Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Makanan Jiwa Tingkatkan Jati Diri Bersama Encik Sukur Bin Ibrahim

Ceramah Jati Diri Bersama Encik Sukur Bin Ibrahim | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca dan rakan-rakan semua. Buntu juga bila tak ada idea nak menulis dan biarkan blog sunyi tapi hari ini panas-panas Sha nak berkongsi hasil mendengar ceramah daripada En.Sukur Bin Ibrahim di program sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 212 Tahun 2019 Peringkat Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah yang telah diadakan di Dewan Dato' Maharaja Lela IPD Perak Tengah. Bagi yang belum kenal siapakah En.Sukur ini yang Sha pun kenal melalui siaran televisyen yang mana ketika itu menyiarkan kisah kejayaan perniagaan yang diusahakan beliau iaitu perniagaan karpet. En.sukur adalah anak keempat daripada 6 beradik dan merupakan anak seorang tentera. Berasal daripada Johor tetapi dibesarkan Kem Terendak Melaka. Beliau yang dilahirkan sebagai insan istimewa pernah merasa malu untuk menonjolkan diri diluar disebabkan oleh kekurangan fizikal yang ada.


Tetapi kini Encik Sukur mampu berbangga dengan pencapaian dalam hidupnya selepas menjalankan perniagaan karpetnya yang merupakan perniagaan keempat yang diusahakan yang mana perniagaan sebelum ini menemui kegagalan. Di dalam ceramah ini beliau berkongsi pengalaman hidup beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

En.Sukur bersama Ketua Polis Daerah Perak Tengah dan Timbalan Ketua Polis

Kejayaan Dicipta Oleh Insan Biasa Yang Berusaha Secara Luar Biasa.

Anugerah Yang Encik Sukur telah nikmati.

Anugerah Khas OKU (Usahawan) tahun 2014
Malaysia Book Of Records ( Orang terpendek Malaysia )
Tokoh Maal Hijrah Negeri Melaka

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP OLEH ENCIK SUKUR

1. Orang berjaya adalah orang yang mempunyai cita-cita

Impian yang besar membuatkan kita terus berusaha hingga berjaya.

* En.sukur berkongsi tentang cita-cita waktu kecil beliau, memandangkan En.Sukur dianugerahkan kebijaksanaan beliau ingin menjadi seorang doktor kemudian ingin menjadi jurutera berdasarkan kecemerlangan dalam pelajaran tetapi semuanya dilupakan kerana fizikalnya yang tidak bersesuaian sehingga beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang IT tetapi selepas graduasi beliau menceburi bidang perniagaan.

Impian biar jelas dan terperinci.

Sekecil-kecil impian atau sebesar-besar impian adalah TETAP IMPIAN.

2. Kuasa tindakan

Jika sudah ada impian wajib ada tindakan.
Kena rajin, bersemangat, tak malu dan tak takut.
Cabaran pasti ada jadi kita redah jeee
Jangan putus asa

3. Bersyukur

Percaya bahawa Allah SWT akan menambah nikmat
Bukti bersyukur dengan solat dan berzikir
Orang bekerja buktikan dengan bekerja

Apa lagi kalau nak berjaya?

Disiplin tinggi walaupun perniagaan sendiri.
Berfikiran positif
Apa yang saya fikir, apa yang saya rasa (hati) adalah suatu DOA.
Bertanggungjawab dan berhenti bersungut
Jadikan kerja kita sebagai ladang PAHALA

** TIADA ISTILAH MASALAH CUMA ADA PERKARA YANG PERLU DISELESAIKAN **
Sempat beli buku En.Sukur dan dapatkan tandatangan.
Encik Sukur juga bercerita tentang pengalaman beliau mengikuti rakan mendaki Bukit Broga. Tiba-tiba Sha teringatkan kenangan semasa Sha mendaki Gunung Semanggol Perak pada bulan lepas kerana ceritanya sama. Sha memang mengakui dalam diam kata-kata En.Sukur kerana ianya sememangnya betul.

Apa yang penting dalam perjalanan hidup menuju impian, kita perlu tanamkan dalam diri kita 3 perkara :

1. Niat
2. Mencari rakan yang betul
3. Jika penat, berehat tetapi jangan terus berhenti.

InsyaAllah Impian kita tidak akan menjadi mustahil.

#OKUtapiOK

Post a Comment

9 Comments

  1. 3 perkara last tu memang win!!! thank you cikma sharing panas-panas2 lagik..hehehe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk diri sendiri jgk nii..karang simpan..sejuk..huhuh

      Delete
  2. Dalam hidup perlu ada motivasi untuk jadi orang yang berjaya. kagum dengan semangat encik mohd sukur ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap..sebagai manusia biasa kita ada turun naik..

      Delete
  3. Kagum sangat dengan semangatnya tu. Dan semoga kita juga akan terus bersemangat bila melihat kejayaan yang dikecapi insan-insan lain harungi kehidupan

    ReplyDelete
  4. kagum kan Sha, kelebihan yang Allah swt kurniakan buat beliau. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana.. beliau dengan mcm tu pun semangat waja

      Delete
  5. moga dipermudahkn urusan depa tu

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi