Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG

RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Kebiasaannya Sha memang tak ada idea untuk padankan lauk pauk dengan sayur apa. Waktu pagi Sha untung tak perlu ke pasar pagi sebab berhampiran rumah Sha ada jiran yang jual barang basah jadi Sha hanya perlu jalan kaki untuk beli barang basah cuma pilihan agak terhad jadi beli sahaja apa yang ada. Sha beli kuew teow, taugeh dan kuchai untuk masak kuew teow goreng sebagai sarapan. Lebihan taugeh untuk buat sarapan Sha padankan dengan lauk Kari Ayam untuk makan tengahari terjadilah Ikan bilis dan tempe goreng.

Sebenarnya Sha jarang sangat makan tempe ni, sejak duduk perak je Sha makan sebab boleh terima laa rasanya. Ingat ingat Sha ni kali ke 5 macam tu lah Sha beli tempe ni, haaa duduk perak dah 6 tahun dah..hihihi...


BAHAN-BAHAN

Ikan bilis
Tempe potong petak-petak
Taugeh
Kuchai
Cili Merah
Kiub Ikan Bilis
Bawang Merah dimayam
Bawang Putih dimayam

CARA MASAK

Goreng tempe dan ketepikan
Goreng Ikan Bilis ketepikan
Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan sedikit air dan letak kiub ikan bilis.
Masukkan Ikan bilis dan tempe yang siap digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan taugeh dan sayur kuchai, kacau sekejap tutup api.

Sebenarnya Sha nak buat goreng sambal ikan bilis dan tempe ni, tapi lupa cili kisar tak ada. Jadi kita pusing jadi goreng biasa sahaja. Tapi rasa tak lengkap pula tiada apa-apa yang pedas..hihihi..

#dapurcikmar
#cikmarstory

Post a Comment

6 Comments

  1. dulu xsuka mkn tempe.. tp dh rase sekali sedap plak.. skrg dh jd pebret! haha

    ReplyDelete
  2. tumis gini mmg peberet akak, cumanya kalau akak... akak tumis terus tempe tu tak grg awal....

    ReplyDelete
  3. Kalau buat makan depan TV bahagia ni! heheh ^^

    ReplyDelete
  4. Dah sedap lah tu walaupun ringkas....akak org Johor,tempe dan Johor berpisah tiada...hihii.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi