Jangan tahan jika sakit perut nak buang air besar | Tajuk ini mengingatkan Sha kepada kejadian hampir 10 tahun lepas ketika dalam perjalanan balik dari Pahang ke Terengganu menaiki bas selepas selesai mengikuti suatu kursus disana. Malangnya kami terpaksa turun di Hospital Dungun kerana salah seorang sahabat sekerja Sha hampir tidak sedar sedarkan diri. Selepas menemui doktor bertugas, doktor mendapati beliau telah menahan kentut hingga menyebabkan beliau hampir pengsan. Itu baru menahan kentut sudah boleh menyebabkan seseorang terpaksa ke unit kecemasan, kalau menahan diri daripada membuang air besar bagaimana pula ya? Ramai pasti bersetuju jika Sha katakan bahawa membuang air besar adalah satu perkara yang baik untuk diri korang. Sha juga yakin bahawa ramai yang tidak mahu menyimpan najis terlalu lama di dalam tubuh. Tetapi ada ketika di mana anda terpaksa menahan diri daripada membuang air besar. Saat-saat ia datang itu kadangkala betul-betul pada masa yang tidak sesuai seperti ketika sedang bermesyuarat atau sedang menunggu bas atau LRT. Apa keputusan anda? Mahu mencari tandas berdekatan atau tunggu sehingga tiba dirumah?
Buat najis anda keras, alami sembelit
Menurut Alison Chen, pengarang buku What Your Poo Says About You, kita boleh menahan daripada membuang air besar tetapi ia tidak boleh dilakukan selalu. Mengapa? Kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Menurut Alison Chen lagi, semakin lama anda menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras najis anda. Ini kerana semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar daripada najis anda.
Apabila tinja anda menjadi lebih keras, anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkannya. Bukaan dubur anda berkemungkinan akan mengalami fisur atau koyakan ketika najis dikeluarkan. Apabila terdapat sebarang koyakan pada bukaan dubur, anda pasti akan merasakan kesakitan selain menyebabkan pendarahan dan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Selain itu, anda juga berpotensi untuk mendapat buasir jika najis anda kerapkali menjadi keras. Anda mungkin tidak tahu bahawa najis yang keras menjadi salah satu penyebab terjadinya buasir.
Respon lebih perlahan
Sumber Google |
Menurut Spencer Nadolsky, seorang ahli perubatan keluarga, menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan rutin membuang air besar berubah. Apabila kita menahan diri daripada membuang air besar, otot pada rektum akan meregang dan menghantar signal agar tubuh berhenti daripada memberi respon terhadap keperluan untuk mengeluarkan najis. Ini kemudiannya akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan najis dengan lebih perlahan apabila tiba masanya pada masa akan datang.
Kurangkan risiko sembelit
Untuk mengurangkan risiko anda daripada mengalami sembelit, anda boleh mencuba untuk melakukan perkara-perkara seperti sentiasa bersenam, menambahkan hidangan berserat dalam pemakanan, dan minum lebih banyak air. Anda juga boleh mendapatkan ubat untuk mengurangkan sembelit seperti laxative dan enema. Walau bagaimanapun, ia perlu digunakan secara berhati-hati kerana ia kadangkala boleh memburukkan keadaan sembelit sedia ada.
Selepas ini, cuba kurangkan diri daripada menahan untuk membuang air besar. Kami faham ramai yang lebih gemar memilih untuk tidak membuang air besar di tandas-tandas awam kerana faktor bau atau bunyi yang akan dikeluarkan. Anda boleh menahannya sehingga pulang ke rumah, tetapi jangan jadikannya sebagai satu amalan. Lebih-lebih lagi jika najis anda sudah ‘berada di pintu kastam’ untuk dilepaskan. Takut nanti anda ‘terbuang’ di dalam LRT je.
Kalau nak tahu, Sha adalah salah seorang yang suka menahan diri daripada pergi terus ke tandas jika sakit perut. Kesannya memang terasa antara terus ke tandas dan menangguhkan diri ke tandas. Keputusannya jangan berlengah untuk melepaskan hajat korang..! Kerana ianya akan menyebabkan korang tidak selesa dan menyusahkan diri sendiri nanti.
6 Comments
Alahhh... kalau bab ni memang tak leh tahan cik ma.... hehe,,,, harus le p cari toilet cepat
ReplyDeleteAkak memang x reti la nak tahan..kalau betul2 sakit perut masa tu dalam MRT, turun je kat next station, pi membuang dulu dan naik MRT balik..hahahha..selalu gak kena ni...
ReplyDeleteakak ni jenis yang memang setiap hari ada timing wajib untuk membuang, subuh hari dah malam selalunya gitu. Cuma kalau salah makan atau perut tak tahan pedas ke rempah baru lah tak ikut masa membuang nya...
ReplyDeleteCukup takut kalau sakit perut kalau tak kena masa dia..jenuh tahan..
ReplyDeletehusna pon sebenarnya ada isu pasal sembelit jugak. susah hati betul kalau dalam seminggu tu tak membuang huhuhhu
ReplyDeletekadang kalau nak jalan jauh terpaksa tahan sebab kurang suka guna tandas awam kecuali R&R bersih sikit.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi