RESEPI LAKSA SIAM | Assalamualaikum, Salam sejahtera. Hujung minggu baru-baru ini Sha berpeluang mencuba memasak laksa kuah siam yang mana pada asalnya Sha kali pertama mencuba masakan ini ketika jiran depan rumah Sha buat kenduri, sedap dan bertambah pula Sha makan. Kebiasaan Sha memang suka makan laksa kuah lemak atau laksa kelantan atau kuah laksam. Kali ini buat kelainan sikit makan laksa berkuah kuning.
BAHAN-BAHAN
Sepaket laksa
Ikan rebus (ambil isi)*
Serai*
Lengkuas*
Kunyit*
Halia*
Cili padi*
Lada Hitam *
Santan
Bawang besar (holand) di belah 8
Bahan bertanda * dikisar bersama.
ULAM-ULAMAN
Timun Batang
Taugeh
Bunga Kantan
Buah nanas
Kubis
CARA-CARA MEMASAK
Tumis bahan dikisar kemudian masukkan santan. Kacau hingga masak. Perisakan dengan garam dan gula jika perlu. Jangan lupa letak bawang besar(holand) yang dipotong 8 bahagian tadi ke dalam kuah.
Hasil kali pertama buat laksa siam. Sha tak berapa puas hati dengan warnanya tak cukup kuning dan rasanya sedikit tawar. Untuk cukupkan rasa Sha hidang garam dan sedikit belacan secara berasingan. Laksa siam juga sedap di makan dengan sambil cili kering macam makan laksam. Mungkin lain kali kena baiki lagi bagi hasilnya lebih cantik kejadiannya. Warna pun tak menyerlah memandangkan bunga kantan pun tak ada yang warna merah jambu, bunga kantan muda sahaja sha berjaya jumpa hari itu. Dalam tak puas hati Sha makan 3 mangkuk juga...huhuhu..
8 Comments
sdap terr..:)
ReplyDeletekuahnya kaler kuning n pedas..tp ni mcm laksa kelate je... try again!
ReplyDeletesedapp tu :)
ReplyDeletesedappp
ReplyDeletewah . lain dari lain , tambahan buah nanas kubis
ReplyDeletefirst time dengar laksa siam nie..
ReplyDeletelaksa siam sedapnya... akak pantang lg laksa skang, dah habis pantang yuhuuu... hehe
ReplyDeletepernah makan sekali yang mak long buat macam lain sikit laksa siam ni .. teringin jugak nak belajar masak laksa siam ni ..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi