MENU DIET HARI KETIGA | 22 APRIL
2018 | AHAD | Alhamdulillah masih meneruskan perjalanan dan misi menurunkan
berat badan. Jika korang nak tengok apa Sha makan untuk hari kedua boleh tengok ( SINI ). Sebenarnya banyak sebab Sha mula nak turunkan berat badan selain sakit tumit, alasan lain adalah suami dan kawan-kawan sudah tegur Sha makin berisi, memang BMI sha sudah tahap overweight, mahu capai berat normal kembali dan baju kerja pun sudah banyak yang tidak selesa pendek kata mengetat..aahhaaha
sumber google |
Lupa pula nak ambil gambar, kita pinjam gambar kat facebook sahaja okeh. Pagi itu lambat bangun, encik suami dah siap beli sarapan nasi lemak, jadi jangan risau..kita layan je nasi lemak.
Lepas makan nasi lemak Sha bawak Adik Nur ke Pasar Batu Gajah mencari buah-buah, lauk dan ulam.
HARI 3 | 22 APRIL 2018 | TENGAHARI
1 cawan nasi putih
Timun batang + Petai
Budu
HARI 3 | 22 APRIL 2018 | MAKAN MALAM
Nasi goreng cina
Amboi Sha kata diet, tapi makan berat-berat je, celah mana hang kata diet Shalimar oiii.. Tak apalah kita cuba dan tengok apa jadi nanti, orang kata gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam seminggu kan.
____________________Sekian Menu Hari Ke-3
4 Comments
Alhamdulillah...moga terus bersemangat ya...insyaAllah boleh.
ReplyDeleteya betoi.. kita dah gemuk puloh tahun.. takan sehari boleh kuruih.. ni cik azue lah ni.. jom fighting.. kita kasi BMI 20 ke 22 sahaja jom
ReplyDeleteorg kata nk diet pun kene mkn nasi, nasi tak slh, jnji jgn berlebih2 kan...
ReplyDeletecuma klu bdn mcm akak ni, nk cpt turun brt kene elalk kn nasi hehehe... tp kadang termkn jgk lah nasi tuh
Semoga dipermudahkan usaha diet tu
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi