Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ABANG ZARYTH MASUK WAD

ABANG ZARYTH MASUK WAD | [16 Januari 2017] Assalamualaikum..memandangkan Adik Fathia sudah lelap Sha ambil kesempatan untuk coretkan sedikit kisah Abang Zaryth masuk wad buat pertama kali di umur 4 tahun 4 bulan. Baru beransur sihat daripada batuk dan selsema Abang Zaryth tiba-tiba demam selepas bermain basikal dihadapan rumah. Sha perasan badan Abang Zaryth mula panas selepas mandi tetapi dia cakap OK JE, pada masa itu memang Sha dah mula ambil sebesen kecil air dan tuala untuk lap bahagian-bahagian yang berlipat dan basahkan kepala dia kemudian barulah dia rasa tidak sedap badan.

Keesokkan harinya Sha dan suami mengambil keputusan untuk menghantar Abang Zaryth pada ibu pengasuhnya kerana mahu dia berehat dan maklum pada pihak tadika bahawa Abang Zaryth demam tidak dapat hadir ke tadika. Rupa-rupanya ramai kawan Abang Zaryth bercuti kerana demam juga. Petang selepas ambil Abang Zaryth dan Adik Fathia, Abang Zaryth belum ok. Sampai rumah baru perasan ada timbul biji-biji di tangan Abang Zaryth, Sha dan suami syak mungkin chicken pox. Selepas berbincang kami ambil keputusan untuk hantar dia ke hospital. Lebih kurang jam 7.00 petang kami tiba di KPJ Specialist Ipoh dan membuat pendaftaran.

"Abang, abang tahu tak bila jumpa doktor pertama tu abang memang tak nak buka mulut langsung dan doktor tu pun tak usaha untuk pujuk abang"

Dalam duk tunggu untuk jumpa doktor ke-2 tu Sha dan suami berusahalah menghubungi pihak insurans, tak tahu lah kali ke berapa buat panggilan baru berjaya!

Ayahnya berbincang dengan agen insurans manakala Sha ambil alih tugas jaga Abang Zaryth yang sangat meminta perhatian & Adik Fathia yang sangat-sangat aktif tuu...pening ibu..



Kami akhirnya ambil keputusan untuk masukkan Abang Zaryth ke wad selepas disahkan doktor Abang Zaryth terkena Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Sebab utamanya penyakit ini boleh berjangkit jadi adalah amat berisiko untuk Adik Fathia.

[17 Januari 2017] Lebih kurang jam 12.20 tengah hari seorang jururawat membawa kami ke bahagian diagnostic untuk periksa jantung Abang Zaryth sebab semalam masa selepas admit doktor ada ambil darah dan bacaan apa tak tahu lah tinggi dari sepatutnya. Hati ibu ayah tak lepas daripada kerisauan dan berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah hasil bacaan dan scan jantung menunjukkan semuanya OK. Syukur sangat.


Sepanjang hari mengadap drama Abang Zaryth susah nak makan ubat. Asyik minta nak main gelongsor yang tak tahulah kat mana letaknya. Tapi hasil pujukan nurse dan ayahnya ubat-ubat tu Abang Zaryth terpaksa telan juga. Hari ini ada kawan ayah dan ibu datang melawat Abang Zaryth kat wad tak lupa juga Atehnya datang jenguk anak saudara dia yang manja sangat ni. Opah nak datang dari Terengganu, tapi kesihatan Opah pun tidak mengizinkan Opah untuk bergerak jauh.

Jadinya sekarang kita pakailah Cuti Tanpa Rekod yeaaa... 
Sementara ni Abang dan Adik Video Call Whatapps jela yeaaa....mwah3 situ jee...

P/s : Kawan-kawan ibu doakan Abang Zaryth cepat sembuh yeaa...Abang Zaryth nak bercuti bersama keluarga nanti..

Post a Comment

3 Comments

  1. moga abg zaryth cpt sihat ye....

    anak akak pun baru kene HFMD awal tahun aritu, seminggu jgk lah kene kuarantin kt umah...
    nsb dia tak demam n tak meragam, tp kesian lah tgn biji2 tu merebak...

    ReplyDelete
  2. sedey tgk jarum di tangan dia tu....moga abg zarith cepat sembuh...naseb baek ada cuti tanpa rekod kan...

    ReplyDelete
  3. Bila kita tau anak dapat penyakit tu, trus masukkan ke wad. Insurans diurus selepas tu. Anak lebih penting.

    Saudari suami isteri bertindak dgn betul.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi