Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SALAM AIDILFITRI TAHUN 2018

SALAM AIDILFITRI 1439 H TAHUN 2018 | Fuhh...memang berhabuklah blog kesayanganku ini, cemburu tengok rakan-rakan lain dalam berhari raya pun sempat menyiapkan tugasan dan mengemaskini entry Sha pula tak berjenguk blog kalau dah balik Terengganu. Saat ini dah balik perak barulah berpeluang buka laptop tapi tak ada entry penting pun sekadar kongsikan gambar sekitar Hari Raya 2018. Tahun ini merupakan tahun pertama Sha beraya tanpa mencium tangan pipi dahi seorang Ayah, semoga arwah ayah tenang di sana, kehilanganmu membuatkan rumah hilang serinya.

Untuk foto raya 2018 ini Sha pakai baju sama sahaja, masa pakai baju lain tak bergambar sangat jadi ini sahajalah yang ada. Tahun 2018 adalah untuk giliran beraya di kampung halaman suami terlebih dahulu.
 
Gambar raya Sha sekeluarga. Adik Nur tu dah kenapa yea? Abang Zaryth dah elok dia pula buat muka...

 
Keluarga besar sebelah suami, sebelah suami Sha tak ada mertua dah yang ada ipar duai sahaja.

 Bersama Kakak Ipar dan anak-anak.

 3 Syawal Sha dah sampai ke Terengganu pula. Tanpa ayah....

 Sha dan Adik-adik. Bongsu + Sulong + Tengah

 
Sha dan Mak.. Adik Nur nak nyibuk juga..
 
 Keluarga besar Sha di Terengganu. Bapa saudara, adik beradik arwah ayah yang tinggal dan sepupu-sepupu Sha yang balik beraya di kampung.

Memandangkan ini kali pertama beraya tanpa ayah Sha dan suami bercuti lama sedikit berbanding sebelum ini dikampung. Abang Zaryth dan Adik Nur pun seronok dapat bercuti kat kampung maklumlah mak saudara ada melayan kerenah mereka. Sebelum balik ke Perak Mak saudar Sha dah siapkan tapai khas untuk Sha bawak balik ke Perak, tak sabar pula nak makan tapi kena tunggu dulu esok lusa baru dapat makan ni.

Ok, dah letak gambar raya ni rasanya cukup dah kot, SELAMAT HARI RAYA buat semua. Maaf kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang tak sempat bersua muka. InsyaAllah kemudian hari semoga dapat berjumpa lagi.

Post a Comment

11 Comments

  1. selamat hari raya! maaf zahir & batin, hihi

    ReplyDelete
  2. Hashtag team raya biru merah hehe. Selamat hari raya maaf zahir & batin kak Sha :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. salam aidilfitri cik ma... alaa... cantiknya team biru ni...

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidilfirti Maaf Zahir dan Batin Sha...

    Sha dan suami orang terengganu ka?

    Yang telah tiada tetap akan tinggalkan kita, cuma yang masih ada kita hargai dan rapatkan siratulrahim

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Sis sha. 😁 meriahhh syawal tu. Kita sama teambiru.hehe

    ReplyDelete
  7. serba biru ye raya kalini. lawa2. selamat hari raya walaupun dah lepas haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi