Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dekati Rasulullah S.A.W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor

Dekati Rasulullah S.A.W Dengan Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam Selangor | 29 Oktober 2019 (Selasa) Sha bersama rakan-rakan pejabat bersama beberapa orang ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah  (JKPD) bersama Klien Pengawasan telah berpeluang melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa yang terletak di Shah Alam, Selangor. Rombongan seramai 40 orang ini telah tiba pada jam lebih kurang 11.30 pagi terus disambut dan diberi taklimat oleh pegawai bertugas Kompleks Islam Antarabangsa. Dari pintu masuk hingga ke dalam bangunan Yayasan Restu ini kita sudah boleh nampak kesenian Islam yang menarik perhatian kami. Pada Sha tempat ini boleh dijadikan salah satu tempat menarik di Shah Alam.

Melawat Kompleks Seni Islam Antarabangsa Shah Alam



Sebelum memulakan lawatan rombongan berkumpul untuk sesi bergambar di hadapan Yayasan Restu sebelum bergerak ke bilik taklimat. Selepas taklimat pengenalan tentang Yayasan Restu dan Nasyrul Quran lebih kurang 30 minit, pegawai bertugas membawa kami melawat gakeri-galeri yang ada iaitu Galeri Musyaf Al-Quran (15 minit) dan naik ke bilik kebal.

Menarik Di Galeri Musyaf Al-Quran


Semasa lawatan di galeri ini pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar apatah lagi merakam sebarang video. Sha amat kagum dengan seni Islam yang diterapkan pada hasil seni penghasilan Al-Quran, contohnya untuk mukasurat surah Al-Fatihah senilukis dikeliling tulisan khat ada simbolik gambar buah kelapa. Sebagaimana yang kita tahu, untuk ukiran pada kitab suci Al-Quran adalah tidak menggunakan sebarang gambar binatang atau manusia tetapi hanya menggunakan gambar buah-buahan dan tumbuhan yang tidak berkaitan dengan agama lain di dunia. Kertas yang digunakan untuk penyalinan semula Al-Quran ini adalah diimport dari luar negara seperti indonesia, tulisan khat juga menggunakan kayu resam yang dikeringkan, dakwat pula dari bahan semula jadi seperti buah manjakani, bunga cengkih dan kulit buah delima. Dakwat juga akan disimpan didalam bekas khas yang diletakkan kain sutera di dalamya untuk mengelakkan mata pen rosak.

Selain itu terdapat beberapa Al-Quran lama seperti dari Acheh yang mana didapati tidak lama sebelum Acheh dilanda tsunami. Setiap Al-Quran yang ada di sini juga mempunyai jalur tepi yang diperbuat daripada emas. Jika korang berminat dengan nilai seni Islam memang korang akan teruja masuk ke sini. Sha sendiri teruja mendengar penerangan pegawai bertugas dan mengambil peluang untuk melihat Al-Quran ini dari jarak dekat semata-mata ingin melihat seni grafik yang ada seperti ukiran buah manggis dan buah limau yang menjadi simbolik kepada beberapa surah di dalam Al-Quran.

menarik di kompleks seni iskam antarabangsa
Taklimat Pengenalan daripada pegawai Yayasan Restu
Menarik Di Bilik Kebal

Bilik kebal ini dipantau suhunya dan memiliki pintu yang agak tebal daripada pintu lain. Bilik ini menempatkan rambut Rasulullah S.A.W, cebisan kain jubah dan capal Rasulullah S.A.W yang disimpan di dalam bekas kaca serta rak Manuskrip Al-Quran mengikut seni grafik bertemakan setiap negeri di Malaysia. Bilik ini juga tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar dan video, tetapi korang patut datang ke sini untuk melihat sendiri manuskrip yang halus seni lukisnya, manuskrip yang sempat Sha tengok adalah dari negeri Kedah dan Perak.

Rehlah Nabawiyah

Akhir sekali rombongan dibawa ke Rehlah Nabawiyah untuk menyelusuri 24 Segmen Sirah Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW yang mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit untuk menghabiskan lawatan. Aktiviti pertama adalah tayangan video tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW dan barulah melawat replika suasana kehidupan Rasulullah SAW dari kecil hingga baginda wafat. Yang paling istimewa di sini juga dibuat satu replika rumah Nabi Muhammad SAW bersama Saidatina Khadijah R.A.




Segmen Sirah Junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W Meliputi Segmen Berikut :

1. Bermula daripada pintu masuk

2. Kemudian berkumpul di Bilik Visual Maulid Rasulullah S.A.W

3. Zaman Kanak-Kanak Rasulullah S.A.W

4. Kampung Bani Saad dimana Rasulullah S.A.W diberikan kepada ibu susuan baginda iaitu Halimatus Saadiah.

5. Rahib

6. Perang Fijar

7. Sejarah Pembinaan Kaabah

8. Perdagangan

9. Perdagangan

10. Gua Hira'

11. Sejarah Isra' Mikraj

12. Gua Thur

13. Hijrah Rasulullah

14. Kebun Tamar

15. Rumah Aishah R.A

16. Masjid Nabawi

17. Masjid Quba'

18. Ruang Informasi


Menuju ke tingkat atas

19. Galeri Empat Panglima Islam Terhebat
Mereka adalah Hamzah Bin Abu Muttalib, Khalid Al-Walid, Abu Sufyan Bin Harb dan Wasyi Bin Harb. Hamzah Bin Abu Muttalib merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W dan telah masuk Islam selepas tahun kedua kenabian. Tiga yang lain merupakan orang yang kuat menentang Islam pada awalnya kemudian memeluk Islam sengan sepenuh hati dan menjadi pejuang yang hebat.

20. Bilik Tayangan Video

21.Miniatur Perang Tentera Islam iaitu Perang Uhud, Perang Badar, Perang Khandak.

22. Photo Booth

Replika Rumah Rasulullah S.A.W

Sepanjang pengembaraan menyelusuri sejarah Rasulullah S.A.W di sini kita berpeluang untuk melawat replika rumah Rasulullah S.A.W yang didiami bersama isteri baginda Khadijah R.A. Menurut pegawai Yayasan Restu, ada insan yang mahu melawat replika Rumah Rasulullah SAW ini terlebih dahulu bermimpi berada di rumah baginda. Sampainya beliau di depan replika rumah ini tiba-tiba beliau menangis kerana replika yang ada sama seperti di dalam mimpinya.

rumah Rasulullah SAW
Pelan Rumah Rasulullah SAW

Bilik Rasulullah
Bilik Rasulullah SAW
Selain daripada bilik-bilik yang ada, di sini juga disediakan replika barangan Rasulullah S.A.W seperti Pengikat Rasulullah S.A.W,  Replika Kasut diperbuat daripada kulit, Replika Tempat Makan dan Katil Rasulullah S.A.W.

jubah rasulullah
Jubah Rasulullah SAW

Pada Sha jika korang ke Shah Alam bolehlah bawa keluarga datang kemari untuk melawat sejarah nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dan senaraikan Kompleks Seni Islam Antarabangsa ini sebagai tempat menarik di Shah Alam. Rehlah Nabawiyyah "Bukan Sekadar Sejarah Tapi Peradaban"



Maklumat Untuk Mengunjungi Rehlah Nabawiyyah :

Dibuka Setiap Hari
Jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Harga Tiket Masuk Rehlah Nabawiyyah

Kanak-Kanak 3-6 tahun - RM 5.00
Pelajar Sekolah/IPT/OKU/WE - RM 15.00
Dewasa - RM 25.00

Dapatkan tiket dikaunter Yayasan Restu atau di www.rehlahnabawiyyah.com
Info lanjut korang boleh hubungi
010-660 0871 /09-389 3788

Post a Comment

2 Comments

  1. Seronok belajar tentang sejarah Rasul kita. Anak-anak miza minta repeat lagi

    ReplyDelete
  2. This is the kind of data I've long been attempting to discover. Much obliged to you for composing this data. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ... sims 4 news

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi