Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Acar Timun Terengganu Lauk Paling Simple

Resepi Acar Timun Terengganu | Kebiasaannya Sha beli timun batang hanya untuk buat acar atau jelatah sebagai pelengkap untuk hidangan nasi dagang , nasi minyak dan nasi hujan panas sahaja. Tetapi semalam tetiba teringat dan teringin untuk makan acar timun ni, dah lama tak makan. Tapi macam biasa Sha makan seorang je lauk ni.,.huhu

Resepi Acar Timun Terengganu



BAHAN-BAHAN :

1 batang timun batang [Dipotong panjang]
1 biji Cili merah [dipotong panjang]
1 biji Bawang besar [dibelah 4bahagian]
3 sudu besar Cili boh
1/2 inci Halia [ditumbuk halus]
3 ulas Bawang putih [ditumbuk halus]
Cuka makan
Air
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumis cili boh dan bahan yang ditumbuk halus hingga pecah minyak.
Masukkan air dan cuka makan
Selepas air mendidih masukkan timun batang.
Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong.
Perasakan.
Biar seketika dan SIAP.

Korang selain acar / jelatah korang buat masak apa timun batang ni? Bosan-bosan boleh cuba resepi ringkas ni yeaa. Masam-masam gitu rasanya. Ada ke orang panggil resepi ini sebagai timun masak asam? Mungkin adalah ya sebab memang dia masam-masam manja gitu. 

Post a Comment

7 Comments

Terima Kasih Daun Keladi