Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kecewa Apabila Keputusan Ujian Saringan Urin Positif Jenis Methamphetamine

Dadah Jenis Methamphetamine | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan ini agak mengecewakan prestasi kepulihan klien. Setelah diadakan saringan ujian urin secara berkala ke atas mereka mendapati kebanyakkan mereka masih positif urin. Jenis dadah yang dikesan menjadi dadah utama adalah syabu, nampaknya mudah bagi mereka mendapat bekalan. Kalau dihitung perbelanjaan mereka melebihi gaji Sha sendiri, bayangkan kebiasaan sekali mereka beli barang adalah kira-kira RM 50 maka tak hairanlah penyalahgunaan dadah ini boleh menyumbang kepada kejadian jenayah.


"Methamphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "Methamphetamine hydrochloride" yang biasa diambil adalah syabu dan yaba. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Cara guna
Menghisap, menyedut (chasing the dragon)

Nama jalanan : ice, kristal

Tanda Kesan Penggunaan Syabu.

Pemandangan biasa - perbezaan biasa bila berhadapan dengan penagih dadah syabu adalah jika mereka dibawah pengaruh dadah syabu ialah keyakinan diri mereka tinggi. Mereka akan menjadi ramah lebih daripada biasa sekalipun baru berkenalan. Bilamana mereka normal dan tidak dipengaruhi dadah mereka seperti biasa nak jawab soalan pun tersipu-sipu.

Emosi tidak stabil - mereka boleh berubah secara tiba-tiba sama mengamuk atau sedih. Bermacam-macam cerita baru lama penuh emosi akan diluahkan.

Masalah kerosakan gigi

Pengalaman Sendiri

Kebanyakkan ibu bapa kepada orang yang terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut malu atau terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap atau pusat tahanan buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran terutama kepada pengguna syabu yang baru manakala otai agak susah untuk mereka sedar kerana sudah biasa. Jangan terkejut orang yang pernah kena sebat masih boleh mengulangi kesilapan sama dan salahkan kawan!

Sesetengah ibu bapa ada juga mengambil keputusan menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bersama keluarga yang jauh bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu lagi di tempat asal. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk di Malaysia bekalan dadah tidak menjadi masalah kerana mereka akan terjumpa golongan tokan baru di tempat baru.

Keputusan paling akhir untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa adalah apabila sudah tidak tahan dan penagih sudah mula bertindak agresif seperti memukul dan mengugut ahli keluarga terdekat. Paling tidak dibuang keluarga jika tak berubah akan menjadi gelandangan.

Akhir kata,
Jauhilah dadah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Semoga dijauhkan.
    Sedih tengok mana yang dah terjebak tu

    ReplyDelete
  2. semoga dijauhkan semuanya drpd terjebak.

    ReplyDelete
  3. mmg bahaya dadah ni, kt opis akak ada 2 org yg di buang kerja sebab positif syabu nih...
    mmg nampakla ciri2 bila dh ketagih syabu ni lain mcm je...

    ReplyDelete
  4. kesiannya mereka yg sudah terjebak semoga jumpa jalan pulang

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi