Assalamualaikum.
Kepada bakal-bakal ibu, ibu-ibu diluar sana terutamanya yang bekerja mungkin ada yang memilih untuk menyediakan Stok Perahan Susu Ibu selain daripada memberi susu formula kepada bayi anda selepas anda menghabiskan cuti bersalin.
Disini NS ingin berkongsi sedikit persediaan yang perlu sebelum anda memulakan sesi mengepam susu.
Seperti Gambar di atas ,barang-barang yang perlu disediakan adalah :
Pam Susu | NS guna pakai kembali pam yang suami hadiahkan semasa sesi pam untuk Zaryth dulu,jimat | Pam elektrik & Bateri.
Botol Susu Berpenutup | Untuk Simpan Stok
Masking Tape | Untuk tagging TARIKH & MASA Stok-Stok Susu sebelum di simpan dalam peti.
Marker Pen | Untuk tulis Tagging
Gunting | Untuk Gunting Masking Tape
Cooler / Ice Pack - 2 unit | Untuk mengekalkan suhu susu didalam Coller Bag.
Cooler Bag - 2 unit | 1 unit untuk ke rumah pengasuh, 1 unit untuk dibawa ke pejabat - untuk bawa balik stok.
P/s : Selain Kelengkapan ini | Doa & Zikir Mohon Kemudahan daripada Allah S.W.T | Ketenangan & Kesabaran diperlukan.
Jumpa lagi,,assalamualaikum.
1 Comments
great sharing
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi