UNILEVER FOOD
SOLUTIONS | Bekerjasama dengan MBKT sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari
untuk mengurangkan pembaziran makanan yang dianggarkan 8,000 tan sehari di
Malaysia
Chefmanship Akademi
(CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) telah memperkenalkan
modul yang terbaru, dengan menumpukan perhatian pada pengurusan sisa dan
lebihan makanan, kos pengiraan dan cerita kejayaan pengendali supaya
memperbaiki dan memperolehi pandangan mendalam program inovatif mereka.
CA menekan pada
keusahawan bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang
kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih
baik.
Matlamat utama yang
ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk
meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Ketua Negara UFS
Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran: “UFS memulakan program
pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali
pertama dan melibatkan lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi
melalui CA.”
Nusrat berkata bahawa
berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap
hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran
adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada
hampir 1.1 juta tan setahun.
Sejak CA dilancarkan
pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh
Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya
bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam
(MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.
Program CA juga
dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP).
Nusrat berkata,
“Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama
seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang,
kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA.
“Kami amat gembira
bahawa CA sedang berkembang dengan cepat, dengan pertolongan rakan sepandangan daripada
pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan persekutuan,” kata Nusrat.
UFS Malaysia
berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan
teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam
untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan
terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.
Ini akan meningkatkan
kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan
membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam. CA menggabungkan
maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan
pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan
teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
“Dengan mengadakan
Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak
terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam
memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan
keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi
kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar
Ramadhan,” Nusrat berkata.
Nusrat berkata,
“Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan
sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi
serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali
makanan yang lebih baik.
“Laman web UFS akan
menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan
atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi
cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk
cef sahaja,” Nusrat kata.
Nusrat
berkata bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman
web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.
Semoga
dengan usaha murni daripada pihak unilever food solutions ini dapat memberi
manfaat kepada kesihatan masyarakat sekali gus memberi kesedaran supaya tidak
melakukan pembaziran makanan. Teringat pula zaman menjadi pengendali makanan
bersama mak di kampung dahulu pelbagai cara mengendalikan makanan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.
1 Comments
Bagus ada usaha akademi UFS ni untuk memberi kesedaran kepada kita supaya tak membazir..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi