Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020 | Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2020. Tidak terlambat rasanya untuk Sha mengucapkan Selamat Tahun Baru buat rakan-rakan dan pembaca sekalian. Semoga apa yang terjadi sepanjang 2019 kita jadian panduan dan lonjakan untuk lebih baik pada tahun ini dan seterusnya sama ada dari segi duniawi, rohani dan akhirat. Tahun ini Sha tidak keluar ke mana-mana untuk menyambut tahun baru hanya lepak di rumah bersama keluarga dan tidur tahun 2019 bangun tahun 2020 lah pendek kata tambah pula di Ipoh tak ada sambutan macam dulu, setiap tahun diadakan di setiap daerah di dalam negeri Perak. Alhamdulillah pada tahun ini kedua-dua anak Sha telah memasuki alam persekolahan iaitu Abang Zaryth sudah darjah 2 manakala Adik Nur pula Prasekolah 5 tahun.
Media sosial 1 dan 2 januari 2020 meriah dengan perkongsian rakan-rakan ibu melayan kerenah anak-anak di hari pertama persekolahan. Sha sebagai seorang ibu pun seronok melihat pelbagai ragam anak-anak yang pertama kali ke sekolah seperti anak kedua Sha iaitu Adik Nur sendiri yang mula melangkah ke Pra Sekolah di umur 5 tahun. Memandangkan Abang Zaryth sudah darjah 2, dia dah kenal dan tahu mana tempat nak tuju jadi tak ada masalah bagi Sha dan suami, tambah pula dia pun teruja berjumpa dan bersama rakan-rakan sekelas dia masa darjah satu.
Tahun 2020 adalah kali pertama untuk Adik Nur menjejakkan kaki ke sekolah. Alhamdulillah, senang bangun pagi iaitu jam 6.00 pagi untuk bangun dan bersiap. Sebenarnya Sha risau juga sebabnya Adik Nur tak dibiasakan bangun awal selalunya hantar rumah pengasuh angkat dia masuk kereta kemudian angkat masuk rumah pengasuh pun dia tak sedar. Memang jarang dia akan bangun awal kalau dibiarkan lebih-lebih lagi kalau hari cuti..ehehehe
Adik Nur memang awal-awal mintak nak pakai tudung bila pergi sekolah, jadi ibu layankan sahaja dia.
Tahun ini juga adalah tahun pertama Abang Zaryth memasuki kelas agama. Ibu sedikit keliru kerana sistem pembelajaran agama di sini agak berlainan berbanding ibu dahulu, maklumlah negeri pun lain kan. Demi tidak mahu Abang Zaryth ketinggalan dalam ilmu agama Ibu mendaftarkan Abang Zaryth ke sekolah agama rakyat paling dekat dengan kediaman. Jadi setiap hari Abang Zaryth akan belajar di 2 buah sekolah berlainan. Ermmm.. ibu dulu sekolah biasa dan kelas agama di sekolah sama, kelas sama tak perlu ke mana-mana hanya perlu tunggu ustazah KAFA datang ke sekolah.
Ibu tak minta banyak pun, biarlah Abang Zaryth dan Adik Nur dapat belajar dengan baik. Menuntut ilmu yang elok untuk bekalan dunia dan akhirat.
Pengalaman Menghantar Anak Hari Pertama Sekolah Tahun 2020

Adik Nur adalah antara murid paling awal masuk kelas, jadi ibu apalagi ajak Adik Nur selfie dulu selepas Adik Nur bersalam dengan cikgu dan mommy. Selepas sahaja selfie Sha tak tunggu lama, terus gerak ke dewan untuk menjenguk Abang Zaryth pula. Tidak lama berada di sekolah kerana semuanya baik-baik sahaja dan Sha meninggalkan anak-anak di bawah tanggungjawab guru-guru mereka. Mudah-mudahan cikgu baik, anak ibu pun baik.
Tahun ini juga adalah tahun pertama Abang Zaryth memasuki kelas agama. Ibu sedikit keliru kerana sistem pembelajaran agama di sini agak berlainan berbanding ibu dahulu, maklumlah negeri pun lain kan. Demi tidak mahu Abang Zaryth ketinggalan dalam ilmu agama Ibu mendaftarkan Abang Zaryth ke sekolah agama rakyat paling dekat dengan kediaman. Jadi setiap hari Abang Zaryth akan belajar di 2 buah sekolah berlainan. Ermmm.. ibu dulu sekolah biasa dan kelas agama di sekolah sama, kelas sama tak perlu ke mana-mana hanya perlu tunggu ustazah KAFA datang ke sekolah.
Ibu tak minta banyak pun, biarlah Abang Zaryth dan Adik Nur dapat belajar dengan baik. Menuntut ilmu yang elok untuk bekalan dunia dan akhirat.
5 Comments
Allahu semoga dipermudahkan segala urusan. Sekarang banyak tempat jadi macam tu, kelas kafa kat tempat lain 😥
ReplyDeleteselamat belajar anak2 cik mar..:)
ReplyDeleteselamat menempuhi alam persekolahan utk ank2..
ReplyDeletememori camni kene simpan byk2.. nt ank dh besar blh kenang blk.. hehe
selamat kembali ke sekolah!
ReplyDeletesebijik muka anak beranak tuh....alhamdulillah di permudahkan buat 2 beradik tu... tak meragam semua mak ayah pun senang hati
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi