Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Monday, September 02, 2019

Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini

Sunny Seaview Icon Residence - Homestay Yang Ada Kolam Mandi Di Kuala Terengganu Menjadi Pilihan Hati Percutian Bersama Keluarga Kali Ini | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah hari ini (1 September 2019) berakhir sudah percutian Sha sekeluarga di kampung halaman Sha iaitu di Terengganu. Balik kampung kali ini Sha membawa keluarga termasuk Mak dan adik-adik bercuti di Kuala Terengganu yang mana mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Besut, Terengganu. Kami terus bertolak dari Besut pada jam 2.30 petang selepas mengambil adik-adik di sekolah dan sampai ke homestay yang Sha telah tempah melalui booking.com 2 hari sebelum pulang ke kampung pada jam 4.30 petang. Agak terlambat membuat keputusan dan mencari penginapan untuk bercuti kali ini di saat cuti panjang kerana kebanyakan hotel dan homestay yang Sha hubungi sudah penuh dan melalui booking.com adalah jalan terakhir, mungkin rezeki Sha masih ada satu homestay yang kosong dengan harga berpatutan untuk Sha dan keluarga bercuti. Percutian kali ini semestinya Sha perlu menitikberatkan keselesaan semua, kerana Sha mahu memenuhi kesukaan suami dan anak-anak juga kemudahan pergerakan Mak Sha sendiri yang bergerak menggunakan kerusi roda selepas kehilangan sebelah kakinya akibat kencing manis.

Icon Residence Menyediakan Homestay Dengan Kolam Mandi Di Kuala Terengganu



Lokasi Icon Residence

Terletak di Kuala Terengganu, 7 km dari Muzium Negeri Terengganu dan 7 km dari Masjid Kristal, Pusat Kebudayaan Kraf Terengganu terletak 2.6 km dari pangsapuri, manakala Batu Burok Beach berjarak 2.8 km. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 15 km dari Sunny Seaview @ Icon Residence

Kemudahan Yang Ada Di Sunny Seaview @Icon Residence Kuala Terengganu


Sunny Seaview @ Icon Residence menyediakan penginapan dengan WiFi percuma, taman dengan kolam renang luar, pemandangan laut dan bandar Kuala Terengganu dari balkoni, dan akses ke bilik kecergasan dan sauna. Homestay ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, TV skrin-rata, mesin basuh dan cerek, lengkap dengan dapur. Bahagian dapur juga disediakan periuk nasi elektrik, kuali, periuk, pinggan, gelas dan sudu. Jika korang mahu jimat belanja dengan memasak sendiri pun boleh kerana di sini terdapat peti sejuk untuk simpan barang basah. Kemudahan penting untuk kaum perempuan juga ada iaitu seterika, haaaa.. mahu tak penting tudung semua kena gosok kan? Jadi tak perlulah korang angkut semua dari rumah termasuklah tuala mandi, sabun mandi dan shampu kerana semuanya disediakan.

Ruang makan
Bilik 1 - Double Bed + Almari Baju + Meja Sisi + Aircond
Bilik 2 - 2 katil single + 1 meja sisi + Almari pakaian + aircond

Bilik 3 - Master Bedroom | 1 katil double bed + meja + meja solek + almari pakaian + private toilet + aircond + kipas

Bilik air dilengkapi pemanas air + sabun mandian + shampu
Ruang tamu + tv + sofa
Abang Zaryth di balkoni melihat pemandangan laut yang terbentang luas
Pemandangan malam
Kolam mandi yang terletak di tingkat 10

Homestay yang Sha inap untuk 2 hari 1 malam ini adalah standard apartment dengan 3 bilik dan 2 bilik air yang selesa dihuni oleh 6 orang dewasa. Memang selesa dan parking kereta pun disediakan khas untuk pelanggan Sunny Seaview cuma korang kena maklumkan awal berapa buah kereta yang akan bersama korang jadi senanglah nanti diaorang bagi nombor lot parking, macam Sha lot parking Sha terletak di tingkat 6.

Lain-lain kemudahan seperti Kolam mandi, sauna dan gym terletak di tingkat 10 bangunan. Kolam mandi pun selesa satu kolam untuk dewasa sebelah lagi untuk anak-anak kecil. Peraturan kat sini korang boleh didenda rm200 jika naik ke bilik dengan pakaian basah. Jadi korang bila ke kolam mandi silalah bawa baju tukar terus kerana tersedia bilik persalinan yang selesa. Apalagi korang kalau korang nak ke Kuala Terengganu dan mahukan Homestay ada kolam mandi bolehlah cuba layari booking.com dan pilih Sunny Seaview @Icon Residence Kuala Terengganu.

1 comment:

  1. bestnya. Nanti boleh kesini pula.Tak puas jalan-jalan ke Kuala Terengganu ni. Berapa semalam yea? Best ni,ada kolam. Anak-anak suka sangat

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi