MENU SIHAT HARI PERTAMA | Untuk pengetahuan korang Sha mengalami masalah lebih berat badan sejak 3 tahun kebelakangan ini selepas berhenti mendapatkan suntikan perancang keluarga. Dalam masa beberapa bulan berat asal Sha ketika itu 60 kg telah meningkat menjadi 66 kg. Satu tahap Sha terpaksa mengawal makan untuk mengelakkan berat badan terus naik tetapi tidak tahan lama kerana cepat terasa bosan dan menyebabkan mengambil makan seperti biasa kembali dan berat kembali naik. Masalah berat badan terlebih menyebabkan Sha mudah lemau dan sakit tumit jadi Sha mula mengambil langkah untuk ikuti cara diet kawan baik Sha ketika zaman sekolah tingkatan 6 Sha dahulu yang Sha namakan beliau Sis Nadia yang mana beliau sebelum ini mempunyai berat badan 110 kg sekarang berat badan beliau lebih kurang Sha selepas mengubah cara
pemakanan dan gaya hidup sihat sejak 2 tahun kebelakangan ini walhal beliau seorang yang suka memasak dan masakannya sangat sedap. Jadi apa salahnya Sha mengikut contoh yang terbaik depan mata kan.
Langkah pertama Sha muat naik dua aplikasi android yang dicadangkan oleh Sis Nadia. Satu aplikasi untuk senaman harian dan satu lagi untuk kiraan pengambilan kalori harian Sha supaya tidak lebih daripada sepatutnya.
20 April 2018 (Jumaat) | Hari Pertama | Berat badan 65.90 kg menjadi garisan permulaan bagi Sha dalam perjuangan menurunkan berat badan.
Hari 1 | 20 April 2018 | 8.00 pagi | Sarapan
1 cawan nasi putih - 150 cal
Ikan cencaru bakar - 200 cal
Timun jepun
Serunding Halia - 30 cal --- ( RESEPI DI SINI )
------------------------------------------------------------------
10.00 pagi | SNACKING
1 Biji Pisang
------------------------------------------------------------------
Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari
Bukan Sha masak pun, hari jumaat makan-makan kat luar.
1 cawan nasi putih - 150 cal
Ayam Bakar - 200 cal
Daun Salad & Timun Batang
Air Asam. - 40 cal
--------------------------------------------------------------------
Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari
Malam kita masaklah makan bersama suami dan anak-anak
1 cawan Nasi putih - 150 cal
Sup sayur ayam - 120 cal
Serunding Halia - 30 cal
[Kentang Sha tak makan]
Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari
Bukan Sha masak pun, hari jumaat makan-makan kat luar.
1 cawan nasi putih - 150 cal
Ayam Bakar - 200 cal
Daun Salad & Timun Batang
Air Asam. - 40 cal
--------------------------------------------------------------------
Hari 1 | 20 April 2018 | 2.00 petang | Makan Tengahari
Malam kita masaklah makan bersama suami dan anak-anak
1 cawan Nasi putih - 150 cal
Sup sayur ayam - 120 cal
Serunding Halia - 30 cal
[Kentang Sha tak makan]
Alhamdulillah siap untuk hari pertama Sha makan nasi dengan kuantiti 1 cawan dan lauk-pauk yang mempunyai rendah kalori. Doakan Sha istiqamah yea kawan-kawan semoga misi turun berat badan kali ini berhasil tanpa perlu tinggalkan nasi dan tanpa melalui peritnya sembelit.
Tunggu seterusnya hari ke-2.
8 Comments
menggoda n tergodanya.... akak skrg lebihkn mkn buah... tp kadang terjerumus ngn nasi jgk hheehhe
ReplyDeletebuah beli untuk snacking ..huhuu..kita membesar dengan nasi memg tekak minta nasi la kan..
Deletesedappnya..simple jer masakan tu.. berat rabia 48 kg.. dulu berat 45 je..skrg usaha tgh jogging ni
ReplyDeletebagus rabia.. sekarang akak buat 80% jaga makan.. 20% senaman
Deletegud luck yea....
ReplyDeleteTq awak
DeleteChaiyok cik mar ! Smoga istiqamah. InsyAllah.
ReplyDeletemenu diet pun nampak sedap
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi