Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ADA APA DENGAN SHALIMAR

ADA APA DENGAN SHALIMAR | Tajuk entry berdasarkan komen-komen dengan Pak Ono pak supir semasa pegi medan bulan lepas. Beliau memang suka berlawak spontan dengan pelancong yang dibimbing olehnya. Tak ada idea nak tulis apa jadi Sha ambil ini jadi suatu entry santai untuk hari ini. Jadi korang tahu tak apa yang boleh dikaitkan dengan nama penuh Shalimar ini? Kalau korang follow Sha di facebook dan instagram mesti korang dah biasa. Nak tahu apa yang berkaitan dengan nama Sha?Jom baca entry ini sepenuhnya.

Kod warna cat. Sha jumpa kod ini semasa tengok-tengok warna baru untuk rumah, sekali terbaca nama sendiri daa..Ok, Shalimar adalah salah satu kod warna cat ya kawan-kawan.

Satu malam seorang sepupu Sha whatapps Sha gambar ini, maknanya ada bangunan namanya Shalimar ya.
 

 Kedai makan. Pernah blogger irrayyan hantar satu gambar kedai ini pada Sha..nasib la nama merata-rata.

 Kalaulah aku kaya, semua ini aku punya alangkahhhhhhhh....korang sambunglah mana tak nya banyak hotel di pelusuk dunia, ini salah satunya di Indonesia, belum lagi hotel di New Delhi India, Shalimar Park Hotel di Dubai

 Taman Shalimar di Kota Lahore Pakistan. Cantik pulak tu pemandangan.

 Minyak wangi Shalimar pun ada wehh...jangan macam-macam. Kalau ikut nama harta tak habis makan hingga habis keturunan...ahahhaha...

 Shalimar Express. Korang jangan tak tahu nama Shalimar femes belah-belah India..kih3...

 Shalimargame. Ini baru je Sha jumpa..ahahhaha...

 Kedai emas di Nepal. Kaya den kaya...
  
Filem hindustan zaman dulu-dulu wehhh...

Jangan tak tahu kalau korang cari di youtube ---> https://youtu.be/gxNJAnghrm8    korang akan dapat dengar lagu "Mera Pyaar Shalimar" . Lagu itu selalu dinyanyikan oleh rakan sepejabat Sha. Sha redha jela dia nyanyikan..nak tunggu komposer malaysia buat lagu Shalimar rasanya tak adalah kan.

Jom kongsi Ada Apa Dengan ....... (nama korang) korang jumpa apa? Walaupun Sha bukan orang kaya, semoga rezeki Sha tak pernah putus walaupun sekecil-kecil rezeki. Manalah satu hari nanti Sha betul-betul memiliki salah satu cabang perniagaan diatas..hehehehe..

Post a Comment

19 Comments

  1. Memang unik nama sis, sampaikan seluruh dunia pakai nama sis..

    ReplyDelete
  2. Hahhahahaa.... Oklah tu bolehlah layan angan-angan mana tahu jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  3. wahh, macam-macam eh. dengan kita sekali ikut terjebak google. hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh hebat nama shalimar ni hihihihi

    ReplyDelete
  5. wahhh...kaya sis nih kalau betul2 sis punya projek macam kat atas tu...hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...dpt berangan diri sendiri punya jela takat ni..ehehhe

      Delete
  6. Wahhh hebat nama Shalimar ni.. kalaulah betul-betul

    ReplyDelete
  7. msti ada maksud tertentu nama shalimar tu di india atau di negera2 yg banyak guna nama tuh kan

    ReplyDelete
  8. wahh hebat nama shalimar ni. banyak digunakan, hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi