Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Nasi Goreng Budu Paling Cepat Dan Mudah

Resepi Nasi Goreng Budu Mudah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila hari minggu pasti otak ligat memikirkan juadah yang nak dihidang kepada suami dan anak-anak dirumah dari sarapan hingga ke makan malam. Sha memang tabik betul dengan rakan-rakan yang bergelar surirumah dan bekerja dari rumah kerana mereka hari-hari perlu fikirkan menu buat keluarga tersayang. Kebiasaannya untuk sarapan keluarga Sha lebih suka yang mudah dan cepat, tapi yang pastinya selera melayulah. Jadi untuk sarapan hari ini Sha memilih untuk buat nasi goreng sahaja memandangkan bahan-bahan yang ada di rumah hanya beras, stok mee dan bihun dah habis kelmarin. Resepi nasi goreng paling mudah untuk pagi ini adalah Nasi Goreng Budu, sebenarnya agak lama dah Sha tak makan nasi goreng budu ini jadi kali ini kita masak lagi untuk dimakan bersama keluarga tersayang. Sebenarnya resepi ini mudah kerana perasanya adalah budu, kalau yang biasa makan budu korang tahulah rasa budu yang masin-masin gitu. Jika korang cari resepi nasi goreng budu ini semuanya mudah dan bahan pun tak perlu banyak, untuk nasi goreng budu yang Sha suka adalah seperti resepi di bawah.


RESEPI NASI GORENG BUDU MUDAH DAN CEPAT


Nasi yang dimasak dengan 2 cawan beras
Bawang merah 1 biji dimayam
Bawang Putih 2 ulas dimayam
Cili kering digunting kecil
Isi ikan goreng - Sha guna 1 ekor ikan sahaja.
Telur 1 biji
4 sudu besar budu
Bunga kantan kalau suka (Sha tak letak kali ini kerana Abang Zaryth tak tahan dengan bunga kantan)
1 kiub ikan bilis
Sayur kubis dihiris halus
Cili padi potong


Tidak semua orang makan budu. Budu sinonim dengan negeri Pantai Timur terutamanya Negeri Kelantan. Sebenarnya budu adalah seperti kicap juga, cumanya budu berasaskan ikan. Budu yang paling best adalah budu yang dibuat homemade orang kampung dalam tempayan, tetapi sekarang susah nak jumpa dah. Sha sendiri jika pulang ke kampung pasti akan ke pasar dan beli stok sedozen budu untuk bekalan dirumah kerana lebih jimat. Budu kegemaran Sha adalah budu cap ketereh, berbotol kecil comel, selalu juga beli banyak sebab boleh bagi kawan-kawan dan pengasuh anak-anak yang memang suka makan budu. Jadi budu tidak asinglah bagi rakyat Malaysia kerana kerana ramai je orang Perak makan budu..huhuhu.. Kalau di pejabat Sha pun, Sha ada geng untuk makan budu dan di rumah pun suami dan anak-anak semua dah biasa makan budu. Eh ! Mestilah kena ajar kalau tidak ibu tak syok laa makan budu sorang-sorang kat rumah kan. Kalau lauk ikan goreng, wajib suami nak ada budu depan mata. Paling sedap kalau budu yang diletakkan perahan air limau nipis, hirisan cili padi dan hirisan bawang merah, kalau Sha pula tambah tempoyak lagi bertambah nasi.


CARA MEMASAK NASI GORENG BUDU


Panaskan minyak di dalam kuali
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering.
Masukkan isi ikan goreng.
Masukkan budu
Masukkan kiub ikan bilis dan kacau
Masukkan sayur kubis dan cili padi
Pecahkan telur ke dalam bahan lain dalam kuali dan kacau sebati.
Kemudian masukkan nasi putih.
Nasi Goreng Budu DONE!

Untuk lebih sedap makan dengan pecahan keropok keping. Sebenarnya dengan nasi goreng apa pun Sha memang suka makan nasi goreng dengan keropok. Kalau dikampung dulu, biasanya kalau ada ikan goreng lebih tak habis makan, memang simpan dan boleh guna untuk dibuat nasi goreng. Apa lagi korang, jika korang dah bosan dengan nasi goreng ayam, nasi goreng daging, nasi goreng kampung sekarang korang boleh masukkan menu Nasi Goreng Budu pulak mana tahu korang terpaut nanti. Sha teringat semasa Sha membantu mak Sha di kantin sekolah pernah sekali Sha gunakan nasi lemak dijadikan nasi goreng, pun sedap weh.

Post a Comment

8 Comments

  1. Kat rumah ada budu ni, ok boleh try resepi Kak Shalimar. Thank you kak kongsi resepi ini :)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap pula nasi goreng budu ni ni.nangti nak try lah

    ReplyDelete
  3. budu ni buat masak apa pun sedap, mesti semerbak bau budu tu masa masak.. terus lapar lah bila ingatkan budu ni

    ReplyDelete
  4. dulu sblom kawen xpndai mkn budu.. lps kawen suami ajr mkn.. sedap rupanya.. haha
    tp budu yg kaler grey je blh mkn.. yg lain xblh sbb alergik..
    kalo mkn abs gatal satu muka.. huhu..

    btw ns goreng tu nmpk sedap!

    ReplyDelete
  5. First time nampak dan tahu ada nasi goreng budu. Nampak sedap tu

    ReplyDelete
  6. woww nasi goreng pun buleh buh budu dehh

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi