Monday, April 29, 2019

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Minggu ini hidangan lauk Sha dan keluarga banyak makan kepak ayam sebab Sha ada beli stok kepak ayam daripada seorang kawan. Selain Kepak Ayam Goreng Tepung Sha mencuba kepak ayam bakar pula tetapi menggunakan resepi lain daripada ramuan biasa Sha buat selama ini. Memandangkan suami Sha menyukai resepi ini semestinya akan diteruskan dikemudian hari. Suami Sha cakap kalau masak kepak ayam bakar madu pada bulan puasa nanti habis satu taman tak sabar nak buka puasa kerana baunya cukup menyelerakan. Mungkin ramai yang biasa guna resepi ini tapi hari ini Sha nak kongsikan juga resepinya, maklumlah pembaca blog Sha adalah Sha sendiri jika terlupa resepi.


Bahan Perap Ayam Bakar Madu

10 kepak ayam
*****
8 ulas bawang putih*
2 sudu cili kisar*
3 sudu sos cili*
2 sudu cuka*
1 sudu kecil garam*
2 sudu gula merah*

* Semua bahan dikisar.

*****
 Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley

Cara Masak Ayam Bakar Madu

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.

* Sha bolak balik ayam dan sapukan lebihan bahan bahan perap.

Alhamdulillah rasanya tidak terlalu pedas, pada yang suka pedas mungkin boleh lebihkan cili kisar tadi. Pada yang rajin pula boleh bakar menggunakan arang, macam Sha bakar menggunakan ketuhar sahaja. Tak perlu lagi nanti nak makan kepak ayam tapi berkira-kira sebabnya nak makan ramai-ramai agak tinggi modal - Sha laa tuu...hihihihi.. Sekarang tidak lagi sebab sudah boleh buat sendiri di rumah. Boleh masuk dalam senarai resepi menu masakan untuk juadah berbuka puasa nanti. Selain kepak sebenarnya tak kisah bahagian mana pun boleh gunakan resepi ini sebagai bahan perapan ayam bakar.

Sunday, April 28, 2019

Tarikan Unik Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Di Bukit Merah Laketown Resort, Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekejap sahaja masa berlalu lebih kurang 1 minggu lagi kita akan menyambut bulan mulia Bulan Ramadan. Sempena bulan puasa tahun 2019 ini Sha nak berkongsi satu tempat berbuka yang mungkin lain daripada yang lain kerana kita boleh belayar menaiki bot merentasi tasik sementara menunggu waktu berbuka menerusi pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara".

Bot yang sedia menanti anda untuk belayar menikmati permandangan tasik.

Sajian bertemakan citarasa makanan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik berbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah.

Pilihan Makanan DI Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019

 
Pilihan utama Sha semestinya Nasi Mendi Kambing.

Hidangan sihat iaitu salad

 
Kepada penggemar kerabu di sini juga terdapat kerabu perut dan kerabu taugeh, lauk ala kampung dipadankan dengan ulam-ulaman.


Jika ada ulam-ulaman pastinya akan ada pelengkapnya iaitu sambal, di sini boleh nampak Sambal Mangga, Sambal Kerisik, Sambal Belacan dan lain-lain.


Jika korang rasa mulut tak berapa best atau tawar jangan risau di sebelah dalam Le' Lac Cafe ada juadah yang mampu memberi selera iaitu dengan aneka jenis jeruk.

Lauk-pauk Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort

 

Aneka jenis lauk-pauk. Pada kali ini Sha sangat tertarik dengan Sambal Sotong sebagaimana warnanya rasanya juga kena dengan penggemar makanan pedas seperti Sha. Selain Sambal Sotong, Isi Ikan Goreng Cili Kering juga tidak kalah, ringkas tapi sedap di makan.


Jika korang tak terasa nak makan nasi dengan lauk-pauk korang juga boleh memilih sajian barat seperti baked fusilli pasta with potato ini. Set ini juga akan bersilih ganti mengikut hari disajikan selain ini terdapat juga spaghetti, bebola daging, pai shepherd serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.


Selain makanan berat, kalau orang melayu memang tak boleh berpisah dengan kuih muih. Di Le' Lac Cafe juga terdapat pelbagai kuih pemanis mulut gabungan tradisi dan moden.


Pada yang nak makan cucur pun ada di sini, digoreng panas-panas di ruang gerai yang ada lengkap dengan sos pencicah.

Rojak Buah

 
 Kambing Bakar di gerai Bakor-Bakor.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa santapan nusantara lain. Gerai Bako-Bakor ini juga ada ayam percik, sosej bakar, ikan kembung bakar dan ikan pari bakar.


Menu yang agak lain daripada yang lain iaitu Capati dan juga roti canai dihidangkan bersama Prata Dal dan Ayam Cincang Bamia.

 

Bersebelahan gerai capati korang boleh memilih laksa ikan. Korang boleh nampak bahan-bahannya cukup lengkap pastinya sedap. Untuk hari lain menu akan bertukar sama ada dengan laksa Sarawak dan mee udang. Selain itu hidangan lain seperti roti john, murtabak, sup berempah serta cendawan, bubur nasi turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih "meriah".

Pilihan Air Di Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) terdiri daripada air sejuk dan air panas.

 
Air Sejuk - Air Asam Masin, Oren, Barli, Bandung Cincau dan blackcurrant.

 
Air Panas - Air Teh Tarik, Kopi dan Teh.


Iringan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Dengan kadar Rm 45 bagi dewasa serta Rm 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati di tambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 petang dan 6.45 petang.


Bagaimanapun perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama menadangkan bot hanya boleh bergerak apabila aras air berada pada aras tertentu.

Bagi pengunjung yang ingin menunaikan ibadah Solat Terawih, anda tidak perlu bimbang kerana solat terawih secara jemaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.

Untuk pengetahuan korang promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah Rm 35 bagi dewasa dan Rm 25 kanak-kanak, warga emas, serta Orang Kurang Upaya (OKU) untuk pembelian yang telah pun bermula iaitu dari 1 hingga 30 April 2019.

Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM 105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama 1 baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.

Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi +605-8908888 atau layari http://www.bukitmerahresort.com.my





Friday, April 19, 2019

Cara Memasang Widget Youtube Di Blog | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini Sha nak kongsikan cara untuk meletakkan widget atau button subscribe youtube di blog anda. Caranya agak ringkas hanya copy and paste kod html.


1. Pertama sekali dapatkan Channel ID anda di :-




 2. Buka tab baru buka link di bawah :-



Copy and paste channel id ke bahagian Channel Name or ID
Layout - Full
Subscribers count : - default (shown)

3. Bila icon youtube berubah menjadi icon youtube anda, anda boleh copy and paste code dibawah ke widget html blog anda.
https://www.youtube.com/channel/UC4vKOwvDVIUkrfmPpGOv_Hg/featured?view_as=subscriber

Akhirnya blog Sha sudah ada widget youtube, jadi jangan lupa klik subscribe Sha nanti tau.

Selamat Mencuba !

Thursday, April 18, 2019

Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas Sha berpeluang merasai buffet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Tower Regency Ipoh jadi di Sha cadangkan jika bulan puasa nanti korang mencari Buffet Ramadhan di Ipoh korang bolehlah datang ke sini. Bertemakan "Semarak Rasa Ramadhan" susunan beberapa hidangan menu yang mampu mengungkap nostalgia masakan melayu lama bagi menyemarakan lagi suasana berbuka bersama keluarga, sahabat dan juga rakan sekerja.


Berbuka Puasa Dengan Menu Ala Kampung Di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh Perak.

Menjadi kebiasaan terutama kepada golongan wanita dan ibu akan sibuk mencari menu berbuka puasa setiap kali tiba bulan puasa, ada yang menyediakan jadual ada yang jenis mencari idea setiap hari. Mungkin dalam sebulan berpuasa pasti akan ada kita berbuka diluar atau mencari buffet ramadhan yang mampu kita ambil sebagai meraikan diri sendiri dan keluarga.

Pelbagai jenis hidangan daripada pembuka selera, nasi, lauk pauk hinggalah pemanis mulut cukup untuk menarik selera kita.

Antara kuih muih tradisional yang ada di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh. Paling best ada ubi kayu rebus makan dengan kelapa parut dan gula.
 

Hidangan yang ada di sana juga pelbagai kalau korang tak makan nasi, masih ada masakan panas seperti bakso dan kuew teow goreng yang sangat sedap diluar cafe di goreng panas ditepian kolam renang.


Hidangan nasi terdapat 2 jenis nasi iaitu Nasi Beriani dan Nasi putih dipadankan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Sambal Tumis Udang Petai, Masak Lemak Siput Sedut, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Petola dan Sup Kambing Berempah. Bagi yang masih menjaga diet korang boleh dapatkan masakkan grill di bahagian luar iaitu Kambing Golek dengan Sos, Ikan Bakar dan Ayam Grill.



Selain daripada air sejuk seperti air bandung, air sirap, air oren, air peach tea dan air jagung di sini juga terdapat air teh tarik sedap cukup lemak manis.


 


 

Selain kuih muih, nasi dan lauk pauk yang pelbagai jenis di sini juga ada Cucur Udang, Pisang dan keropok lekor goreng. Memang meriah tambah pula dengan adanya jeruk buah dan rojak buah juga. Pada yang suka macam pecal, roti jala, murtabak dan bubur lambuk juga ada jadi banyak pilihan yang ada.
 
 

Paling best adalah terdapat 5 jenis kerabu antaranya kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kacang botol dan kerabu taugeh pucuk paku kerang. Kalau sudah namanya ala kampung ikan masin tidak dilupakan termasuklah telur masin dan pelbagai ulam-ulaman dan dipadankan dengan pelbagai sambal.


Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati pada harga Rm 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak-kanak, manakala pada hari jumaat dan sabtu Rm 58.00 untuk dewasa dan Rm 45.00 untuk kanak-kanak. Harga promosi pembelian Awal Ramadhan baucer boleh didapati pada harga Rm 48.00 untuk dewasa dan Rm 38.00 untuk kanak-kanak bermula 6 mei hingga 12 mei 2019.

Korang juga tak perlu risau untuk menunaikan solat pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luasa, berhawa dingin dan selesa serta dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk di tingkat 10 hotel.

Selain hidangan buffet Ramadhan yang istimewa pihak hotel turut menawarkan harga bilik yang hebat iaitu Bilik Deluxe King dengan harga RM180.00 nett termasuk sahur dan buffet Ramadhan untuk seorang, manakala Bilik Deluxe Berkembar  RM250.00 nett termasuk sahur untuk 2 orang dan buffet Ramadhan untuk 2 orang.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian tertera di bawahh :

Puan Norhaizan - 012 628 1808
Meor Suhaniz - 019 600 2078
Mimi Nasir - 019 600 2417
Vinoth Prasath - 019 600 2054

Atau hubungi talian terus di talian 05 208 6888 sambungan 6900 (Cafe@6) atau 6000(Sale Office).

Alamat :
Cafe@6 / Poolside, Level 6
Tower Regency Hotel & Apartments Ipoh, Perak
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh,Perak.

Instagram : Tower Regency Hotel Ipoh
 http://www.towerregency.com.my/

Tuesday, April 09, 2019

Mini Giveaway Terbuka Di Instagram @shalimarmohdyusof | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada akhir bulan mac yang lepas Sha telah membuat satu giveaway ringkas di akaun instagram Sha tapi tidak terlalu digembar gemburkan. Memandangkan tidak ramai yang menyertainya Sha nak hebahkan kat sini dengan harapan adalah yang sudi menyertainya..ehehehe..

https://www.instagram.com/p/BviqYcglgy1/?utm_source=ig_web_copy_link

Hadiahnya tak adalah gempak sangat tapi sudah ada di tangan, jadi hanya tunggu giveaway tamat dan mencari gerangan pemilik hadiah sahaja.

Sekian, Terima kasih.

Monday, April 08, 2019

Filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Menjadi Kegemaran Anak-Anak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 29 Mac 2019 yang lepas Sha berpeluang menonton filem Upin & Ipin bersama suami dan anak-anak ternyata berbaloi membawa mereka berhibur bersama upin & Ipin kali ini kerana Abang Zaryth memang layan sampai habis dan terhibur sepanjang wayang kecuali Adik Nur yang tewas di penghujung cerita...ehehehe... Malam itu kami hanya bayar Rm8.00 untuk tiket Abang Zaryth kerana tiket untuk ibu dan ayah percuma menggunakan gift hari lahir ibu yang tamat 1 April 2019, tahun depan baru kita renew ahli TGV Movie Club ya..


Sebelum menonton wayang tak beritahu pun dua beradik ni kami akan menonton Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal hanya cakap nak jalan-jalan pusing AEON Station 18 sahaja.


Selain mendapat 2 tiket percuma, untuk yang mendaftar menjadi ahli TGV Movie Club pada hari lahir korang akan dapat 1 air dan 1 popcorn. Jadi bolehlah kan layan sambil menonton tambah Adik Nur memang suka sangat makan popcorn.

Sinopsis Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Filem pengembaraan baru ini menceritakan tentang saudara kembar Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei, dan Susanti, dan usaha mereka untuk menyelamatkan kerajaan Inderaloka yang fantastik dari Raja Bersiung yang jahat. Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersandung pada keris mistik yang membawa mereka terus ke dalam kerajaan asing Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang, mereka tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke kemuliaan mantan raja. Dengan bantuan Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi pelbagai halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, dan lucu yang dihasilkan oleh Les 'Copaque Production Sdn. Bhd. Dalam filem ini juga menampilkan watak dongeng melayu lain seperti Bawang Putih Bawang Merah, Nakhoda Ragam dan  Nujum Pak Belalang.

Lagu OST di dalam Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal ini juga telah menjadi lagu kegemaran anak-anak Sha terutamanya Abang Zaryth yang menyukai lagu "Keris Sakti". Pendek kata amat berpuas hati sinematografi, sound dan muzikal yang ada dalam filem ini. Adegan perpisahan dan pertemuan kembali antara upin & ipin juga menyentuh hati.

Pada yang belum menonton nanti jangan lupa menonton ya kerana ianya sesuai untuk tontonan orang dewasa dan kanak-kanak.

Follow Us @shalimarmohdyusof