Resepi Lauk-Pauk Simple | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Seperti semua sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Nampaknya banyak masa lagi akan dihabiskan di rumah. Walaubagaimanapun kita perlu menyusun waktu makan dirumah dengan sebaik-baiknya sebagai langkah penjimatan juga baik untuk kesihatan. Korang jangan tak tahu pula, dalam diet sihat waktu makan adalah penting untuk dititik beratkan supaya ianya dapat dihadam dengan baik. Dalam berjimat pastinya ibu-ibu mahukan lauk pauk yang ringkas untuk disediakan kepada ahli keluarga, mungkin bahan-bahan juga terhad di dapur tidak seperti biasa kerana jika sebelum ini kita bebas keluar ke kedai jika bahan tidak mencukupi tetapi kali ini pergerakan yang terhad kita tidak dibenarkan sesuka hati keluar rumah sekalipun. Jadi hari ini Sha mahu kongsikan kembali koleksi resepi lauk pauk ringkas yang pernah Sha kongsikan sebelum ini. Mana tahu boleh memberi idea kepada pembaca yang sedang mencari resepi, tambah pula ada juga resepi diet sihat untuk diamalkan.
10 Resepi Lauk Pauk Kampung Simple
1. Resepi Nasi Ayam Kukus
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN UNTUK NASI AYAM KUKUS
5 ketul ayam
Air
Bawang Merah* tumbuk kasar
Bawang Putih* tumbuk kasar
Halia *diketuk
Akar daun ketumbar
1 kiub ayam
Langkah-langkah Memasak Nasi Ayam Kukus
Pertama sekali kita rebus ayam dengan semua bahan di atas sehingga ayam menjadi lembut. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi.
Ayam di tos dan air rebusan digunakan untuk memasak nasi dengan sukatan biasa.
Sambil tunggu nasi masak kita buat Sos Untuk Nasi Ayam Kukus kita.
Resepi Sos Merah
1 biji Bawang merah*ditumbuk kasar
1 ulas Bawang putih *ditumbuk kasar
1 biji Cili merah *ditumbuk kasar
3 biji Cili padi *ditumbuk kasar
Daun ketumbar dipotong kasar
1 biji tomato dipotong dadu
1/2 gelas Air rebusan ayam
1 piring kecil sos cili.
*** Kalau ada limau nipis boleh perah sekali, lagi sedap.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2. Resepi Masak Lemak Sayur Bayam Merah Paling Cepat Dan Mudah
BAHAN-BAHAN MASAK LEMAK SAYUR BAYAM
200 g santan
Seikat Bayam Merah
1 biji cili merah
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu kecil lada hitam*
Garam
Bahan bertanda * ditumbuk.
CARA-CARANYA YANG RINGKAS
Masukkan santan ke dalam periuk, panaskan sambil itu tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam santan. Kacau. Kalau rasa kuah sikit ke kurang ke boleh tambah santan atau air.
Masukkan sayur bayam dan hirisan cili merah, perasakan dengan garam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Resepi Ikan Kerisi Masak Asam
BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan kerisi
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 batang bunga kantan
Air asam jawa
garam
CARA-CARA MEMASAK
Pertama sekali tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Bila agak wangi masukkan air asam jawa dan air kosong kemudian barulah masukkan ikan dan bunga kantan. Bila ikan benar-benar masak baru lah ditutup api. Oh yeaaa...jangan lupa perasakan kuah dengan garam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.. Resepi Masak Lemak Udang Dengan Kacang Buncis
BAHAN-BAHAN MASAK LEMAK UDANG
15 ekor udang sederhana besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan
Kacang buncis dipotong serong
CARA-CARA MASAK LEMAK UDANG
Pertama sekali tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, kemudian masukkan sedikit air diikuti dengan udang.
Masukkan santan dan masak kacau akhir sekali masukkan kacang buncis hingga semuanya masak.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5. Resepi Kari Ayam Kering Dengan Kentang
RESEPI AYAM KARI KERING
Ayam (digoreng)
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang Putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
Cili Hijau
Serai (diketuk)
Daun Kari
Bawang Holland (dihiris)
Rempah Kari Ayam + Rempah Kari Ikan
Kentang potong weges goreng
CARA-CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan serai dan daun kari.
2) Apabila dan naik bau, masukkan rempah kari, air dan garam. Biarkan mendidih. (Air tidak perlu banyak cukup untuk rempah kari masak sahaja. Kemudian masukkan cili hijau.
Opss..sebenarnya suami suruh beli cili hijau besar, tapi Sha beli cili burung hijauuu..ehehehee..maafkan Sha yea sayang...ngeeeee
3) Akhir sekali masukkan ayam dan kentang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6. Resepi Terung Goreng Simple
BAHAN- BAHAN
Terung - Dihiris bulat atau potong
Tepung goreng
Caranya :- Dalam bekas terung letak tepung jangan terlalu banyak dan letak sedikit air dan gaul sekata.
Kemudian goreng terung yang telah digaul dengan tepung sehingga warna kekuningan.
Memang sedap dimakan kerana terung mempunyai rasa manis asli.
Memang sedap dimakan kerana terung mempunyai rasa manis asli.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7. Resepi Ikan Bilis Dan Tempe Goreng
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis
Tempe potong petak-petak
Taugeh
Kuchai
Cili Merah
Kiub Ikan Bilis
Bawang Merah dimayam
Bawang Putih dimayam
CARA MASAK
Goreng tempe dan ketepikan
Goreng Ikan Bilis ketepikan
Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan sedikit air dan letak kiub ikan bilis.
Masukkan Ikan bilis dan tempe yang siap digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan taugeh dan sayur kuchai, kacau sekejap tutup api.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
8. Resepi Ayam Rebus Dengan Sos Halia Bawang
AYAM REBUS
Ayam potong 4 - Sha pakai mengukus elektrik
SOS HALIA BAWANG
Daun bawang - Potong dadu
Bawang Merah - dadu
Halia - Cincang halus
Cili padi
Bawang Putih
Minyak
Kicap
Cara-caranya ringkas
Panaskan minyak masak
Masukkan semua bahan dan tumis
Akhir sekali renjis kicap dalam sos
------------------------------------------------------------------------------------------------
9. Resepi Ikan Tongkol Singgang
------------------------------------------------------------------------------------------------------
10. Resepi Acar Timun Terengganu
Ini adalah antara resepi ringkas yang Sha pernah kongsi dan Sha satukan semuanya. Semoga dapat membantu rakan-rakan yang sudah ketandusan idea untuk memasak. Bagi yang bekerja inilah masa kita menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah sepenuh masa dan memastikan keluarga kita memakan makanan yang sihat dari air tangan kita sendiri. Surirumah pula mesti gembira, para suami yang tidak biasa ke kedai membeli barang dapur secara solo kini sudah pandai membeli barang dapur. Namun harus diingatkan setiap kali memasak janganlah sampai membazir, masak mengikut kapasiti keluarga masing-masing. Jangan lupa doakan Covid-19 ini beredar dari bumi secepat mungkin.
Ikan tongkol
Serai [diketuk]
Bawang merah [dihiris]
Halia [dihiris]
Lengkuas [dihiris]
Kunyit hidup [dihiris]
Bawang putih [dihiris]
Asam keping
Cili padi
Kacang bendi
Cara-cara memasak :
Rebus air sehingga mendidih sukatan mengikut kesesuaian
Bila mendidih masukkan bahan-bahan dihiris,serai.
Apabila semua nampak layu masukkan kacang bendi kemudian masukkan ikan tongkol,asam keping dan cili padi.
Perasakan dengan garam.
10. Resepi Acar Timun Terengganu
BAHAN-BAHAN :
1 batang timun batang [Dipotong panjang]
1 biji Cili merah [dipotong panjang]
1 biji Bawang besar [dibelah 4 bahagian]
3 sudu besar Cili boh
1/2 inci Halia [ditumbuk halus]
3 ulas Bawang putih [ditumbuk halus]
Cuka makan
Air
Garam/perasa
CARA-CARA :
Tumis cili boh dan bahan yang ditumbuk halus hingga pecah minyak.
Masukkan air dan cuka makan.
Selepas air mendidih masukkan timun batang.
Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong.
Perasakan.
Biar seketika dan SIAP.
Ini adalah antara resepi ringkas yang Sha pernah kongsi dan Sha satukan semuanya. Semoga dapat membantu rakan-rakan yang sudah ketandusan idea untuk memasak. Bagi yang bekerja inilah masa kita menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah sepenuh masa dan memastikan keluarga kita memakan makanan yang sihat dari air tangan kita sendiri. Surirumah pula mesti gembira, para suami yang tidak biasa ke kedai membeli barang dapur secara solo kini sudah pandai membeli barang dapur. Namun harus diingatkan setiap kali memasak janganlah sampai membazir, masak mengikut kapasiti keluarga masing-masing. Jangan lupa doakan Covid-19 ini beredar dari bumi secepat mungkin.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi