Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BALIK KAMPUNG - PULAU PERHENTIAN - PART1

Alhamdulillah....
Akhirnya tercapai jugak hasrat suamiku nak g Pulau Perhentian yang terletak di daerah kelahiran ambe....Daerah Besut, Terengganu...
Sebelum cerita lebih lanjut...
ambe nak kongsi la sikit pasal pakej yang kami ambil nii...

 Kalau anda teringin pergi ke sana...anda boleh dapatkan update di website mereka seperti yang tertera....
Atau pun paling ok contact terus Dyana @ En.Shahdi tuu,,,,InsyaAllah respon dieorang agak memuaskan...
Kenapa tak ambil pakej yang sedia makan tengahari,malam?
Sebab nak makan kat kedai-kedai yang ada di tepian pantai tu jee...
Jangan risau ade lebih dari 3 buah kedai makan ada di sana....
Dalam duk pilih...kami akhirnya sepakat membuat keputusan untuk ambil pakej ini dengan jumlah RM742 termasuk tax.....
Memilih untuk menginap di Shari-La Island Resort
Cerita pasal makan...sepanjang kami duk sana kami makan di Mama' Kitchen Cafe...
Jangan terkejut dengan harga makanan kat sana...agak mahal...tapi ada yang berbaloi...
Nasi goreng paling murah pun dah RM8....yang biasa kami ambil RM15...Kalau macam hubby ambe makan...mungkin berpatutan dengan ayamnya yang puas hati la makan....
--------------------------------------------------
Okehhh...
Nak cerita pasal perjalanan kami ke Pulau Perhentian pulak....
Ini kali-2 untuk ambe...Kali pertama untuk hubby ambe...

Selepas bersarapan di tempat mak ambe berniaga....kira-kira pukul 9.30 pagi kami bergerak ke Jeti Pulau Perhentian di Kuala Besut dengan menaiki kereta..ayah ambe yang hantarkan..tak nak tinggal kereta kat jeti punya pasal, pukul 10.00 pagi kami dah terpacak dalam pejabat Pulau Perhentian Services....Masa tu kami 'pelancong' ke 3 yang sampai...dan di maklumkan masih perlu menunggu pelancong lain yang baru turun penerbangan....
------
Pesanan : Hati-hati dengan "ulat2" yang meround sekitar jeti tu ,,mereka menaiki motor...kereta tengah bergerak pun dieorang sempat soal jawap..tnya pasal ambil pakej ngan sape dan mcm2 soalan lagi...takut nanti ada yang dipengaruhi mereka...
------
Ok...sudah pukul 11.00 pagi...kami berada dalam Bot laju yang akan bawa kami ke pulau...wow...kami bersama pelancong dari China.....aunty Zaryth Ikhwan lerrr....dapat la pow Cadburry ....kih3...

Kami atas bot laju,,...

Vooooooooooooommmm
Jom sambung di Part 2

Post a Comment

0 Comments