Singgah Di McDonald's Meru Raya Ipoh Perak Menikmati Burger GCB Bersama Team Blogger Pantai Timur | Assalamualaikum , salam sejahtera semua. Alhamdulillah rezeki selepas Sha dan Team Blogger Pantai Timur daftar keluar dari The Cedar @Bidor kami terus menuju ke Meru Raya Ipoh untuk menikmati makan tengahari kami. Kalau korang nak tahu kebanyakan event di Ipoh sekarang banyak diadakan di Bulatan Amanjaya yang terletak di Meru Ipoh ini berbanding dahulunya event berpusat di Bandaraya Ipoh jadi dengan perubahan ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan dan juga kemudahan di Meru Raya. Antara yang baru dibuka adalah McDonald'S Meru Raya yang lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan Bulatan Amanjaya dan Terminal Bas Amanjaya. Selain itu McDonald's ini juga berdekatan The Movie Animation Park Studios Ipoh, Perak yang pastinya memudahkan pengunjung menjamu selera.
Rombongan Team Blogger Pantai Timur pada hari itu disambut oleh Pengurus Besar McDonald's Meru Raya sendiri iaitu En.Azhar yang telah berpengalaman selama 18 tahun bekerja dengan McDonald's. Seronok mendengar kisah pengalaman En.Azhar sepanjang bersama McDonald's yang mana beliau memulakan pekerjaan di McDonald's selepas tamat SPM pada tahun 2000 sekadar suka-suka tetapi mula jatuh cinta dengan McDonald's disebabkan persekitaran kerja yang positif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri seterusnya mengembangkan kerjaya. Antara titik tolaknya adalah apabila En.Azhar diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001. Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertanding dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara. Akhirnya beliau memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Itulah orang kata Usaha Tangga Kejayaan dan tidak hanya bergantung kepada akademik semata-semata.
Grill Chicken Burger (GCB) McDonald's & Happy Meal
Rezeki tengahari itu memang burger
kegemaran Sha iaitu GCB apalagi seronok laa Sha tapi akhirnya terpaksa
mengalah dengan Adik Nur..huhuhu... Tengoklah bukan main diakan dapat makan burger GCB ibu. Ibu? kongsilah dengan Adik Nur walaupun Adik Nur ada burger set Happy Meal dia tu. Budak-budak kalau dapat Happy Meal memang seronoklah apalagi kan dapatlah mainan.
Abang Zaryth dan Adik Nur teruja dapat menikmati makanan sambil menikmati pemandangan kereta lalu lalang di hadapan McDonald's. Gambar atas tuu dapatlah kita nampak ibu-ibu dan bapa-bapa sedang sibuk melayani kerenah anak masing-masing.
Melawat Bahagian Dapur McDonald's Meru Raya
Pengalaman yang amat berharga kali ini kerana Sha dan rakan-rakan diberikan peluang untuk masuk ke belakang tabir iaitu bahagian penting dalam menyediakan menu yang selama ini kita makan. Bila dah dapat masuk memang teruja, dalam peti ais pun masuk ..ahhaha.. Pada Sha memang teratur alatan dan mesin bahagian menyiapkan setiap pelanggan bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Daripada kunjungan kali ini Sha dan yang lain dapatlah mengambil inspirasi daripada semangat En.Azhar sendiri iaitu "Usaha Tangga Kejayaan" dan ini telah dibuktikan oleh En.Azhar sendiri. Bebanyak terima kasih kepada En.Azhar dan team beliau yang sudi meraikan kami semua dan semoga terus success buat mereka bersama McDonald's.
13 Comments
ewahh bestnya!
ReplyDeleteSeronoknya peluang dpt msuk bhgian dapur.. Dpt tgk cara pyimpann dll kan
ReplyDeleteWah bukan semua berpeluang dpt masuk dapur tu. Tp McD memang teratur dan bersih peralatan dia kan.
ReplyDeletebanyak kisah orang mcdonald yang boleh kita ambik semangat dan contoh, kan cik mar?
ReplyDeletesuka la geng2 staff mcdonalds... frenly happy n semnagat tinggi utk terus berjaya...
ReplyDeleteSekali sekala abe kie teringin nak ke mcdonald.. Biasa pesan big mac. Cuma x bape suka minum coke sbb manis sgt..
ReplyDeleteya ampun rindunyaa moment kita disini..
ReplyDeleteRespek betul dengan en Azhar ni...btq GCB memang sedap!!
ReplyDeletenice... seronok dpt bt lawatan sampai ke dapur mcd...
ReplyDeletesampai skrg ni akak slaute ngn mcd nya perkhidmatan yg cepat n pantas, sbb kalau ke kfc dia punya perkhidmatan drive thru mmg ya amat lambat...
tp mcd punya perkhidmatan drive thru n kaunter mmg pantas betul
Amacam perasaan duduk dalam freezer tu? Ada rasa macam dok kat kutub utara tak? Beku tak tangan kaki? :P
ReplyDeleteBestnyaaa.. Teringin nak masuk bahagian dapur. Hehe
ReplyDeleteamboii sampai ke dapo Sha terjah ye.. :)
ReplyDeletebetui betui. usaha tangga kejayaan haiyyakk! hehee
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi