Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Makeover Blog Menggunakan Gambar Hasil Sesi Bergambar Di Razin Zain Expert Studio Seri Iskandar

Makeover Blog Menggunakan Gambar Hasil Sesi Bergambar Di Razin Zain Expert Studio Seri Iskandar | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah hari ini Sha ambil peluang sekejap untuk makeover blog Sha sedikit, memang jenis degil sebab sejenis cepat bosan dengan view blog sendiri..ahahaha walaupun tindakan ini boleh memberi kesan kepada beberapa perkara. Makeover kali ini Sha menggunakan gambar ketika photoshoot di Razin Zain Expert Studio yang terletak di Seri Iskandar, perak. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama Sha dan keluarga bergambar di studio putih. Alhamdulillah mood anak-anak pun baik pada hari itu, jurugambar pun melayan sahaja kerenah Sha sekeluarga dengan baik.


TEMA & PENGISIAN BLOG

Tema blog kali ini seperti biasa, Sha lebih kepada ringkas dan warna juga minimum sahaja. Pengisian perkongsian juga Sha akan cuba perbanyakkan perkongsian ilmiah terutamanya menjurus kepada berkaitan Antidadah iaitu bidang kerja Sha sendiri dan mungkin juga tentang buku-buku bacaan Sha kerana Sha baru sahaja memulakan langkah untuk rajin membaca dengan mendaftar dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak, jadi review buku bacaan adalah salah satu cara untuk Sha memberi semangat kepada diri sendiri untuk lebih banyak membaca pada masa akan datang.

GAMBAR PROFILE DAN GAMBAR HEADER MENGGUNAKAN GAMBAR STUDIO PUTIH DI SERI ISKANDAR

Seperti yang korang nampak sebelum ini Sha tidak banyak menggunakan gambar sendiri jadi kali ini Sha menggunakan gambar sendiri. Bukan apa, sayang rasanya bila tidak menggunakan koleksi hasil bidikan kamera jurukamera berpengalaman seperti Razin Zain. Maklumlah bila dapat bersembang dengan jurugambar rupa-rupanya banner-banner program sekitar Negeri Perak banyak menggunakan khidmat Razin Zain Expert Studio. Pada hari itu Sha menyiapkan suami dan anak-anak dengan pakaian yang lebih kurang sedondon, maklumlah bukan selalu dapat peluang bergambar di studio sebegini.

Razin Zain Expert Studio sebenarnya baru sahaja ada di Seri Iskandar, tetapi jurugambarnya telah lama bergiat dalam bidang foto ini dan sekarang beliau mengembangkan lagi dengan adanya sebuah studio dan boleh photoshoot secara indoor. Pengalaman beliau juga mendorong kepada penubuhan studio ini untuk memberi pilihan kepada pelanggan beliau sama ada mahu gambar di luar atau di dalam maklumlah cuaca diluar tidak selalunya cerah.

BEZA GAMBAR JURUGAMBAR DENGAN GAMBAR SENDIRI

Banyak bezanya bagi Sha, paling ketara suami Sha tak perlu nak berlari-lari anak bila setting kamera kalau nak bergambar keluarga. Walaupun sudah ada butang jarak jauh tetapi tetap suami juga kena ke hulu ke hilir untuk setting kamera dan kedudukan kami sekeluarga. Jika ada tema khas, sesekali gunakan khidmat jurugambar profesional apa salahnya kan? Macam Sha sendiri. Sha agak pemalu untuk membuat pose terutama jika suami sendiri yang jadi jurugambar tetapi dengan sikap jurugambar yang sporting dalam memberi tunjuk ajar, ada perbezaanlah dengan gaya biasa Sha sebelum ini dan gambar keluarga pun lebih "hidup" dan tak kaku. lagipun studio mereka tak jauh dari rumah, jadi pada orang sekitar Seri Iskandar, Batu Gajah, Manjung, Ipoh atau di mana sahaja korang berada boleh hubungi pihak Razin Zain Expert Studio.

Tentang Razin Zain Expert Studio Seri Iskandar, Perak


Razin Zain expert Studio telah diasaskan sejak 2013 dan diusahakan oleh Razin secara solo hanya menggunakan kamera DSLR. Kemudian dari semasa ke semasa #Rzain telah mengembangkan karier beliau dan meningkatkan skill kemahiran fotografi. Akhirnya #Rzain berjaya membuka studionya sendiri di Seri Iskandar, Perak dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan. Jika korang ikuti perkembangan Razin Zain Expert Studio di laman sosial, boleh nampak perkhidmatan mereka tidak terhad kepada orang biasa sahaja tetapi perkhidmatan beliau juga mendapat perhatian banyak jabatan kerajaan, photoshoot produk, pre-wedding, wedding photoshoot, photoshoot event, photoshoot poster movie bersama artis-artis terkenal tanah air juga.

Ada photoshoot make up bersama model? Tapi tak ada tempat untuk bersiap? Korang jangan risau kerana studio #Rzain merupakan studio yang mempunyai bilik persiapan atau bilik make up sendiri jadi korang tak perlulah risau jika tak ada tempat untuk bersiap atau touch up balik apa yang patut. Studio pun selesa, berhawa dingin selain ada ruang untuk perbincangan kiranya one stop center sahaja korang cuma perlu hubungi pihak Razin Zain Expert Studio untuk temujanji.

Perkhidmatan Razin Zain Expert Studio :

- Khidmat Fotografi
- Khidmat Videografi
- Graphic Design
- Printing
- Editing
- Coaching

Jika korang mahu lihat hasil-hasil kerja Razin Zain Expert Studio korang boleh layari laman facebook mereka seperti alamat di bawah, buka main ya #Rzain ini bukan biasa-biasa, banyak ambil gambar artis juga.

Telefon : 010-9150211
Emel : razinzainexpertstudio@gmail.com

Post a Comment

11 Comments

  1. Hasil kerja yang sangat kemas! Syaza suka tengok, :)

    ReplyDelete
  2. Cantikla header baru sha. Simple dan kemas.

    ReplyDelete
  3. Cantik dan simple je header dia. Gambar pun cantik. ^^

    ReplyDelete
  4. mcm yg sis dh ckp sebelum ni.. kemas dan cantik sha.. kena sgt konsep ni dgn sha... teruskan penambahan content.. inshaAllah mesti boom!! =D

    ReplyDelete
  5. tahniah! blog cantik!
    sy suka blog yg simple dan kemas mcm ni.. =)
    nk jenguk ari2 pon xbosan.. hehe

    ReplyDelete
  6. Believe it or not, it is the type of information I’ve long been trying to find. It matches to my requirements a lot. Thank you for writing this information. dotcom secrets

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi