Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Kulat Sisir Ikan Bilis Membangkitkan Selera Keluarga

Resepi Sambal Kulat Sisir Ikan Bilis | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Alhamdulillah saat ini baru sahaja siap makan tengahari di pantry pejabat sahaja memandangkan hari ini Sha tak ada merancang apa-apa aktiviti waktu pada rehat jadi hanya mengisi masa terluang di pejabat sahaja. Alhamdulillah hari ini cuma makan lauk sihat iaitu nasi bersama ayam goreng air fryer dan sayur salad harapnya dapatlah mencapai berat ideal. Ohh... sangat cliche bila berniat nak turunkan berat badan setiap kali masuk tahun baru kan, moga dapatlah realisasikan pada tahun 2019 ini. Diet yang paling Sha suka adalah bilamana kita dapat menikmati nasi yang memang Sha tak boleh tinggalkan jadi Sha ikut sahaja sahabat diet Sha iaitu Nadia yang merupakan kawan sekolah Sha dahulunya.
Oklah lupakan diet sekejap, hari ini Sha nak kongsikan satu resepi yang boleh dianggap campak-campak sahaja kerana ini adalah kali pertama Sha membeli kulat sisir, angan-angan nak goreng bersama telur dan ikan budu tapi mana nak dapat ikan budu kan? Cari ikut google banyak yang kongsi masak lemak, tapi macam tak nak makan masak lemak pada hari itu akhirnya jumpalah satu resepi tapi Sha ubah sedikit, apa yang jadi? Jom tengok..



Bahan-bahan Kulat Sisir Ikan Bilis


1 cawan Kulat sisir ( Dibasuh lebih kurang 3 kali dengan air garam kemudian perah dan sangai hingga kering )

Segenggam ikan bilis (goreng asing)

1 biji bawang besar (hiris nipis)

1 biji bawang merah (ditumbuk)

3 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 cm kunyit hidup (ditumbuk)

2 biji cili padi (ditumbuk)

1 batang serai (diketuk)




Cara-cara memasak Sambal Kulat Sisir Ikan Bilis.


1. Sha menggunakan minyak zaitun, tumis bahan-bahan kisar bersama serai yang diketuk hingga masak.

2. Masukkan bawang besar yang dihiris.

3. Masukkan Kulat sisir yang telah disangai tadi.

4. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang sudah di goreng tadi.

Matikan api.. MASAK ! Sudah boleh makan dengan nasi panas... fuhhh

Masa nak hidang tu terfikir pula sedap juga kalau tambah tempe goreng, tapi tempe tak ada. Masa tengah makan pula suami Sha komen sedap pula makan kulat sisir walaupun itu kali pertama dia makan dan bagi idea tambah tempe pun sedap. Wah ! sama pula fikiran kami hari itu, lain kali boleh lah beli lagi kulat sisir ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. menu yang simple dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  2. terliur nengoknyer.. walau tak pernah makan,tetap terliur.

    ReplyDelete
  3. wah! selera kampung tu pasti enak. teringat zaman kanak2 dulu selalu makan telur dadar dgn kulat sisir...

    ReplyDelete
  4. alamak, lazatnya perut kriuk2 la plak

    ReplyDelete
  5. alahai terliur baca tgh malam gini 😷

    ReplyDelete
  6. yaya tak pernah masak dan tak pernah makan kulat sisir.
    mak pun tak pernah buat..tak tau la apa rasa kulat sisir tu..

    ReplyDelete
  7. sedap sangat kalau goreng berlada pedas. Biasa cendawan kukur ni lepas basuh tumbuk sikit-sikit. disangai tu xpernah buat lagi.

    ReplyDelete
  8. Cendawan sisir ni mmg feveret Mama Yan tau...masak apa pun sedap!

    ReplyDelete
  9. kulat sisir ni dh mmg sedap, msk simple mcmni pun sedap

    ReplyDelete
  10. lama dok make kulat sisir. sedap sungguh! biasanya family aira buat telur dadar kulat sisir, memang sedapppppp sangattTtt

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi