Monday, April 01, 2019

Resepi Kek Coklat Mudah


Resepi Kek Coklat Mudah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini dah 1 April 2019 terasa laju sahaja masa berjalan, tinggal lagi 35 hari sahaja untuk kita menyambut 1 Ramadhan. Sudahkah bersedia untuk menyambut bulan mulia ini? Semoga kita sempat untuk menjalani ibadah puasa bersama-sama. Seminggu dua ini Adik Nur asyik minta Sha buatkan di kek strawberi, tapi manalah Sha pandai buat kek Strawberi. Untuk menunaikan permintaan anak Sha buatkan kek coklat paling ringkas dan hiaskan dengan buah strawberi diatasnya. Alhamdulillah Adik Nur setuju sahaja dengan cadangan ibu.. huhuhu.


Bahan-bahan Kek Coklat


2 cawan Tepung Berserbuk Penaik
1 cawan serbuk koko

*****************************
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
2 biji telur gred A

*****************************
1 cawan air panas

Cara-cara membuat kek coklat mudah


1.  Ayak tepung dan serbuk coklat bersama dan ketepikan.

2.  Satukan telur, minyak masak, gula pasir dan susu pekat kemudian pukul hingga sebati. Sha pakai mixer je.

3.  Kemudian campurkan tepung dan serbuk yang diayak tadi ke dalam aduan yang dipukul tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.

4. Masukkan 1 cawan air panas dan kacau lagi.

5. Adunan siap boleh tuang ke dalam loyang. Adunan ini sedang elok dengan dulang saiz 20.

6. Kukus selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.

Topping Kek Coklat

1. 1/2 cawan serbuk koko
2. 2 sudu marjerin
3. 4 sudu susu pekat
4. 3 sudu susu cair

** Masak secara double boiler .  Biarkan sejuk dan tuang di atas kek coklat tadi.

Siapa rajin menghias kek bolehlah hias dengan macam-macam lagi selain daripada buah strawberi.


Cuma ini sahaja ibu mampu buatkan untuk adik Nur harap adik Nur puas hatilah. Nanti kalau nak makan strawberi Adik Nur dan Abang Zaryth ajak ayah naik Comeron Highland okeh, beli kat pasaraya mahal dan cepat rosak..huhuhu..


7 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof