Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Order Food Online From The Best Restaurants In Kuala Lumpur

Order food online from the best restaurants in Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di arus pembangunan yang pesat sekarang ini, banyak perkara yang kita tak perlu bersusah payah seperti dahulu kerana semuanya hanya di hujung jari termasuk membeli belah. Beli belah secara atas atas talian kini tidak terhad hanya kepada barangan fizikal kering seperti pakaian, perabot tetapi kini makanan juga ada penghantaran terus kepada anda.

Hari ini Sha nak kongsikan 5 restoran yang Sha tertarik untuk order makanan jika berkunjung ke Kuala Lumpur nanti. Maklumlah kadang-kadang jika ada kursus ke Kuala Lumpur, penat nak keluar ke mana-mana boleh sahaja pilih dan membuat tempahan secara atas talian, masalah nak fikir makan kat mana, nak pergi dengan apa pun selesai.

5 Restoran Di Kuala Lumpur Yang Boleh Order Online

Jika sebut Kuala Lumpur Sha anggap ianya sebagai syurga makanan juga kerana ianya Ibu Negara Malaysia yang didiami oleh rakyat datangnya dari seluruh pelusuk negeri dan negara. Jika kita menonton rancangan makan-makan pastinya kebanyakan adalah di sekitar Kuala Lumpur. Sepatutnya jika berkunjung ke Kuala Lumpur hal mencari makanan adalah bukan masalah besar bagi pelancong dan pengunjung. Jom tengok kat mana restoran yang kita boleh kunjungi dan boleh order secara online di Kuala Lumpur.


1. Upeh Cafe


Orang pantai timur memang tak boleh lari daripada selera pantai timur. Pergi Kuala Lumpur pun tetap nak makan hidangan Pantai Timur ! Nak makan Nasi Kerabu? Nasi Dagang ? Pulut Panggang ? Keropok Lekor? Upeh Cafe adalah pilihan tepat untuk korang pilih apa sahaja juadah yang ada kerana bukan sahaja hidangan melayu tetapi banyak pencuci mulut seperti Sardine Roll, Cucur Udang, Mango Cheese Cake dan sebagainya. 


2. Nasi Padang KL Sentral


Kadang-kadang rindu juga nak makan makanan Indoneisa jadi antara makanan yang Sha suka terutama yang jenis hidangan lengkap adalah Nasi Padang. Kalau ke restoran atau beli secara online Sha lebih memilih untuk beli masakan hidangan lengkap kerana tak perlu fikir banyak. Nasi Padang KL Sentral contohnya menyediakan pilihan menu hidangan seperti di bawah dengan harga yang berpatutan.

Set Nasi Putih, Bayam bersama Rendang Daging
Set Nasi Putih,Ayam Kampung dengan timun dan sambal
Set Nasi Putih, sayur campur dengan Asam Pedas Ikan Pari
Set Nasi Putih, Kangkung dengan Patin Lemak Tempoyak
Set Nasi Putih , Kubis & Ayam Merah
Set Nasi Putih, Tempe Bilis & Ayam Sambal Hijau
Set Nasi Putih, Kentang Berlada & Paru Berlada
Set Nasi Putih, Terung Berlada & Ayam Goreng Berempah

3. Arab Town KL


Nasi Arab merupakan menu kegemaran Sha jadi menu ini adalah pilihan yang sentiasa mempunyai peratusan tertinggi untuk Sha pilih bila bosan makan menu Melayu. Kalau jeling-jeling komen di laman facebook Arab Town KL sendiri kita boleh lihat banyak komen-komen pelanggan yang memberi respon positif selepas mencuba hidangan Nasi Arab di kedai ini memberikan tanda kesedapan yang bakal dinikmati. Harga yang ditawarkan pun harga biasa, mampu bayar. Hidangan yang ada adalah seperti Mandi Rice Lamb, Mandi Rice Chicken, Kabsa Rice Chicken, Kabsa Rice Lamb dan Shawarma Chicken Sandwich.


4. Restoran Al-Azad


Sha boleh cakap restoran ini adalah One Stop Centre kerana pelbagai pilihan ada, kalau nak order untuk ramai-ramai memang tak ada masalah jika korang berlainan citarasa dan selera. Restoran ini berkonsepkan kedai mamak dengan pelbagai jenis sup, rojak, roti canai, tosai capati, Nasi Kandar, Nasi/Mee/Bihun/Kuew Teow goreng, tom yam, paprik, pelbagai masakan daging & ayam, Roti Naan & Tandoori, Nasi Lemak dan pelbagai jenis air.

5. Carl's Jr (Mid Valley Megamall)


Lari daripada hidangan nasi dan tekak melayu, kita boleh memilih menu barat pula iaitu pilihan burger daripada California ini. Di Carl's Jr Malaysia terdapat pelbagai jenis burger seperti handed breaded chicken, Charbroiled Chicken Sandwich, Burger daging, Salad dan beberapa hidangan sampingan yang ada seperti French Fries, Crisscut Fries dan Onion Rings beserta soft-drinks.

Saat memilih restoran makan mana yang best di Kuala Lumpur ni, perut Sha kembali memberi tanda-tanda lapar.. dugaan sungguh ! Tapi kalau lapar pun apa salahnya bukan perlu susah-susah kena keluar rumah kerana sekarang dah mudah dengan online food delivery sahaja. Harga makanan dan caj penghantaran yang dikenakan pun berpatutan jika dibandingkan kos pembelian dan kos pengangkutan untuk kita keluar rumah. Sha nak ke mana-mana sekarang selalu akan bertembung dengan rider yang bawa kotak warna merah jambu gambar panda ! Comel, selalu Sha sebut ehhh.. Panda Food... suami mesti tegur, bukan Panda Food laaa... FoodPanda.. ehehe.. nampak yang sedang bekerja menghantar makanan dan juga sedang menanti masuk pesanan pelanggan. Sha amat berbangga dengan rider-rider FoodPanda ini kerana rajin mencari peluang pekerjaan untuk menampung kehidupan sekarang.

Post a Comment

4 Comments

  1. waalaikumussalam. ya Allah, semuanya menarik ^_^

    ReplyDelete
  2. Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place. The IP address of a device is 192.168.l.254 which is regarded as a private IP address. Whenever people buy a new router or modem, it comes with a default username and password. These particular login credentials help the users to protect their internet from irrelevant connections. Unfortunately, if you forget the router password then, it becomes quite challenging to find it out.

    ReplyDelete
  3. Wow sedap2 Makanan Kat Malaysia Ni. Macam mana Lah mama x gumuk mcm Ni hihi

    ReplyDelete
  4. fuhhh nasib baik tak duduk kuala lumpur, kalau tak makin bulat diriku ini. tibee hahaha.

    tapi kalau ada foodpanda, tak jadi juga diet. asyik nak order je kan hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi