Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam

Lost World Of Tambun Ipoh Menyediakan Percutian Padat Dengan Aktiviti Sampai Malam | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya ibu-bapa sudah mula merancang percutian bersama keluarga masing-masing memandangkan cuti sekolah akhir tahun 2019 bakal tiba tak lama lagi. Bagaimana dengan korang, rancang ke mana cuti sekolah tahun ini? Sha belum berbincang lagi dengan suami, anak-anak pun belum bertanya nak jalan-jalan ke mana tapi sudah bising untuk ibu ayah cuti sama dengan mereka. Kesian juga tapi macam biasalah kita cari percutian bajet sahajalah yea sayang. Tahun ini ada yang merancang untuk membawa anak-anak ke taman teman air di malaysia? Taman tema air adalah antara pilihan yang menarik untuk ibu bapa habiskan masa sepenuhnya bersama anak-anak. Jika korang nak bawa anak-anak ke taman tema air, bolehlah memilih untuk ke Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak.

Adik Nur di hadapan pintu masuk Lost World Of Tambun

Abang Zaryth sedang tengok peta keseluruhan kawasan Lost World Of Tambun

Menarik di Lost World Of Tambun


Petting Zoo Lost World Of Tambun

Ruby & Friends - Rakun yang comel
Catopia - Ada beberapa jenis kucing yang unik seperti Main Coon dan Sphinx

Zirafah & Kawan-Kawan


Selepas menaiki train yang disediakan untuk pusing-pusing kawasan Lost World Of Tambun. Sha sekeluarga berjalan kaki pula di kawasan sama untuk meluangkan lebih masa melihat binatang yang ada dengan lebih dekat. Di kandang Zirafah terdapat beberapa binatang lain seperti unta, burung unta

Lost World Water Park



Sha tak ada gambar sendiri di Lost World Water Park kerana memang telefon bimbit tinggal terus dalam loker, sepenuhnya bermain air dengan suami dan anak-anak. Memang anak-anak enjoy sangat, puas hati dapat luang masa ke Lost World Water Park kerana untuk Water Park sahaja macam-macam aktiviti kita boleh buat. Bahagian Lost World Water ini terdiri daripada Awesome Pool Party yang memang awesome, bayangkan mandi kolam ditemani persembahan dj bertugas memeriahkan suasana. Selain itu ada Sandy Bay, Adventure River, Jungle Wave Bay, Tube Rider, Kids Explorabay.

Lost World Amusement Park



Sebelum layan Lost World Water Park, Sha memilih untuk menikmati Lost World Amusement Park yang mempunyai pelbagai permainan hiburan. Tetapi memandangkan Adik Nur masih tidak cukup ketinggian tak semua dia boleh masuk jadi agak terhad untuk Sha merasa naik semuanya. Tambah pula rancangan nak naik semua ini sebelah petang tak dapat kerana hujan mulai turun pada sebelah petang.

Lost World Tin Valley


Perlombongan timah adalah salah satu industri tertua di Malaya dan Ipoh "The City That Tin Built", menjadi titik pertemuan dan pusat komersil Lembah Kinta.


Lost World Tin Valley bertujuan untuk mendidik generasi hari ini dalam bidang pelombongan bijih timah yang kaya di Ipoh. Oleh itu, tarikan terbaru dalam bentuk Kawasan Perlombongan Tin yang dilengkapi dengan palung, kotak pam batu kelikir asal dan kawasan yang besar untuk pelawat muda mengalami "Dulang Washing" (Tin Ore Panning) seperti zaman dulu. Pengunjung juga boleh belajar tentang sejarah perlombongan timah dan melihat artifak sebenar dari masa lalu di Galleria kami.


Lost World Hot Spring & Spa


Sha tak tunggu sampai malam, sebelum balik rumah Sha cuma layan-layan manja di Hot Spring tapi memang biasanya Sha kalau ke mana-mana kolam air panas adalah pada waktu malam. Waktu malam pun ada rumah-rumah spa yang memang menenangkan dikelilingi hijau semulajadi dan kolam yang dibina sekelilingnya.

>>>>> Percutian di Besut, Terengganu. Beberapa tempat yang anda boleh kunjungi <<<<<


Harga Tiket Lost World Of Tambun 2019

Hari Biasa dibuka pada jam 11.00 pagi sehingga 06.00 petang
Hari Cuti dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 06.00 petang

Harga tiket adalah untuk SEMUA aktiviti di Lost World Of Tambun dan tidak perlu untuk bayar per-aktiviti.

Pemegang MyKad

Kemasukan
Harga
Dewasa (13 tahun ke atas)
RM 117.00
Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah)
RM 77.00
Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 77.00

Nota penting : Harga kanak-kanak adalah untuk yang berketinggian 90 cm keatas atau berumur 12 tahun kebawah. Kanak-kanak yang tinggi 90 cm kebawah adalah PERCUMA.

Tiket Untuk Lost World Hot Spring & Night Park Sahaja

Dibuka pada jam 06.00 petang sehingga 11.00 malam

Kemasukan
Harga Walk In
Dewasa (13 tahun ke atas)
RM 64.00
Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah)
RM 55.00
Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 55.00


Harga Sewa Tiub

Jenis
Deposit
Sewaan
Jumlah
Double Tube
RM 10.00
RM 18.00
RM 28.00

Harga Sewa Loker

Jenis Loker
Harga
Kecil
RM 20.00
Sederhana
RM 30.00
Besar
RM 40.00

Jika korang ingin membawa anak-anak ke tempat yang korang boleh layan dari pagi sampai malam, Sha cadangkan korang ke Lost World Of Tambun, jangan risau di sini bilik air, bilik mandi, surau disediakan untuk pengunjungnya. Untuk tiket jika korang nak beli awal-awal pun boleh, cari ajen di facebook, ramai yang ada jual tiket. Jika nak walk-in pun boleh, tetapi jika nak jimat boleh beli awal dengan ajen-ajen yang ada. Kalau nak bercuti boleh rancang awal dan rajin-rajinlah ke laman web Lost World Of Tambun . Contohnya macam promosi untuk orang Kedah dan Perlis.


Sekian perkongsian untuk hari ini, selamat bercuti jangan lupa luang bersama anak-anak dan keluarga anda. Nak bercuti pun tak semestinya kena pergi tempat-tempat mahal kan? Yang penting semua orang gembira walaupun hanya dengan percutian bajet.

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya kalo dpt g sni..
    seronok bwk ank..

    ReplyDelete
  2. Menarik banyak aktiviti. Belum pernah ke sini lagi. Yang pasti memang seronok kalau dapat datang sini. especially kanak-kanak

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak2 theme park yang saya pernah pi, Tambun ni la yang paling best. Rumah hantu dia pun paling scariest..kena repeat pi lagi lepasni bila anak2 dah besar..

    ReplyDelete
  4. Belum pernah sampai sini lagi . Boleh masuk dalam list untuk bercuti tahun depan .

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi