Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tips Berpakaian Untuk Nampak Tinggi

Tips Berpakaian Untuk Nampak Tinggi | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali sekala nak kongsi tips tentang fesyen boleh kan? Hari ini Sha nak kongsikan beberapa tips yang terlintas difikiran juga daripada pemerhatian seharianlah, maklumlah diri sendiri pun tak berapa tinggi dan badan pun berisi tetapi nak nampak lebih kurus dimata orang memang jadi idamanlah. Bukanlah nak kata rendah tu tak cantik, tapi ada yang hendak nampak tinggi. Bagi Sha sendiri suka tengok orang sekeliling yang tinggi dan slim, cantiknya mereka bawa pakaian mereka dengan yakin. Tapi orang kata orang rendah ini awet muda, nampak comel gitu. Tapi tak perlulah sampai terpengaruh dengan ubat tambah tinggi kan. Di sini Sha ingin berkongsi 7 tips untuk nampak tinggi dengan hanya memilih pakaian yang betul untuk ketinggian badan sendiri.

rendah tapi nampak tinggi

TIPS UNTUK NAMPAK TINGGI

Dalam tips untuk nampak tinggi kali ini Sha banyak menekankan tentang pemilihan baju. Tetapi bukan setakat baju yang perlu kita ambil berat tetapi juga pemilihan seluar, skirt, tudung dan beg tangan juga memainkan peranan yang penting dan tidak hanya pakai tangkap muat. Oleh itu, marilah sama-sama kita belajar dan ubah apa yang patut. Hal ini juga adalah untuk diri sendiri juga sebabnya Sha seorang kurang menitikberatkan penampilan walaupun ke pejabat terutamanya tentang kasut ! apa yang selesa walaupun selipar jepun, ahahahaa... yang elok sikit hanya untuk bersedia jika ada tempat yang memerlukan Sha tampil lebih  Sekarang nak kurus sikit lepas itu nak guna pakai tips-tips dibawah ini :


1. Pilih pakaian yang corak menegak dibahagian tengah badan


Pilih pakaian dengan rekaan yang rekaan atau jahitan garis menegak tengah badan. ini akan membuatkan tubuh badan kelihatan tinggi tambah pula dengan garis halus. Garis menegak boleh membantu kita menyembunyikan sosok badan yang tidak sepatutnya. Macam silap mata gitu kan, rendah tapi nampak tinggi.

2. Elak pakaian corak melintang.


Elakkan memakai baju yang mempunyai jahitan garis yang melintang. Ini akan membahagikan tubuh dan menampakkan tubuh lebih rendah.

3. Pilih pakaian rekaan ringkas


Pilihan pakaian dengan rekaan ringkas dan tidak banyak corak. Rekaan sebegini akan memperlihatkan si pemakai kelihatan kemas dan tidak sarat. Tambah pula kalau kita pilih corak bunga-bunga yang besar, memang menambahkan lagi saiz badan dan menampakkan badan kita lebih pendek dari sebenarnya.

4. Elak pakai jaket yang terlalu labuh.


Pilih jaket atau blazer yang sama labuh atau hampir sama dengan hujung jari. Pilihan labuh yang betul dapat mengelakkan kita daripada nampak lebih rendah, yang ngam untuk tubuh kita menampakkan kita lebih menawan ! Tentang labuh tak labuh ni antara topik yang paling Sha suka juga bila bercakap tentang tips berpakaian kerana Sha sendiri banyak silap beli blaus yang sekadar berkenan dimata.

5. Hadkan warna pakaian



Hadkan warna pada pakaian. Pilih satu atau dua warna sahaja sudah memadai. Semakin banyak warna, tubuh akan kelihatan lebih rendah. Kalau boleh jika pakai baju kurung biar kain dan baju warna sama jadi tidaklah terbahagi kepada dua bahagian badan. Tapi betullah ada beza kalau berbaju kurung warna sama dengan kain dan baju lain, sebab ada juga kawan tegur kalau masa pakai baju kurung satu warna orang cakap Sha kurus! Padahal semalam dengan hari ini sama sahaja tuannya, baju sahaja lain. Ok, lepas ini kena pakai yang warna samalah. Warna baju juga tak semestinya warna gelap seperti hitam, boleh sahaja warna lain tetapi biarlah yang sesuai dengan warna kulit kita.

6. Pemilihan labuh baju yang betul dengan ketinggian anda.


Pastikan labuh baju kurung pada di atas paras lutut. Jangan memakai blaus yang terlalu labuh, labuh terbaik adalah sekitar penumbuk. Jika orang rendah pakai cardigan labuh seperti diatas memang sesuai dengan kasut tinggi kalau tidak lagi menampakkan diri rendah. Elakkan dress yang separuh badan. Kalau nak nampak tinggi kenalah rajin belek-belek baju yang nak dibeli selain melihat corak yang cantik.


7. Pilihan Beg Tangan Yang Sesuai Dengan Saiz Badan


Saiz beg tangan juga memainkan peranan sama ada kita nampak pendek atau tinggi. Sebenarnya, ia turut memberi kesan kepada penampilan kita!

Teringat semasa mengikuti kursus penampilan bersama Cutecarry beberapa tahun lepas, kelakarnya beliau periksa beg-beg tangan yang dibawa oleh pendengar ceramah beliau dan terus komen. Jika beg tangan kita terlalu besar, ia membuatkan badan kita nampak lebih ‘berat’ dan pendek. Jadi, pilihlah beg tangan yag tidak terlalu kecil, cantik jika tidak melebihi lebar badan masing-masing untuk nampak lebih tinggi kecil dan kurus.

Akhir sekali, jangan sesekali kita merasa rendah diri kerana tidak mempunyai ketinggian seperti orang lain. Yang penting cara kita memilih, membeli menyesuai padan pakaian dengan tubuh badan kita. Sha pun kadang-kadang tengok baju cantik, suami tegur kenapa tak beli kalau berkenan? Mulakan meluahkan rasa, kalau Sha tinggi kan best, pakai apa sahaja mesti cantik kena dengan tubuh. Selepas itu, memang kena dengarlah beliau membebel kerana sikap rendah diri yang bertempat ini.

Post a Comment

11 Comments

  1. wah banyak tips. dedulu ada juga la amek tau. tapi sekarang ni sampaikan dah lupa nak amalkan, haha

    ReplyDelete
  2. Pakai warna yang gelap-gelap. hehehe

    ReplyDelete
  3. banyak baju plain colour..almaklumlah tak bape nak tinggi.

    ReplyDelete
  4. Awesome blog you have here but I was wondering if you knew of any forums that cover the same topics talked about here? Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.

    ReplyDelete
  5. SA mmg pergi kelas belajar semua ni under company sbb SA salah seorang Secretary kan...so semua ni penting...skrg dh tau la apa yg boleh dan apa x boleh

    ReplyDelete
  6. Thank you utk sharing ni. Sebelum ni beeha pakai jaket labuh, no wonder laa nampak macam pendek. And beeha jugak suka pakai beg tangan besar-besar.

    ReplyDelete
  7. hehe sesuai untuk kak ana ni Sha :)

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian, sebelum ini pernah gak baca pasal ini, kat opis pernah ada bengkel pasal pemakaian ni.... cuma kadang nya time malas hentam je, cumanya bila time kerja memang kene jaga betul-betul lah penampilaannya

    ReplyDelete
  9. Nice post mate, keep up the great work, just shared this with my friendz. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete
  10. skang ni xdan nak pikir bab berpakaian lagi main blasah apa yg ada.... huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi