila patuhi arahan yang ditetapkan oleh AADK Daerah semasa berurusan


1. Urusan lapor diri OKP akan dijalan di luar pejabat atau lobi sahaja.

2. Pastikan anda mematuhi penjarakan sosial 1 meter semasa berurusan dengan pegawai atau kakitangan.

3. Pastikan anda memakai penutup mulut semasa berurusan.

4. Sebaiknya sebelum anda hadir ke Pejabat AADK Daerah sila hubungi pejabat AADK berkenaan terlebih dahulu untuk mengetahui status terkini.


Semoga dengan maklumat ini dapat membantu OKP dan pegawai bertugas mengurangkan risiko jangkitan covid-19. Sila patuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa. Kepada OKP sila jangan keluar rumah dan berkeliaran di mana-mana. Manfaatkan PKP ini untuk kepulihan anda daripada penagihan dadah. Seperti yang saya selalu tekankan kepulihan adalah tidak mustahil, jika anda dapat megurangkan pengambilan itu sudah patut kita syukuri.

Post a Comment

0 Comments