Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ayam Masak Butter Simple

AYAM MASAK BUTTER SIMPLE | Assalamualaikum..Hari ini tak tahu nak kongsi apa jadinya Sha kongsi sahaja apa Sha masak untuk makan malam. Setiap hari balik kerja mesti sakit kepala fikir idea nak masak apa kadang-kadang stress kalau en.suami tanya nak masak apa hari ni sebab tak tahu nak masak apa. Balik kerja mesti keluarkan barang-barang masak dulu seperti ayam atau ikan daripada freezer lepas tu baru buat keputusan nak masak apa biasanya sambil potong-potong bawang baru dapat idea. Jadi untuk malam ini Sha masakkan Ayam Masak Butter Simple untuk santapan sekeluarga.


Kalau dah namanya simple, semestinya bahan-bahan pun simple sahaja. Bahan-bahannya adalah ;

Ayam potong kecil
Tepung goreng segera
Bawang putih
Butter
Susu pekat
Daun kari
Cili padi
Garam

Cara-cara pun simple ;

Perap ayam dengan tepung dan goreng kemudian ketepikan.
V
V
Panaskan butter dalam kuali, tumis bawang putih yang ditumbuk, masukkan susu pekat. Sha masukkan air, lepas tu masukkan ayam yang digoreng tadi kaup balikkan , perasakan dengan sedikit garam dan tabur daun kari seterusnya letak cili padi. Siap! Makan dengan nasi panas memang terbaik.

Nah selesai untuk makan malam ini. Seterusnya kita fikir hari-hari esok pulak..

Post a Comment

14 Comments

  1. baru je masak ni jugak..sedapnya..#LNfav

    ReplyDelete
  2. ermmm....dapnyer...nak masak lah tengahari nnt

    ReplyDelete
  3. yuhuu,,, sedapnya... dah la lapar ni... hehe

    ReplyDelete
  4. Best tengok pernah buat suami n mil xmakan hihihihi

    ReplyDelete
  5. Sedapnya maktang tengok je la....nt dah habis pantang kena buat ni...hihi

    ReplyDelete
  6. Tak tahu bila nak try wat, kerap da tengok orang wat. terliurrr.huhu

    ReplyDelete
  7. Senangnya nak buat, kena rajin try and error untuk jadi sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi