Assalamualaikum...
Ya Allah...minggu depan dah nak masuk bulan febuari...
maksudnya hampir 1 bulan tak ada entry baru dari NS...
Sepanjang trimester awal kandungan ke-2 ini NS tidak berapa sihat dan tidak tertarik untuk mengadap komputer tambahan pula sedang dalam proses pertukaran tempat kerja baru ni, masa tidak seperti selalu buat NS.
Kini Alhamdulillah kandungan NS sudah 11 minggu, kesihatan pun semakin baik walaupun alahan masih ada.
Semalam pun NS sudah mula lapor diri di pejabat baru, tidak perlu menumpang di pejabat lain dah dan tidak perlu menempuh jalan sesak , lampu isyarat yang banyak, NS sangat berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari sebelum ini.
Pagi ini NS bangun dengan sayu hati, daripada semalam menahan sakit kepala, tidak tahu apa yang membuat fikiran NS sedikit semak. Hati sayu menitiskan air mata, mungkin NS sayang untuk berpisah dengan rakan sekerja seperti mana NS meninggalkan pejabat pertama NS bekerja dulu, perasaan itu muncul lagi. Moga rakan sekerja NS yang baru ini juga OK.
Di tambah pula diri ini sudah lama tidak berjumpa orang tua dan adik beradik dikampung. InsyaAllah lusa NS akan pulang ke kampung halaman selepas hampir 1 bulan menangguhkan cuti yang terpaksa ditangguh akibat banjir besar yang melanda pantai timur yang mana jalan yang NS selalu gunakan untuk balik kampung kebanyakkan terputus dan rosak akibat tanah runtuh.
Setakat ini dulu daripada NS..saja mengumpul semangat berblog lagiii....
18 Comments
alhamdullilah
ReplyDeleteAssalamualaikum NS, semoga dipermudahkan segalanya. jaga kesihatan baik2 ye...
ReplyDeletealhamdulillah..sis jaga diri baik2.. and jgn sedih2 sgt taw :)
ReplyDeletetahniah dik...semoga sehat selalu sepanjang kehamilan
ReplyDeletealhmdulillah..take care jgn sedih2 ok
ReplyDeleteAlhamdulillah... Sha janganlah sayu hiba adik tersayang ye... kak ana doakan Sha kuat dan tabah sepanjang tempuh kehamilan kedua ini, In Shaa Allah akan dipermudahkanNya jua, Amin. :)
ReplyDeleteamin,,,time kasih k.ana...sha cuba positifkn diri...:D
Deletetahniah NS..jangan sedih2 sayu2 ok..hormon kot..take care and enjoy second pregnancy :D
ReplyDeletewww.adaa-inspiration.com
tq...mgkin la kot emosi lebih dr biasa...huihu
Deletesalam kenal dari kaknoor, take care ya
ReplyDeleteslmt kenalan k.nor...tq sudi singgh sini
Deletetahniah tahniah kak.. take care =)
ReplyDeleteSiti Yang Menaip
tahniah, singgah, jemput singgah segmen:
ReplyDeleteNovel diagnosis, header, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html
Congrats sis! Do take care of yr self!
ReplyDeletetq yaaa yanty...insyaAllah..
Deletetahniah sis. sy pun baru 16 weeks.. semoga sis n baby diberi kesihatan yg baik.. salam perkenalan :)
ReplyDeleteTahniah jua untuk awak...lebih kurg laa baby kita kan...huhu...to u too.....take care..
DeleteTahniah untuk anak kedua. Semoga diberikan kesihatan selalu.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi