Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bapa Hisap Dadah Anak Kecil Minum Susu Tanpa Zat

Bapa Hisap Dadah Anak Kecil Minum Susu Tanpa Zat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca shalimaryusof.com.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud :-

Jelas di dalam ayat ini Allah S.W.T melarang kita mendekati perkara yang boleh membinasakan diri sendiri, pendek kata yang boleh memudaratkan juga memberi kesan yang tidak baik. Antara masalah yang tidak pernah selesai iaitu penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita adalah contoh yang paling berat untuk ditangani walaupun masyarakat sedar kesan-kesannya ke atas yang mengambil dadah dan juga kepada orang sekeliling juga negara.

DADAH adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Istilah lain Dadah merujuk kepada sejenis bahan yang membawa kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.


Sha di sini ingin berkongsi suatu pengalaman yang agak menyentuh hati yang mampu membuatkan hati seorang ibu atau bapa menjadi geram. Di dalam suatu operasi apabila pihak berkuasa mendapati ibu dan bapa keduanya terlibat dengan dadah mempunyai bayi atau anak kecil. Pastinya bayi tersebut akan dibawa sekali ke pusat operasi, tiba-tiba si ayah memohon untuk mengambil susu bayinya terlebih dahulu. Si ayah pun ke dapur dan kembali dengan 1 tin susu pekat manis bukannya seperti telahan pegawai bertugas kerana bayi biasanya akan minum susu formula untuk bayi.

Runtun rasa dihati, dadah boleh beli walaupun harganya bukanlah murah paling tidak sekali beli mesti ada RM 50.00. Susu formula anak Sha sendiri pun berharga RM 20.00 lebih sahaja dan masih ada yang berharga dibawah RM 20.00 sepaket pendek kata kalau mengikut nilai harga susu anak lebih murah daripada dadah ! Tapi itulah realitinya sesetengah penagih yang mementingkan diri sendiri. Rela sahaja anak membesar dengan tanpa zat yang kita boleh lihat sendiri dengan fizikal bayi seumur itu.

Bukan nak mengatakan hidup keluarga penyalahguna dadah ini semuanya kucar-kacir tapi secara majoritinya begitulah, jarang sekali terjumpa kes yang punya keluarga yang harmoni. Sha sendiri pasti akan berasa bangga apabila mengetahui kes dadah yang ada mempunyai anak-anak berjaya dalam pelajaran seterusnya mempunyai kerjaya yang hebat. TAPI itulah sebab SEKALI CUBA ANDA MERANA, bukan tidak ada yang mahu berhenti, malu pada anak-anak cucu tapi perkataan BERHENTI itu bukan suatu yang murah dan mudah !

DADAH, ANDA CUBA ANDA MERANA
CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Post a Comment

1 Comments

  1. Dadah ni ntah bila blh di hapuskan dari malaysia ni....

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi