Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SAMBAL BILIS SIMPLE DAN MUDAH

SAMBAL BILIS SIMPLE DAN MUDAH | Salam 5 Ramadhan 1439H semua. Semalam sempat menonton siaran ulangan Tazkirah Malam Jumaat, yelah kadang-kadang terlepas waktu tayangan sebenar disebabkan aktiviti harian yang kadang-kadang sibuk dan kadang-kadang tak ada apa sangat nak buatkan. Antara isu yang dibincangkan didalam rancangan tersebut adalah tentang puasa, katanya puasa adalah sesuatu yang tak habis dibincangkan termasuklah berkaitan hal-hal yang boleh membatalkan puasa dan apa yang membatalkan pahala puasa. Mungkin kita boleh menjaga atau bertahan daripada berbuat sesuatu yang membatalkan puasa seperti menahan lapar dan dahaga tetapi untuk menjaga pahala puasa mungkin berdepan bermacam-macam dugaan terutamanya di zaman sosial media ini, kita perlu banyak menjaga kata-kata. Jadi sama-samalah kita berkongsi sesuatu yang lebih memberi manfaat berbanding keburukan.

Sudah masuk hari ke-5 Ramadhan pastinya sudah semakin menjadi kebiasaan kepada kita bangun pada awal pagi untuk bersahur. Orang kata makan pagi-pagi perlukan sesuatu yang membangkitkan selera kerana tak semua orang boleh makan pada waktu pagi oleh itu memerlukan juadah pembuka selera. Untuk semalam Sha ambil alih dapur memandangkan Encik Suami seharian selesaikan masalah enjin kereta Sha jadi Sha sediakan juadah berbuka. Sha memilih untuk memasak sambal bilis ringkas sebagai pelengkap masak lemak cili api udang.


BAHAN-BAHAN SAMBAL BILIS

1 cawan Ikan Bilis
Tempe
6 biji bawang merah (dimayam)
2 senduk Cili boh
Garam
Gula
Minyak masak

**Pissss
Sebenarnya kebetulan tempe ada jadi Sha tambahkan tempe di dalam sambal bilis ini.

CARA-CARA MASAK SAMBAL BILIS

Bilis dan tempe digoreng asing terlebih dahulu dan ketepikan.
Tumis  bawang merah yang telah dimayam sehingga wangi kemudian masukkan cili boh. Bila sambal sudah masak, barulah masukkan ikan bilis dan tempe ke dalam kuali kemudian perasakan dengan garam dan gula.

Simple kan sebab itu dinamakan sambal bilis tempe simple. Memang jadi penyedab kepada masak lemak cili padi Sha semalam. Alhamdulillah kenyang makan sekeluarga boleh makan dari berbuka hingga ke sahur. Cuma ikan bilis yang Sha beli tu agak keras maklumlah biasanya Sha nak cari bilis yang elok kena beli kat pasar juga puas hati, ini beli kat pasaraya ada yang kasar-kasar sahaja.

Post a Comment

7 Comments

  1. mintak ye resepi ni next week nak buat. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi

    ReplyDelete
  2. Kalau ira suka buat kering tambah kacang lepastu buat kudap memang tak jadi lauk la ceritanya hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi