Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Gabungan Dashing Deo + Perfume Body Menjimatkan Dan Meyakinkan Penampilan Seorang Lelaki

Gabungan Dashing Deo + Perfume Body Menjimatkan Dan Meyakinkan Penampilan Seorang Lelaki | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Untungnya orang lelaki bila cerita bab bersiap untuk ke tempat kerja atau pergi jalan-jalan kerana merekalah paling cepat bersiap berbanding seorang wanita. Dari segi pakaian tentu sahaja mereka yang menang, kerana mereka ringkas sahaja tak perlukan banyak aksesori untuk dipakai. Walaupun Sha sejenis yang tidak bersolek tetapi tetap akan lambat bersiap maklumlah bila tiba masa memakai tudung pasti mengambil masa lebih berbanding lelaki.


Kali ini peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING ,memudahkan lagi kaum lelaki apabila DASHING melancarkan semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindarkan bau badan sudah menjadi satu kemestian buat tuan badan. Suami Sha sendiri pun sejenis menitik beratkan bau badan kerana bau badan yang tidak enak memang boleh mengganggu emosi beliau sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam satu botol. Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Paling menarik bila sudah digabung pastinya akan lebih menjimatkan kos tambah pula semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran, menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh menyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari. Ini bermakna 1 botol mampu bertahan sehingga 5 bulan.


Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa ke mana sahaja anda pergi.

4 VARIASI DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY



HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

HITMAN - Hitman direka kursus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchuli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml dengan harga RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari:

Facebook DASHING

 Instagram
@dashing_my

Post a Comment

4 Comments

  1. suami mmg selalu pakai jenama dashing ni....

    ReplyDelete
  2. Fuh terbaik Dashing. Baunya pun sekaki dah boleh bau.

    ReplyDelete
  3. Packaging yang ohsem.. Paling suka yang warna merah tu..

    ReplyDelete
  4. Suami sis pon suka pakai jenama dashing.. katanya lagi selesa pakai jenama ni berbanding jenama lain

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi