Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CAPATI SEDAP DI BATU GAJAH,PERAK.

CAPATI SEDAP DI BATU GAJAH,PERAK | Assalamualaikum/ Salam Sejahtera semua. Hari ini Sha nak kongsi satu tempat makan best di batu gajah, perak. 6 tahun tinggal di Batu Gajah, selama 3 tahun juga hari-hari Sha ulang alik ke tempat kerja kerja di Ipoh melalui jalan ini tetapi tidak berkesempatan untuk merasainya tetapi sempat menjeling juga papan tanda capati sedap di gerai yang berada di tepi jalan Kampung Seri Rahmat Jalan Lahat ini, memang ramai orang bersarapan di sini selalu banyak kereta parking kiri kanan jalan meja pun penuh.


Kali pertama menjejakkan kaki di sini Sha dan keluarga disambut oleh pemilik kedai itu sendiri iaitu Abang Nash yang sangat mesra pelanggan dan pemurah. Pada hari itu Adik Nur bertuah kerana Abang Nash belanja Adik Nur makan bubur nasi yang sedap. Menurut Abang Nash kedainya terkenal dengan Capati tapi hari itu Sha tak order pulak capati Sha cuma order Kuew Teow Kicap berkuah sup dipadankan dengan kopi tarik memang terbaik. Mungkin kerana Abang Nash seorang yang suka mengembara dengan motosikal berkuasa tinggi beliau dapat memberi yang terbaik untuk kedainya berdasarkan pengalaman yang ada walaupun kedudukan kedainya jauh daripada bandar nampaknya Gazebo Abang Nash ini memiliki pengikut setianya.



Jika korang berkunjung ke Gazebo Abang Nash ini pada hari minggu korang akan dihiburkan oleh 2 orang pemuzik otai di perak. Pilihan lagu yang menggamit memori dinyanyikan oleh orang lama yang suaranya memang padu memang menghiburkan pengunjung yang hadir. Pendek kata sambil makan sambil berhibur la kan.


Harga makanan pun berpatutan sangat tau. Disebabkan kami tak order capati Abang Nash bungkuskan kami capati untuk pastikan kami merasa juga Capati Ikan Sardin yang dikatakan memang menjadi menu pilihan di sini. Selepas merasai sendiri capati Gazebo Abang Nash memang sedap dan kuah sardinnya sama seperti komen-komen pelanggannya di facebook Gazebo Abang Nash iaitu sedap dan tidak kedekut isi ikan sardinnya, patutlah digemari ramai.

Apa lagi kalau korang ke Batu Gajah Perak nak cari sarapan yang sedap bolehlah berkunjung ke Gazebo Abang Nash okeh.

Informasi :


No Telefon - 017-5010904

Waktu Perniagaan - Sabtu & Ahad / 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Isnin hingga Jumaat / 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Rabu - TUTUP

Post a Comment

5 Comments

  1. noted. nanti kalau sampai sana boleh cuba jugak :D

    ReplyDelete
  2. Tentu sedap kan...boleh try ni bila2 ke sana kelak.

    ReplyDelete
  3. Namanya pun dah rasa cam sedap. Rasanya pun mesti lagi sedap kan..

    ReplyDelete
  4. hasih... menarik lak capati ni,,,, nampak keu teow ngan bubur nasi tu best juga

    ReplyDelete
  5. Uhh balik kampung ni, boleh saya singgah kat kedai ni ... tk biasa lak nampak, selalu tu nampak Paktua je .. sbb adik pernah kerja kat situ. Capati pun dah lama tak makan ni .. nyumm nyummm

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi