Berkat Niat Mahu Balas Jasa Ibu Rahsia Kejayaan Founder Seri Beauty | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tiada siapa dapat menyangkal doa ibu bapa penting dalam mencapai redha Allah sekali gus memudahkan perjalanan hidup seseorang mencapai kebahagiaan dan dan kejayaan dalam hidup. Hari ini Sha semakin yakin apabila mengetahui rahsia kejayaan Puan Ju mengasaskan Seri Beauty sehingga tahap sekarang.
Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ berusia 39 tahun berbesar hati berkongsi pengalaman hidup beliau yang boleh kita ambil sebagai inspirasi.
"Aku membesar dgn melihat kesengsaraan,kepayahan ,ketabahan serta kesabaran hidup ummi dalam mencari rezeki membesarkan kami adik beradik. Dalam keadaan membesar ini lah aku banyak belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana tak ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami. Ummi membesarkan kami dengan berniaga kantin kilang. Dari zaman sekolah aku sudah mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik".
Begitulah pengorbanan seorang ibu untuk anak-anaknya. Wanita ini akhirnya nekad untuk membahagiakan ibunya setelah melihat keperihan ibundanya, Puan Sharifah Rauzah,68
Begitulah pengorbanan seorang ibu untuk anak-anaknya. Wanita ini akhirnya nekad untuk membahagiakan ibunya setelah melihat keperihan ibundanya, Puan Sharifah Rauzah,68
Sangat menjadikan ibunya sebagai idola dan inspirasi sepanjang kehidupan dan perniagaannya, Puan Jue meletakkan segalanya adalah IBU nya dihadapan.
Pada Tahun 2017 Puan Ju nekad untuk menghasilkan Produk ‘Seri Lady‘. Beliau bermula hanya kerana kebengangan mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, dan terus menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.
Pada Tahun 2017 Puan Ju nekad untuk menghasilkan Produk ‘Seri Lady‘. Beliau bermula hanya kerana kebengangan mempunyai susuk tubuh yang agak berisi, dan terus menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.
Berkat kesabaran dan tidak melupakan sumber inspirasi iaitu ibunya, beliau terus menjalankan peniagaan Seri Lady sehingga kini, malah telah mempunyai seramai 70 Agen Jualan yang berkualiti serata MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI.
Puan Ju bersama sebahagian Agen Jualan yang sentiasa menjadi tulang belakang Seri Lady. Malah agen jualan juga menjadikan ‘Puan Jue’ sebagai sumber inspirasi kerana sifat rendah diri dan ketabahan beliau dalam menaikkan perniagaannya.
Puan Ju juga sempat memberi pesanan bersama bahawa tidak kira kita berkerja, lebih-lebih lagi kepada yang menjalankan perniagaan sendiri, jika masih ada ibu, jadikanlah ibu kita sebagai sumber inspirasi kita, kerana mereka adalah pelajaran yang sangat mahal untuk kita jadikan sumber inspirasi. ‘ Anak Derhaka Jangan Ada hati nak jadi Kaya ‘
Hargai Ibu yang masih ada, ❤️
Menghadiahkan Pakej Umrah Ramadhan 2019 Buat Ibunya.
Salah Seorang Anak didik Azizan Osman (Titanium) Bersama 2 Rakan Kongsi Cik Nazira Shariff & Ain Hamid.
Bersama Suami Encik Zamri, Anak-anak yang sentiasa memberi semangat & dorongan
Keluarga Besar, Puan Ju adalah anak ke 2 dari 4 Beradik.
Gambar terbaru Puan Ju, Founder Seri Beauty
Pendek kata kisah Puan Ju ini adalah salah satu bukti keberkatan doa seorang ibu dan hikmah membahagiakan insan yang banyak berkorban untuk kita daripada lahir hingga kini. Doa ibu yang meredhai dan kesungguhan berusaha juga sabar dalam ujian InsyaAllah kita hampir mencapai kejayaan.
2 Comments
Inilah kejayaan atas berkat dan restu ibu yang wajar kita jadikan contoh..
ReplyDeleteTengs sharing shalimar, nice post. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi