RESEPI SOTONG BAKAR ALA THAI - SHALIMAR YUSOF


Wednesday, August 01, 2018

RESEPI SOTONG BAKAR ALA THAI

RESEPI SOTONG BAKAR ALA THAI | Assalamualaikum. Semalam tak tahu nak masak apa dengan sotong ni sebab sekarang ni kan Sha sedang makan makanan kurang kalori jadi bagi mengelakkan terasa bosan dengan makanan hari-hari Sha kena rajin sikitlah kan. Lama dah terliur asyik tengok resepi kat facebook sahaja kan apa kata Sha realisasikan dengan barang yang ada dalam peti sejuk Sha. Balik kerja terus keluarkan sotong sambil itu cari resepi , kalau bahan ada Sha nak masak lah Sotong Bakar Sos Ala Thai dan akhirnya menjadi jugalah walaupun ada bahan yang tak ada di dapur.


BAHAN-BAHAN SOTONG BAKAR

Sotong 1 ekor ( sebab makan seorang )
Bawang Merah 1 biji ( di dadu )
Bawang Putih 1 ulas ( dicincang )
Ikan Bilis ( Tumbuk ) / Isi udang (cincang)
Garam

CARA-CARA MASAK

Sha campur semua bahan - Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis/Isi Udang + Garam. Sha guna bilis sebab isi udang tak ada. Gaul sebati dan sumbat ke dalam sotong, kemudian cucuk dengan lidi cantumkan kembali kepala sotong dengan sotong sumbat tadi. Sha bakar di atas pemanggang ajaib sahaja lebih kurang 3 hingga 4 minit.

BAHAN-BAHAN SOS

Cili merah + Cili Padi ( Tumbuk )
Bawang Merah (di dadu )
Bawang Putih ( di cincang )
Air
Gula
Garam
Sos Ikan

CARA-CARA MASAK

 Pssss... korang pernah makan tak sotong masak dengan buah gajus? Tak pernah boleh tengok resepi di sini >>> http://www.shalimaryusof.com/2015/07/resepi-masak-lemak-gajus-dan-sotong.html



Panaskan kuali, masukkan gula dan tambah sedikit air. Gula dah larut masukkan cili yang ditumbuk tadi diikuti dengan bawang merah, bawang putih. Perasakan dengan garam dan letak sedikit Sos Ikan. Masak sehingga semuanya larut dan macam sos..

--------------------------------------
Apabila sotong sudah masak, angkat dan kelar badan sotong. Kemudian curah sos ke atas sotong itu tadi.

Cubalah resepi ringkas ini bosan kot asyik makan sotong celup tepung dan sambal sotong.

19 comments:

  1. aih... sedap ni, terliur dh kita.... nak balik buat la kalu rajin.... hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa! Terliur tengok. Heheh :)

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya. thanks share resepi. nanti esok i boleh try

    ReplyDelete
  4. cikma!!!!!pindah ganu ah!!hahahah

    ReplyDelete
  5. Ya ampun sedapnyee cikma..

    Thank you for the resepi 😍😍

    ReplyDelete
  6. yummy, pernah rasa sekali je masa ada festival makanan thai dekat sini...rietta suka kuah dia...sedap...

    ReplyDelete
  7. guna pemanggang ajaib jer..mudahnya..nak try la nanti masak

    ReplyDelete
  8. biasa makan sotong bakar biasa2 je..tak pernah makan lagi sotong bakar ala thai tu.

    ReplyDelete
  9. Alahai..sedapnya..boleh try ni..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya! Makan dengan nasi panas lagi merecik

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi