Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Disahkan Mengidapi Hipertiroid

Sudah lama tidak menulis. Memandangkan ini adalah kali pertama Sha terpaksa mengambil ubat setiap hari dan menandakan kesihatan tidak berapa elok jadi Sha nak berkongsilah disini.

Sebelum ini Sha hanya ada kawan yang menghidapinya (hipertiroid dan hipotiroid). Kini Sha sendiri melaluinya.

17 Jun 2025 akibat menahan rasa tidak selesa akhirnya tarikh itu Sha mohon kerja separuh dengan mengisi borang menggunakan masa kerja lebih masa yang masih berbaki. Ketika itu tujuan Sha ada dua iaitu nak periksa kenapa Sha mengalami masalah gatal kulit yang berlarutan selama hampir dua bulan dan kalau boleh nak doktor ambil darah.

Alhamdulillah 30 Jun 2025 Sha ke hospital kembali untuk mendapatkan keputusan ujian darah yang telah diambil pada 17 Jun 2025. Bila tiba giliran Sha, agak mendebarkan juga. Maklumlah sebelum ini tidak pernah periksa kesihatan sampai kena ambil darah kan.


Apakah tanda-tanda Sha mengalami hipertiroid? Apakah itu tiroid?

Apakah Itu Hipertiroid

Apa yang diberitahu oleh doktor berdasarkan keputusan darah yang diambil. Menurut doktor hipertiroid ini disebabkan oleh hormon tiroid yang aktif. Kiranya bacaan hormon tiroid ini tinggi dalam darah. Kebiasaannya pesakit tiroid juga akan mengalami bengkak pada kelenjar leher tapi itu tidak terjadi pada Sha.

Fungsi kelenjar inilah yang mengawal kadar kalsium dalam darah, menguatkan metabolisma, meransang jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan.

tanda hipertiroid


Tanda-Tanda Hipertiroid

Antara tanda-tanda yang Sha alami ada yang biasa dan yang ketara. Apa tanda-tanda yang dialami oleh pengidap hipertiroid? Di sini Sha kongsikan beberapa simptom hipertiroid yang Sha hadapi :

1. Berat badan turun mendadak

Kalau korang nak tahu, Sha kerap juga timbang berat badan. Bukan apa, setiap kali kerja luar mesti duduk sebelah KKM atau pihak kesihatan lain. Jadi bila dah ada depan mata mestilah nak periksa apa yang boleh seperti gula dan kolestrol.

Bila ke hospital wajib kena timbang lagi maka terdapat perbezaan ketara antara berat beberapa minggu lepas dengan berat terkini iaitu sebanyak 8 kg. Jika beza sekilo dua mungkin tidak ada apa-apa tapi bila 8kg agak mengejutkan.

Sha tak perasan pun berat badan turun, tapi bila beberapa rakan pejabat menegur pakaian Sha semakin menggelebeh barulah Sha sedar. Tambah pula sebelum dapat keputusan darah Sha hilang selera makan, walaupun makan tapi kerap tak dapat habiskan seperti biasa.

2. Selalu kepanasan

Memang cuaca sekarang tidak menentu tapi Sha perasan juga Sha mengalami kepanasan yang luar biasa. Satu hari jika dihari minggu pasti akan bertukar baju lebih dari tiga kali. 

3. Jantung berdegup laju

Doktor juga tanya pasal ini, jadi memang adalah. Bila jantung berdegur laju, maka kita akan berasa semput atau sesak nafas.

4. Cepat penat

Bila jantung berdegup laju juga boleh menyebabkan kita berasa cepat penat ketika melakukan aktiviti harian. Korang nak tahu? Biasanya walaupun Sha lama tak naik bukit, tapi Sha tetap dapat naik walaupun tak sampai puncak. Baru-baru ini Sha ikut kawan naik bukit, tak sempat dua pondok Sha dah penat sangat hingga rasa nak muntah. Tak pernah jadi.

5. Mata Rasa Tidak Selesa

Sha baru sahaja tahu hipertiroid juga boleh menyebabkan mata kita rasa tidak selesa. Korang tahu tak? Hampir dua bulan juga Sha mengadu mata berpasir dekat suami. Selain berpasir, Sha berasa mata sangat kering dan penat juga sensitif pada cahaya. Kalau pasang penghawa dingin kereta Sha kena pakai cermin mata hitam supaya mata Sha lebih selesa.

6. Cirit Birit

Membuang air besar juga kerap, kadang-kadang cirit birit. Selepas makan akan terus rasa nak membuang. 

Ubat Untuk Hipertiroid


ubat hipertiroid

Sekarang Sha sedang ambil ubat ini setiap hari. Stok sehingga bertemu bulan Ogos nanti. Yang warna merah jambu adalah untuk tekanan darah tinggi atau lebih tepat untuk kurangkan rasa berdebar. Manakala yang putih ubat untuk kawal hormon hipertiroid.

Korang baca coretan ini bolehlah kirimkan doa supaya hormon Sha akan bertambah baik.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sha, tak ada ayat yang bagus untuk kak mieja coretkan...kalaulah dekat, kak mieja nak hugs hugs sha....padanlah lama sangat kak mieja tak nampak sha. kak mieja doakan sha kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. Moga sha tabah dan kuat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi