KULIT LEBIH MUDA DENGAN 5 SERUM MUKA POPULAR INI | Orang selalu cakap wanita memasuki umur 30 tahun ke atas akan semakin cantik betul ke? betul tak betul kena tengok cara dia jaga kulit la kan? Macam Sha tak tahulah masuk umur 30 baru rajin sikit ambil tahu pasal kulit kalau tidak memang buat tak tahu saja.

Dalam produk penjaga muka, serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Kebiasaannya lebih mahal daripada losyen dan krim. Antaranya ia merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Wanita yang berusia 18 tahun ke atas boleh memakai serum kerana kebanyakan wanita dalam usia ini sehingga 25 tahun mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat. Semakin usia meningkat Sha perasan kulit mulai kering, pigmentasi dan garis halus mulai muncul, namun penggunaan serum bukan terletak pada umur, tetapi lebih kepada jenis dan masalah kulit.

TIPS MENGGUNAKAN SERUM
Dapatkan nasihat doktor pakar estetik untuk menentukan jenis kulit dan masalah. Doktor akan memberikan nasihat dan pendapat mengenai jenis serum terbaik.
Serum harus dipakai selepas mencuci muka dan penyegar iaitu sebelum memakai losyen atau krim. Jika sudah memakai losyen atau krim, kadar penyerapan serum akan berkurang kerana bahan dalam losen atau krim sudah menyelaputi kulit permukaan dan menghalang serum penyerapan secara berkesan.
Jika pori muka tersumbat dan banyak bintik putih dan bintik hitam, lebih baik lakukan rawatan menggunakan sentuhan bahan dan peel terlebih dahulu agar serum lebih menyerap ke dalam kulit.
Jika tidak begitu rajin memakainya, banyak penjagaan wajah yang boleh dipilih. Pakai serum pada waktu pagi dan krim atau losyen pada waktu malam kerana masa pagi dan tengah hari kulit kita terdedah pada cahaya matahari terik jadi kulit lebih berminyak.
ANTARA 5 JENAMA SERUM POPULAR DI MALAYSIA




5. VITAMIN E DR BEAU SERUM | Kali ini Sha sedang mengamalkan Vitamin E Dr Beau Serum untuk memastikan kulit wajah Sha lebih terjaga kerana kerap terdedah dengan cahaya matahari secara terus. Kenapa Sha memilih Dr. Beau Serum? Mestilah kerana kelebihan yang ada bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.

KANDUNGAN DR BEAU :
1. Vitamin E ialah vitamin yang baik merawat kulit.
2. Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
3. Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
4. Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
5. Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
6. Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
7. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Semua bahan yang digunakan memang menggunakan bahan semulajadi tidak mengandungi bahan kimia terlarang untuk memastikan khasiat yang ada tidak hilang. Cara pembotolan Dr Beau juga sangat menyenangkan kerana ianya berbentuk kapsul bak titisan emas tumpah ke kulit kita..

Paling best bila guna Dr Beau ni masa pakai memang terasa seakan berminyak tapi sekejap sahaja tau! Lepas tu macam biasa sebab serum mudah serap dalam kulit. Parut jerawat pun dah kurang maklumlah suami kita jenis pantang nampak jerawat nak picit lepas tu ada parut, nasib baik ada juga pakai serum. Bila amal serum ini kulit kita pun nampak lebih bersih kerana tompok-tompok yang menunjukkan kulit rosak kerana matahari kian pudar.
Apa-apa pun korang kena gunakan serum yang sesuai dengan jenis kulit korang. Selain daripada jenama-jenama serum diatas masih ada jenama serum yang boleh korang pilih mana yang terbaik dan yang penting selamat untuk digunakan.
UNTUK DIHUBUNGI :
Link page Dr.Beau : https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/?ref=bookmarks
Link chanel youtube : https://www.youtube.com/channel/UClHXFfo-FRzC36O-JvQ6vJA?view_as=subscriber
Link instagram dr.beau : https://www.instagram.com/drbeau_official/?hl=en
Link laman web : http://www.teja.com.my
No tel untuk dihubungi : 016 963 3443
12 Comments
Tak pernah try lagi semua serum tu.
ReplyDeletedh ade serum yang biasa pakai ke kinah
DeleteBanyak jugak serum yang ada di pasaran, pilih mana yang terbaik
ReplyDeletekan..kena tahu apa yang elok untuk kulit sendiri
DeleteBanyak jugak serum yang ada di pasaran, pilih mana yang terbaik
ReplyDeleteWah, produk-produk yang hebat...
ReplyDeletesemuanya terkenal
DeleteWowww..syok lah guna serum vitamin e ni yer.bagus ingredients dia.. semua bahan anti oksida tinggi tuu
ReplyDeletekan..bahan2 terbaikk
Deletecomeinya serum dr beau, mcm serum rambut yg timm penah pkai, eclips kot nma dia..hihi..
ReplyDeleteaah.,.betul tu Timm..eclips..
Deletepatut la nampak berseri-seri loni ni rahsia cik mar deh
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi