Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak - SHALIMAR YUSOF


Thursday, December 06, 2018

Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak

Menikmati Hidangan Chinese Style Yang Sedap Di Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak | Assalamualaikum , Salam Sejahtera semua. Sesekali menukar selera daripada masakan melayu dan ala thai memang sangat berbaloi apabila berpeluang merasai masakan chinese style yang pada Sha ianya amat mesra dengan selera tekak melayu seperti Sha dan keluarga. Jika korang tinggal di Ipoh pasti korang dapat lihat munculnya tempat makan yang bagaikan cendawan tumbuh dimusim hujan di Bandar Meru, Ipoh Perak ini seiring dengan pelbagai keraian telah diadakan di Bulatan Amanjaya Meru Ipoh. Apa kata sesekali ke Bandar Meru, Ipoh korang singgah ke Restoran Chinese Muslim Abdulllah yang terletak berdekatan McDonalds Meru Ipoh untuk menikmati beberapa menu yang boleh dikatakan suatu gabungan yang meletop.

 

Nikmati Lebih 100 Menu Masakan Cina Muslim

Bangunan Restoran Chinese Muslim Abdullah yang terletak di Medan Bestari Meru ini menyediakan lebih daripada 100 menu halal cina muslim. Pada hari itu Sha bertuah kerana pemilik restoran ini iaitu Muhammad Aiman Loh juga menyertai dan meluangkan masa bersama pelanggan yang ada dan berkongsi tentang restoran yang menyediakan menu resepi turun temurun keluarga beliau.


Untuk makan malam itu Sha sempat mencuba beberapa menu iaitu terdiri daripada ikan, ayam masak kam heong, udang mentega labu, sotong ribut, sup sayur dan sayur paprik. Aiman berkata kewujudan Restoran Chinese Muslim ini adalah kerana kurangnya kedai makan masakan cina yang halal toiyiban di Ipoh dan sekali gus dapat memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

  
Menu utama meja Sha adalah ikan siakap masak stim limau. Menurut staf restoran ikan ini adalah masakan kedua terbaik restoran ini dan masakan No 1 mereka adalah ikan siakap masak Bangkok..hmmm mungkin selepas ini Sha boleh datang lagi untuk mencuba masakan terbaik itu.

Ayam Masak Kam Heong

Sayur Paprik

Sotong Ribut

Sup Sayur

 
Masakan yang tak pernah Sha jumpa dan rasa iaitu Udang Mentega Labu atau Butter Pumpkin Cream Shrimp memang ada kelainan rasanya.

Deep Fried Kailan - Sayur Kailan yang dipotong halus lalu digoreng dengan minyak panas mendidih.

Tom Yam


Menu Restoran Chinese Muslim Abdullah Meru Ipoh Perak

 

 

 

 

 

 
Haaa... kalau korang dah masuk restoran ini korang boleh tengok di kaunter pembayaran restoran jika ada papan nota macam ni jikalau ada menu istimewa pada hari itu korang boleh lah cuba. Contoh pada hari itu ditawarkan menu Siakap Bangkok, Ayam Tokyo, Ayam Mongolia, Daging Bawang Halia, Belut Kong Pow dan Green Dragon.

 
Suasana di dalam Restoran Chinese Muslim Abdullah, bahagian luar pun ada disediakan ruang makan. Restoran ini baru sahaja dilancarkan dan sedang dalam proses menaiktaraf seperti kemudahan surau.


Alhamdulillah dengan rezeki merasai masakan ala kantonis di Restoran Chinese Muslim Abdullah ini. Kalau korang nak tukar selera dengan masakan ala kantonis citarasa cina korang boleh memilih untuk ke restoran ini. InsyaAllah akan berpuas hati.

Restaurant Chinese Muslim Abdullah
  
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
  
Sebelum korang berkunjung ke sini korang boleh membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi Pengurus Restoran iaitu Encik Mohamad Iqbal Syariff di talian : 019-516 9516

Waktu perniagaan: Jam 4.30 petang - 12.30 malam setiap hari kecuali hari Khamis.

14 comments:

  1. suka juga menu masakan chinese style...lpr tgk smua menu tu

    ReplyDelete
  2. banyaknya menu dia...nampas sedap belaka pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Sha suka semua lauk yang dah cuba nii

      Delete
  3. walaupun baru kul12 tp perut ni terus berbunyi2 lps tgk semua menu2 tuh... ikan siakap tu lahai memanggil2... harga makanan dia pun kira ok lah... berpatutan takdelah mahal sgt...

    ReplyDelete
  4. Ini entry kedua Akak baca pasal masakan Chinese Muslim ni...sedapnyaaaaa......

    ReplyDelete
  5. nampak cosy. makanan pun nampak tempting. recommeded kalau singgah ipoh.

    ReplyDelete
  6. Makanannya nampak sedap...ada rezeki boleh la singgah merasa

    ReplyDelete
  7. Aiseh.. Asben k.fiezz x minat plak masakan chinese2 ni. .Kalau k.fiezz, on je..

    ReplyDelete
  8. Sedap kan cikmar.. menu husniey rasa haritu gila sedap jugak.. serius kalau repeat ke Ipoh mesti nak makan situ lsgo

    ReplyDelete
  9. Banyak lauk dia CikMa, lauk kitorang sikit je tapi semua sedap. Kalau lauk banyak macam kat meja CikMa ni mesti taktau mana satu nak rasa dulu. Semua sedap!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi