Tuesday, March 26, 2019

Kenduri Mendekatkan Kita Dengan Saudara Mara Dekat Dan Jauh


Kenduri Mendekatkan Kita Dengan Saudara Mara Dekat Dan Jauh | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada minggu lepas Sha sekeluarga sempat balik kampung untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan sepupu terdekat Sha sendiri. Adat bersaudara, adat berkawan ada pasang surutnya tidak semuanya indah walaupun dengan adik beradik sendiri atau juga pasangan kita. Di dalam apa sahaja pekerjaan yang kita buat kita perlu berbuat baik, kurangkan berprasangka walaupun kadang-kadang tindakan kita disalahertikan. Akhirnya kita tetap serahkan tindakan kita dalam penilaian Yang Maha Besar kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.


Pertama sekali Sha ingin mengucapkan Tahniah kepada sepupu Sha iaitu Farah kerana selamat menjadi seorang isteri kepada Aliff. Semoga kedua mempelai dapat menikmati percintaan selepas ijab & qabul ini, selamat berkenalan dan menempuhi alam rumah tangga dengan penuh tolak ansur dan penuh kasih sayang. Kak Ma tak mampu nak bagi hadiah mahal cuma mampu menyumbang tenaga di belakang tabir majlis ini. Selamat Pengantin Baru.


Pengantin adalah paling adik di dalam kalangan Sha dan yang lain perbezaan umur pun dalam 7 tahun. Alhamdulillah kendurilah yang biasanya dapat merapatkan balik hubungan tambah pula Sha sudah berpindah mengikut suami ke Perak jadi perlu mencuri peluang sebegini untuk bertemu secara dekat walaupun dunia sekarang boleh sahaja berhubung melalui group whatapps yang dicipta.


Ini Ika, atau Kak Kah iaitu panggilan kami kat kampung macam Sha sendiri dipanggil Kak Mar.. Sepanjang kenduri selepas kerja-kerja dapur selesai kami berkumpul sambil menanti ketibaan pengantin bermulalah kisah-kisah zaman kecil kami dikenang kembali. Arwah ayah kami menggelarkan kami "Kentut & Tahi" akibat terlalu rapat..ahahhaa..buruk sangat bunyinya kan?? Tapi itulah kami tambah pula kami boleh dikatakan berkawan dari dalam perut mak kami. Kami dilahirkan tahun berbeza tapi hanya berbeza 5 bulan sahaja, Ika lahir dahulu barulah Sha. Sekolah rendah sama-sama hinggalah naik sekolah menengah barulah kami berlainan sekolah tapi bila masing-masing balik sekolah kami akan berkumpul di port kami iaitu di sungai berdekatan rumah kami yang mana sungai itu tak sama macam sekarang.

Alhamdulillah sekarang pun masing-masing dah jadi mak orang tapi korang faham-fahamlah bila dah jumpa kawan baik kawan sebaya macam muda kembali...hihihihi.. kamilah budak kampung yang selalu berguling dalam pasir sungai, mandi sungai sampai lupa hari dah nak senja. Kalau dah terlewat macam biasalah tengok-tengok mak masing-masing dah tercegak dengan ranting kayu di tangan... ahahhaa.. Maaf mak ayah kami nakal sikit je kan...

10 comments:

  1. Bestkan bila berkumpul ramai-ramai. Bila ada kenduri macam ni la baru boleh berkumpul. Kalau tak memang agak susah sebab masing-masing ada komitmen

    ReplyDelete
  2. Betul sangat-sangat.. Kalau boleh datang time kenduri ini memang best..

    ReplyDelete
  3. Bila kenduri di kg terjumpa sedara mara yg jauh. Dulu kita kecik skrg dah nak masuk 46 thn. .

    ReplyDelete
  4. mmg betul tuh, pergi kenduri ni merapatkan hubungan sesama saudara mara

    ReplyDelete
  5. kan Sha, sebab tu bila ada kesempatan balik time kenduri ni memang seronok sangat dapat jumpa keluarga :)

    ReplyDelete
  6. kan Sha, sebab tu bila ada kesempatan balik time kenduri ni memang seronok sangat dapat jumpa keluarga :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah seronok kan.. walaupun penat tapi mmg best

    ReplyDelete
  8. time beginilah dpt bertemu. time raya pun belum tentu lagi dpt peluang ni kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Follow Us @shalimarmohdyusof