Hot Posts

6/recent/ticker-posts

WANG TIDAK DITUNTUT

WANG TIDAK DITUNTUT | Sejak perkongsian tentang WTD ini menjadi tular, maka ramailah yang menyerbu kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuklah Sha sendiri terasa teruja nak pergi semak kot-kot ada laaa duit terselit lama dah..huhuhu.. Tapi tengoknya terlalu ramai yang beratur niat tu terbantut dan ada seorang kawan pergi ke kaunter berkenaan tapi telah dihadkan bilangan orang yang nak menuntut. Sha pun fikir juga kang beria pergi kaunter tengok-tengok duit tak ada pun...😅 Terfikir juga JANM tak sediakan akses web untuk semak WTD tersebut ke? Katanya dalam proses ye portal berkenaan.

 

DEFINISI  WANG TIDAK DITUNTUT
 
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:

  •          gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  •          dividen;
  •         keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  •          tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  •          draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  •          simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  •          cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  •          Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

 2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:

  •          akaun simpanan;
  •          akaun semasa;
  •         Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  •          akaun pemiutang dagangan
  •          akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Macam mana? Adakah anda mempunyai harapan untuk menuntut wang yang tidak dituntut ini? Sha rasa Sha ada laaa dalam RM 15.00 sahaja....ahahahahaa...ehhhh..kena semak juga walaupun sikit, tapi tak ada lah dalam masa terdekat ni. Biar keadaan reda dulu. Jika anda ingin ke kaunter JANM anda boleh semak alamat disini CAWANGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Walaubagaimanapun pihak JANM sedang membangunkan Portal Semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut ini. Jadi, kita tunggu jela portal tu siap tahun depan.

TERIMA KASIH

Post a Comment

20 Comments

  1. tunggu portal siap daripada nak pergi sendiri beratur..buat penat je..kadang kesian kat warga emas gigih gak nak p check..kalau da duit kite tak lari ke mana pun kan..

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak cek. Wakakaka. Ada apa lah...dh la suri rumah je

    ReplyDelete
  3. Nk pi check entah bila...tunggu keadaan reda dulu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai betul skg kak SA...kt ipoh ni dia had 500 no je xsilap

      Delete
  4. Rasa macam ada je. akaun zaman belajar yg x pernah di ttup..main biarkan mati macam tu je. Kad n buku pun ntah kemana hala dah haha

    ReplyDelete
  5. Baru tau. Hehehe... Kita tunggu portal keluar lah.. Tak payah nak beratur panjang. Tak pasti ada ke tak ye... Huhuhhhu

    ReplyDelete
  6. Tunggu boleh check online je la..rasa-rasa macam ada je wang tak dituntut ni

    ReplyDelete
  7. berduyun manusia pergi claim balik. mostly gang makmak dan pakpak. Tambah orang kampung, Allah bukan main ramai. kesian pulak tengok ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni tggu portal jela..leh check utk org tua sekali..

      Delete
  8. saya rasa saya tak de apa yang nak dituntut haha

    ReplyDelete
  9. sjk viral yg org tu dpt wang tak dituntut dlm 6 k ke 4k tu kan, trs kene serbu....

    akak ni mls nk beratur panjang2 sbb entah ada entah tak duit yg tak dituntut, tkt bt penat je sekali 1 sen pun tarak hehehhe

    ReplyDelete
  10. wow..domain sendiri dah..tahniah..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi